HTML/JavaScript

Saturday 31 December 2011

Gerakan S'gor yakin rampas 4 DUN, satu parlimen

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)  Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada  Pilihan Raya Umum 2008.
  
Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.
  
Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.  
  
"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.

"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.     
  
Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong.MK

Friday 30 December 2011

Akhbar khas hasut peneroka sokong penyenaraian?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mempersoal penerbitan akhbar '1SUARA' yang diedar percuma kepada warga peneroka sejak November lalu.

Beliau mempersoal, dari mana sumber kewangan diperolehi bagi menerbitkan akhbar yang mempunyai 32 muka surat dengan warnah penuh tersebut yang dipercayai menelan kos yang sangat tinggi.

"Kita nak tahu siapa yang taja, ambil duit dari mana, berapa ribu kos habis," katanya kepada Harakahdaily.

Akhbar khas '1SUARA' diterbitkan pihak tertentu dipercayai sebagai usaha 'menghasut' warga peneroka menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Dengan penerbitan dua kali sebulan, akhbar 1SUARA tersebut kini dipercayai sudah menerbitkan bilangan ketiga mereka.

Pada edisi pertamanya untuk tarikh 15 Nov hingga 30 Nov, akhbar itu menggunakan tajuk "Peneroka tertipu?" sebagai tajuk utama di muka depan akhbar itu bersama petikan 'penjelasan' oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Selain itu, muka depan akhbar itu juga meletakkan gambar artis wanita Neelofa dengan tajuknya "Neelofa bercakap tentang lelaki!" dipercayai untuk menarik pembaca mendapatkan naskhah akbar tersebut.

Edisi pertama itu juga turut memuatkan temubual tiga muka surat bersama Isa.

Selain menceritakan 'kebaikan' penyenaraian dan 'faedah' yang bakal dinikmati peneroka, akhbar sama juga tidak ketinggalan memburukkan pihak yang menghalang agenda penyenaraian itu.

Ianya termasuklah Presiden Anak sendiri, Mazlan Aliman yang dilihat menjadi 'musuh nombor satu' akhbar itu dipercayai kerana gerakan beliau meyakinkan penoroka bagi membantah penyenaraian tersebut.

"Saya tidak kisah mereka nak hentam saya guna akhbar ini. Saya dapat maklumat terbitan terbaru akan datang sarat dengan kecaman terhadap Anak dan saya.

"Bagi saya, lagi mereka hentam lagi banyak yang saya akan dedahkan," kata Mazlan mengulas perkara itu.
 

Tuesday 27 December 2011

Aspan Alias Tidak Yakin Najib & Pemimpin Negara Akan Ketepikan Shahrizat



Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat? Saya rasa susah.

Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini.

Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk ‘maid’nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk ‘maid’nya itu.

Apabila diketahui umum, maka beliau telah meletakkan jawatan kerana beliau telah bertindak secara tidak beretika dalam meluluskan permohonan permit itu. Itu sahaja sebabnya. Begitulah tingginya etika kepimpinan di negara itu.

Sebaliknya di negara kita perkara-perkara yang tidak beretika itu berlaku tanpa hadnya dan jika semuanya mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak beretika itu hari ini, tidak ada seorang pun yang kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Kes NFC dengan Sharizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Sharizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam UMNO, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah. Maksud Sharizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Sharizat akan dikeluarkan oleh Najib dari kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama.

Jamil Khir, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu.

Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai ‘immunity’ dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam UMNO yang kita boleh yakini lagi?

Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika PR memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Sharizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu.

Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan ‘bail-out’ terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina.

Sebelum itu Pemimpin Utama ini juga telah membuatkan Bank Negara kerugian sebanyak RM36 billion dalam pasaran wang antarabangsa. Saudara Nor Mohamad Yakcop yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Treasury Bank Negara telah melaksanakan urusan jual beli wang antarabangsa yang akhirnya telah merugikan negara sebayak RM36 billion. Akhirnya BNM terpaksa menjual harta bagi mengurangkan angka kerugian bank pusat itu dan BNM akhirnya telah mengumumkan kerugian itu hanyalah RM9 billion.

Nor Mohamad Yakcop akhirnya di lantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan setelah melakukan tindakan yang merugikan negara itu dan sekarang ini menjadi Menteri Kanan dalam Kerajaan Persekutuan kita. Awal tahun lepas setiausaha politiknya pula tertangkap dengan tunai sebanyak RM2 million di rumahnya di P Pinang. Tetapi Nor Mohamad Yakcop masih di dalam kabinet persekutuan kita. Di mana kah etika kepimpinan kita? Apa semuanya ini?

Pemimpin ini selalu mengkritik orang Melayu kerana Melayu hanya mampu jika diberikan tongkat untuk berjaya. Katanya selalu, orang Melayu tidak pandai memajukan diri kalau tidak ada tongkat. Tetapi orang yang berfikir suka hendak bertanya, bagaimana dengan anak-anak beliau yang terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat kegagalan dalam perniagaannya. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi pengaruh politiknya dalam negara inilah yang membolehkan menggunakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.

Oleh yang demikian apa yang di sebut oleh Sharizat itu ada benarnya: tidak ada pemimpin UMNO yang tidfak bermasalah. Kenapa hanya tumpukan kepada isu beliau? Bezanya Sharizat dengan pemimpin lain yang sama rekodnya ialah, Sharizat tidak pandai menyorokan kesalahannya dan kesalahan keluarganya. Yang lain pandai menyorokan kesalahan mereka. Pak Lah pandai menutup apa yang beliau lakukan, Muhyiddin pandai menutupi apa yang beliau lakukan semasa menjadi MB Johor misalnya. Namakan yang lain dan pasti senarainya amat panjang. Tetapi mereka pandai menutupnya sedangkan Sharizat tidak pandai menutup perlakuan sumbangnya.

Itulah sebabnya susah bagi Najib atau sesiapa pun untuk mengambil keputusan tegas terhadap Sharizat. Masing-masing ada lubang besar untuk ditutup. Oleh kerana semuanya bermasalah maka tidak ada siapa di kalangan pimpinan boleh bertindak terhadap Sharizat dengan mudah.

Yang boleh bertindak dengan mudah ialah rakyat. Jika rakyat yang bertindak, bukan sahaja Sharizat akan mampu di ketepikan malah seluruh jemaah yang menyeleweng semasa mentadbir kita akan dapat di ketepikan.

Rakyat kini mahu hidup denagn selesa tanpa dikelirukan oleh pihak yang memerintah. Cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh BN khususnya UMNO selama ini.

Isu Sharizat ini merupakan cebisan dari cerita besar penglibatan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Rakyat sudah terhidu segala-galanya. Sampai masanya terbongkarlah segala-galanya. -aspanalias

UMNO Daftarkan 500 Pelajar UiTM Sebagai Pengundi Parlimen Bukit Katil

28 Disember, 2011

Seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk daftar pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap orang pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300. Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

Pertukaran alamat ini didalangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu. Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai "pengundi tambahan" mereka.

Sumber yang diterima adalah daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO. Selain itu, pihak pengurusan UiTM juga terlibat sama dalam operasi secara senyap ini. Maklumat ini diterima daripada staf UiTM pro UMNO yang agak curiga dengan tindakan SPR yang mensasarkan golongan mahasiswa untuk ditukarkan alamat ke Parlimen Bukit Katil.

Pendaftaran pertukaran alamat ini dilakukan dalam satu program diluar kampus. Program itu telah dirancang awal dan ketika hari program, mahasiswa telah diberi pilihan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO atau membuat petukaran alamat. Mahasiswa dibekalkan RM300 bagi setiap orang. Tindakan ini menunjukkan UMNO Bukit Katil sudah terdesak dengan bermain taktik kotor.

Seorang kakitangan SPR memberitahu bahawa kampus yang terdekat dengan Parlimen Bukit Katil akan didaftarkan untuk mahasiswa mengundi di Parlimen Bukit Katil. Mereka juga bergiat aktif mendaftar untuk menjadikan mahasiswa kampus sebagai pengundi tambahan mereka. Jumlah pertambahan mengundi dijangka meningkat selepas ini.

Pihak SPR bertindak demikian kerana mengetahui tempoh matang pertukaran alamat adalah selama 3 bulan untuk cukup tempoh matang namun mereka mempunyai "cara" tersendiri untuk mempercepatkan tempoh matang ini kerana pilihan raya akan diadakan pada Mac 2012.

Bagi Parlimen Alor Gajah pula iaitu di DUN Durian Tunggal, mereka akan menjadikan kampus di sekitar Alor Gajah untuk meningkatkan jumlah undi di Parlimen itu. Tindakan secara senyap ini cuba dimanipulasi bagi memenangkan UMNO/BN yang kian robek akibat ketirisan mereka dalam menguruskan sumber negeri.

Pihak kami akan mendedahkan satu persatu tindakan UMNO/BN, SPR dan pihak UiTM ini. Ikuti siri-siri panas di Melaka ini dengan artikel yang bakal menyusul. ~kijang 59

Thursday 22 December 2011

Ibu bapa subahat biarkan anak OKU berkalwat


asmaini@nstp.com.my
LEDANG: Seorang ibu tergamak membiarkan anak perempuannya yang dikategorikan orang kelainan upaya (OKU) berusia 17 tahun berkhalwat dengan teman lelaki di rumah mereka di Taman Tangkak Jaya di sini, jam 1.10 pagi semalam.

Lebih menjijikkan, suami baru kepada wanita terbabit yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di daerah ini juga hanya mendiamkan diri walaupun tahu perbuatan anak tirinya itu haram di sisi agama.

Kegiatan pasangan kekasih terbabit bagaimanapun terbongkar selepas Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) menyerbu kediaman itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Serbuan dijalankan lima pegawai PPADL yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran bersama dua anggota polis.


Menurut Zainal, selepas pasukannya memberi salam dan mengetuk pintu, mereka terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum ibu remaja perempuan terbabit membuka pintu.

Sunday 11 December 2011

Guan Eng: Exco Pulau Pinang isytihar aset dalam sebulan


December 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.
Ia akan dipaparkan kepada umum menerusi Internet.
Lim berkata, langkah itu diambil sejajar dengan janji dibuat sebelum mereka mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan ia juga sebahagian daripada usaha Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan enam langkah integriti.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan,” kata beliau.
Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung DAP mengatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai pagi ini.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.
Lim berkata melalui pentadbiran yang bersih, kerajaan negeri telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.
Ekoran usaha-usaha itu tambah beliau, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.
“Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011,” katanya lagi.
Lim berkata perubahan-perubahan yang dapat “dilihat, dirasa dan disentuh” sekarang adalah hasil pengamalan enam langkah integriti, antara lain parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni dan hak untuk maklumat tidak sulit dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.
Lain-lain ialah kesemua penjawat awam yang memegang amanah awam membuat pengisytiharan aset mereka.
Malah kata beliau, langkah-langkah itu juga boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
“Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat,” katanya lagi.TMI

Saturday 10 December 2011

Zahid diminta dedah hubungan dengan blogger

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 07Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Papa gomo blogger at scorpene diveDalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut  Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.Malaysiakini

Gangguan HEP semarak api bebalisme mahasiswa



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 10 Dis: “Kami di pihak mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut?” Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khairul Naim.

Beliau mengulas program debat mahasiswa di Universiti Malaya (UM) yang diadakan malam tadi yang berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan autonomi mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan special branch di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyerbu masuk ke dewan tempat berlangsungnya debat.

Baginya, pihak Hal Ehwal Pelajar UM bertindak seolah-olah mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat itu bersifat ilmiah.
Tambahnya, tindakan itu dikira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api ‘bebalisme’ dalam kalangan mahasiswa.
Katanya, debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendapat respons yang baik daripada mahasiswa sekitar Lembah Klang dengan kehadiran kira-kira 300 orang.

Namun begitu, mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik itu diganggu oleh pengawal keselamatan dan special branch ketika  debat di antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab (mantan aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh (mantan YDP MPPUPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.
Beberapa pengawal keselamatan dan special branch telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.

Ketika itu juga, lampu telah ditutup beberapa kali namun penganjur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua MPMUM, Mohd Syahid untuk keluar berunding.
Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada pihak HEP UM.
“Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya?” tanya Khairul.

Menurutnya, mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh mahasiswa.
“Mahasiswa bukan pelajar sekolah, lagi disekat lagi memberontak. Jadi, kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh.
“Apakah maknanya memegang gelaran mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan  menjadi yes man sahaja?” tanya beliau.

Friday 9 December 2011

Shahrizat patut undur sebelum kena halau, kata Mahathir

December 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.
Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.
themalaysiainsider

Tuesday 6 December 2011

Undi pos meningkat 1,343% di Lembah Pantai



Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, peningkatan 1,463 peratus pengundi pos berlaku di Parlimen Lembah Pantai (P.121).
"Peratus peningkatan ini amat ketara iaitu peningkatan sebanyak 1,463 peratus dalam masa dua bulan iaitu pada 26 September yang lalu hanya 149 pengundi tetapi pada 2 November ia meningkat kepada 2,180 pengundi.

"Melihat kepada angka ini jelas Barisan Nasional melalui SPR begitu terdesak untuk menawan balik kerusi Lembah Pantai," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Nurul Izzah juga berkata, atas desakan tersebut SPR sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan terdapat dalam senarai nama daftar pemilih yang baru dikeluarkan itu pengundi boleh mengundi dua kali di peti undi yang berlainan.

Selain itu juga, katanya terdapat pengundi yang mempunyai nama di Parlimen Lembah Pantai dan boleh mengundi di Bukit Bintang.
"Melalui penelitian yang telah pihak kami lakukan iaitu semakan senarai nama lebih kurang dua ribu pengundi, kami dapati sebanyak 97 nama mempunyai keraguan iaitu dari segi tiada rekod di dalam sistem talian walaupun dalam senarai daftar pemilih ada.

"Dalam pada itu juga kita telah menjumpai pemilih yang mengundi di dua tempat seperti Saripah Haji Arif (RF90153) yang mengundi di Balai Polis Pantai dan juga di Balai Polis Pekan.

"Sementara itu Mohd Fajree Zulkifli (RF146959) pula boleh mengundi di Balai Polis Pantai dan juga Balai Polis Petaling iaitu di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.
"Ini adalah contoh-contoh senarai nama yang telah kami perolehi melalui semakan yang telah dilakukan dan kami pasti jika ditelitikan kesemua nama-nama daripada 97 yang dikenalpasti ia akan meningkat lagi," sambungnya lagi.

Nurul Izzah juga berharap apa yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya nanti bagi memastikan ia berlaku secara adil serta telus.
"Begitu juga cadangan memansuhkan undi pos serta menggantikan dengan undi awal tetapi itu belum pasti sama ada ia dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun tidak, dengan alasan BN begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya nanti," kata Nurul Izzah lagi.

Beliau juga berpendapat Pakatan Rakyat berhadapan masalah yang serius dalam menghadapi pilihanraya terutamanya peningkatan mendadak undi pos.
"Ini baru berlaku di Lembah Pantai dan di tempat-tempat lain juga sedemikian, apa yang pasti kita berhadapan dengan masalah yang serius pada pilihanraya nanti.
"Apa yang ingin saya tekankan SPR perlu tampil dan beri kenyataan pada media berhubung dengan senarai nama mencurigakan ini dan jangan berdiam diri,” katanya.
  Harakahdaily

Thursday 1 December 2011

Berjaga-jaga PAKATAN ! Umno sudah nampak jalan rampas Selangor


Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.

Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.

“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan.

“Saya cabar profesor Melayu (Profesor Dr Abdul Aziz Bari) ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. Umno akan pertahankan raja-raja Melayu

“Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...!” laungnya.
Malaysiakini

Wednesday 30 November 2011

PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti


November 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Nov — PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.
Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.”

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan  kawasan kediaman.
“Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Saifuddin (gambar) juga berkata, PKR bertegas bahawa proses anugerah projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.
“Ini telah menjadi penyakit dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.
“Oleh itu, PKR mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha,” katanya.

Merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan NFC kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul, kata Saifuddin:
“Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.”

Katanya, mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Shahrizat yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, PKR pada hari ini mendedahkan bahawa idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputera.
“Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi dan kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan.
“Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan kerajaan negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas,” katanya lagi.
Kata beliau, syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Profesor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University.
“Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artifisial ‘insemination’ menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu.
“Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC,” katanya lagi.

Malah menurut beliau, syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Mardi dan hampir menandatangani memorandum persefahaman.
“Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan Negeri Sembilan.
“Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputera ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan,” kata beliau lagi.

Saturday 26 November 2011

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun

KOSMO

SEORANG lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun di pusat beli-belah Pacific Place, Jakarta semalam.



JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.
Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.
Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.
Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.

“Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,” dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.
Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara. – AFP

Friday 25 November 2011

Hasil niaga RM118,000 Fauzi Nawawi lesap

KUALA LUMPUR: “Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.
Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.

Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.
Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan.

“Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.

“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan.

“Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi.
“Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.

Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.

“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.

Wednesday 23 November 2011

Mahkamah putus Nalla beri butir-butir kepada Anwar Ibrahim(kes fitnah)

Khamis, November 24, 2011

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Senator Datuk S Nallakarupan hendaklah memberikan butir-butir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan ketua pembangkang itu menerima RM60 juta daripada beliau dan sebuah syarikat perjudian.
  
Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan Nallakarupan terhadap perintah penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi (SAR) bahawa beliau memberikan butir-butir yang diminta Anwar yang menyamannya(Nallakarupan) RM50 juta kerana memfitnah.
  
nallakarupan interview 220307 thoughtsHakim Segara juga memerintahkan Nallakarupan (kanan) membayar kepada Anwar RM15,000 untuk kos perundangan.
  
Nallakarupan hendaklah menyediakan butir-butir dalam masa 14 hari dari hari ini.
  
Pada 28 Ogos 2009, SAR itu memerintahkan Nallakarupan memberikan butir-butir seperti yang diminta, iaitu siapa yang beri wang, bila dan di mana mereka diberikan.
  
Nallakarupan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan selepas rayuan beliau ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana pada 16 November 2009, mengekalkan perintah SAR.  
  
Beliau disaman oleh ketua umum PKR itu mengenai satu artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan akhbar harian bahasa Malaysia Sinar Harian pada Ogos 2008.
   
NONEAnwar mendakwa bahawa Nallakarupan telah membuat dakwaan palsu dan memfitnah mengenai beliau ketika kempen pilihan raya negeri Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008.
  
Bagaimanapun, dalam pembelaannya, Nallakarupan mendakwa bahawa asal dan biasa bermakna perkataaan yang diperkatakan oleh beliau ialah Anwar (kiri) menerima wang itu menerusi orang tengah.
  
Nallakarupan diwakili peguam S.Sivanesan sementara Anwar oleh R.Sivarasa.

- Bernama

Sunday 20 November 2011

Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India


Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

mirzan mahathirMirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.

Petisyen itu menyatakan bahawa projek berkenaan ditawarkan secara Bina-Operasi-Pindah dan konsortium itu diberikan 18 bulan untuk membina dua buah dermaga di Pelabuhan Kakinada, pelabuhan kedua terbesar di Andhra Pradesh.

"Tetapi konsortium itu gagal memenuhi komitmennya dan kerja-kerja pembinaan dermaga lain hanya dimulakan lima tahun kemudian pada 2004," menurut afidavit itu.

Disebabkan kelewatan, perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM33 juta antara 1999 dan 2007.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Mahkamah Tinggi itu kini mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) dan Direktorat Penguatkuasaan (ED) menyiasat semua dakwaan terhadap Naidu dan rakannya.

Naidu, presiden Parti Telugu Desam, adalah ketua menteri Andhra Pradesh dari 1994 hingga 2004.

Beliau menerajui parti itu daripada mendiang bapa mertuanya, NT Rama Rao, yang ketika dulu ikon filem Telugu.MK

- Bernama

Ini Dia Mempelai Pria Tertua di Dunia

 
Foto : Pernikahan Abdul dan Bibi (Daily Mail)
Foto : Pernikahan Abdul dan Bibi (Daily Mail)
ASSAM - Dalam usianya yang ke 120, Hazi Abdul Noor menikah untuk yang kedua kalinya dengan seorang wanita yang berusia 60 tahun. Abdul dinobatkan sebagai seorang mempelai pria tertua di dunia.

Isteri pertama dari Abdul, Salma Khatun, meninggal dunia enam tahun yang lalu, dirinya pun menikahi Samoi Bibi yang berasal dari Desa Sathgori, India. Abdul sendiri memiliki dua putra, empat putri dan sejumlahcucu. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Khamis (27/10/2011).

Sebanyak 500 orang menghadiri upacara pernikahan pengantin tua itu di desa yang terletak di Negara Bagian Assam, India.

Saat Salma Khatun meninggal dunia, Abdul pun langsung meminta putranya, Hazi Azir Uddin, agar mencarikan dirinya istri kedua.

"Tidak mudah bagi saya untuk mencarikan seorang mempelai wanita untuk seorang pria yang berusia 100 tahun. Meski demikian, karena kehendak Tuhan, saya menemukan calon istri bagi ayah saya yang usianya 60 tahun. Istri kedua ayah saya, sempat menikah, namun suaminya tewas dan dirinya tidak memiliki keturunan," ujar Azir.

Setelah menikahi Abdul, Bibi memiliki anak-anak tiri yang usianya bahkan lebih tua daripadanya.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjaga suami saya," ujar Bibi.(rhs)

Saturday 19 November 2011

Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah


Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita  yang menderita,” rintihnya lagi.MK

Wednesday 9 November 2011

P'raya: Pakatan mahu dakwat kekal digunakan

10 November 11
Ahli Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya dari Pakatan Rakyat akan memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pembaharuan yang boleh dilaksanakan serta-merta apabila mereka bersidang secara tertutup untuk sesi keempat hari ini.

NONE"Kami mahu PSC buat resolusi untuk memaksa SPR untuk melaksanakan sekurang-kurangnya penggunaan dakwat kekal dan cadangan mengundi lebih awal sekarang.
                
"SPR dakwa mereka memerlukan masa dua bulan hanya untuk membeli dakwat. Kita tidak mahu kekurangan masa dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ini sebelum pilihan raya umum akan datang, " kata ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, semalam.

Loke, seorang daripada tiga orang wakil pembangkang di PSC, mengalu-alukan pengumuman pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang berkata laporan interim PSC akan dibentangkan di Parlimen sebelum mereka memulakan pendengaran awam esok.

Ahli parlimen dari DAP itu berharap bahawa penggunaan dakwat kekal dan cadangan membenarkan penggundian  awal juga akan dimasukkan dalam laporan ini.

Loke juga mahu anggota tentera dan polis dibenarkan mengundi di kawasan tempat mereka bertugas terlebih dahulu bagi menggantikan undi pos kerana kebimbangan tekanan dikenakan ke atas mereka untuk mengundi BN. Malaysiakini

Dua lelaki disyaki bunuh Adrian


ANGGOTA polis Indonesia mencari bukti-bukti di luar kawasan rumah sewa Adrian di Malang semalam bagi mengenal pasti pembunuhnya.


MALANG - Misteri pembunuhan Adrian Jay Pereira pada Isnin lalu mula terungkai apabila polis Indonesia semalam mendedahkan bahawa dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal kapcai dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Perkara itu diperoleh hasil penemuan bukti dan siasatan polis forensik di Tempat Kejadian Perkara (TKP) yang dilakukan bersama Pasukan Identifikasi Polis Jawa Timur yang mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang mempunyai maklumat.
"Kita ketahui pelaku melibatkan dua lelaki yang menunggang motosikal kapcai," kata Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa yang ditemui Detiksurabaya.com di sini semalam.
Menurut Teddy, dua suspek yang menaiki motosikal kapcai itu juga memakai baju hujan dan mereka memakai topi keledar menutup muka.
Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya yakin kedua-dua suspek yang membunuh mahasiswa semester lima Fakulti Kedoktoran di Universiti Brawijaya itu merupakan penjenayah yang berpengalaman dalam kegiatan mencuri motosikal.
Ia berdasarkan modus operandi yang digunakan oleh suspek sehingga Adrian terbunuh di depan rumah sewanya.
"Dua suspek itu diyakini penjenayah tegar," ujar Teddy.
Hasil siasatan TKP itu, kata Teddy, pihaknya sedang mengumpulkan seluruh data suspek yang terlibat dalam kes-kes kecurian motosikal yang pernah dilakukan sebelum ini.
Katanya, siasatan kes Adrian yang melibatkan pasukan khas diharapkan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.
"Kerjasama daripada orang ramai amatlah diperlukan untuk menyegerakan siasatan kes ini," kata beliau.
Teddy berkata, motif pembunuhan Adrian jelas disebabkan jenayah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday 26 October 2011

Ilmuwan Transplantasi Organ Babi ke Manusia






Dunia kesehatan Amerika Serikat melakukan sebuah revolusi dengan merekayasa transplantasi jaringan babi secara genetik untuk mengatasi ancaman penyakit pada manusia. Pada percobaan, jaringan dari daging babi diambil secara khusus untuk membantu penderita diabetes, penyakit otak dan kebutaan.

Namun, para ahli dari Inggris menantang penemuan tersebut dan mengkhawatirkan aspek keamanan dari percobaan ini. Kekhawatirannya adalah, retrovirus dapat berpindah dari babi ke manusia dan memicu sebuah pandemik baru dan infeksi khusus seperti HIV.

Dikutip dari Independent, 24 Oktober 2011, para ahli dari Institut Transplantasi Thomas Starzl, Universitas Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Serikat menyatakan bahwa mereka berhasil membuat langkah besar yakni xenotransplantasi atau menggunakan jaringan dan organ hewan untuk mengganti jaringan atau organ manusia.

Sebelum ini, pada pertengahan 1990-an, Imutran, perusahaan bioteknologi di Cambridge, mengklaim menjadi perusahan pertama di dunia yang sukses memindahkan hati babi ke monyet dan memungkinkan transpalansi silang khusus.

Bagaimanapun, sistem kekebalan menjadi sebuah masalah yang menyulitkan, melebihi harapan keamanan dan besarnya kekhawatiran akan hal tersebut. Meski memungkinkan, masalah tetap muncul, termasuk hilangnya sel yang ditransplantasikan, pembekuan darah dan masalah penolakan lainnya.

Tetapi kini peneliti mengklaim, rekayasa genetika babi yang dapat mengatasi masalah ini akan segera tersedia dan membuat percobaan transplantasi hewan ke manusia menjadi semakin ‘dekat’. Ilmuwan Amerika Serikat yang mengabaikan kekhawatiran dari retrovirus menyatakan, tidak ada risiko besar.

Pernyataan itu ditentang oleh Robin Weiss, profesor virologi Universitas College, London, yang juga ahli retrovirus. “Dibutuhkan monitoring yang ketat kepada pasien untuk menjamin pasien tidak terkena sesuatu dari babi,” ujarnya.

Sumber

Monday 19 September 2011

Anunya tersangkut di bangku taman

Penis Tersangkut Gara-gara Masturbasi Di Bangku Taman

HONG KONG  Seorang lelaki,  Le Xing, wqarga Hong KOng yang sunyi   dan mengalami gangguan jiwa   merasa perlu memanggil pertolongan polis untuk menyelamatkan penisnya yang tersangkut di bangku taman setelah melakukan masturbasi pada benda ini.

Apple Daily melaporkan , sekurangnya empat anggota SAR (safe and rescue) menghabiskan waktu empat jam untuk membebaskan lelaki itu  setelah penisnya masuk di sebuah lubang di bangku taman yang digunakannya untuk masturbasi.

Para petugas akhirnya   berhasil membawa Le Xing ke rumah sakit bersama logam metal sepanjang 2.5 meter yang membuat penis ini tersangkut. Doktor mengatakan, lelaki usia 42 tahun ini sangat beruntung, penisnya ini masih utuh setelah berhasil dikeluarkan dari logam besi ini.

Kalau kahwin kan tak jadi macam ni

Wednesday 14 September 2011

Jururawat gempal ini kaki kelentong


* PREMILA didakwa memperdaya Norida

BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.

Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.

"Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.

"Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya.

Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana.


* NORIDA menunjukkan laporan polis yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.

Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu.SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.

"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.

Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.


* SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.

"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.

* Sumber Kosmo! Online

Tuesday 13 September 2011

Buffalo gave birth to baby human

Buffalo Human
It’s really hard to believe! This is really weird. I don’t believe this. But what is that creature? Buffalo? Baby human? Human body with animals leg and hands? Does not matter what is ‘it’ anymore, ‘it’ definitely does not look like buffalo or human, ‘it’ is a dead creature! By The way, is this from Thailand?

Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human
Buffalo Human

Monday 12 September 2011

Ular sawa keluar lokap


 
Beberapa kakitangan Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam gempar dan terkejut apabila seekor ular sawa keluar dari saluran air di lokap mahkamah berkenaan, pagi semalam.

Ular sepanjang satu meter itu keluar secara tiba-tiba hingga mengejutkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas mengawal lokap berkenaan pada jam 1.05 tengah hari, semalam.

Seorang anggota polis mahkamah, Sarjan Ku Hamid Ku Chik berkata, beliau pernah beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang terlihat binatang tersebut tetapi tidak menjumpai ular berkenaan apabila dicari.
“Saya terima aduan sejak sebulan lalu dan ada yang mendakwa ular tersebut tinggal di bawah lokap berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun semalam, ular berkenaan tidak bernasib baik apabila ditangkap ketika sedang cuba masuk semula ke saluran air di bawah lokap dipercayai hendak balik semula ke sarangnya.

“Kami bimbang takut-takut sekiranya ada yang lebih besar iaitu ibu kepada reptilia ini, bagaimanapun keadaan masih terkawal.

“Biarpun begitu, saya menasihatkan orang awam dan kakitangan kompleks ini supaya sentiasa berhati-hati duduk atau berada berdekatan dengan kawasan berkenaan,” katanya.

Saturday 10 September 2011

Saya perjuang Islam, bukan komunis - Mat Sabu


GOMBAK, 11 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam sejak kecil lagi dan bukan komunis seperti dilabel Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia.

Berucap dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya merujuk kepada serangan Umno dan media terhadapnya ekoran pandangannya dalam isu Rumah Pasung Bukit Kepong.

Kira-kira seribu hadirin hadir pada ceramah malam tadi.

Mengulas lanjut Mohamad berkata tuduhan sebegitu bukan baru kerana berlaku sejak zaman penjajah lagi.

Umno warisi penjajah

Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.

Mohamad dalam satu ceramahnya di  Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut.

Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS.

Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.

Khairy budak baik

Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
  Harakahdaily

Ular Phyton Yang Rakus Dan Gelojoh




Ular Phyton ini terlihat begitu Ngap dan penat setelah melahap sesuatu yang mungkin saja itu adalah sapi atau kerbau.

bentuk tubuhnya nyaris penuh sesak oleh sesosok makanan.jangan sampai ular Phyton ini berkeliaran di sekitar kediaman anda.salah-salah seluruh anggota keluarga anda boleh ghaib di makan bulat -bulat.

Gistink.Info

Saturday 27 August 2011

Tercampak 10m, leher hampir putus

 

Ahad, 28 Ogos 2011


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila mangsa terbunuh selepas tercampak dari jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam.
Lebih mengerikan, selepas tercampak dari jejambat itu, kepala mangsa bergesel besi pembahagi jalan hingga lehernya hampir putus.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Aqilah Noor Ahmad dari Kampung Tasik Tambahan, Ampang, kemudian terpelanting ke Jalan Istana yang sibuk hingga nyaris dirempuh kenderaan lain sebelum beberapa pengguna jalan raya berhenti memberi pertolongan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya, Darwish Ridhwan Lee Abdullah, 19, tercampak selepas motosikal terbabit gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan di jejambat berkenaan.

Lima minit selepas kejadian, Nur Aqilah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan leher. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala teman lelakinya yang cedera parah, dihantar ke hospital sama dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kemalangan itu berlaku selepas kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke rumah Nur Aqilah di Ampang selepas membeli baju raya di Bukit Bintang, di sini. Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam ketika warga kota sibuk menggunakan laluan itu untuk pergi ke pusat beli-belah serta menuju ke lebuh raya untuk balik kampung.
Berikutan kejadian itu, Polis Trafik Kuala Lumpur meminta saksi kemalangan itu menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Di MELAKA TENGAH, seorang pemuda yang baru pulang dari membeli baju raya terbunuh manakala rakannya patah tangan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh seekor lembu di Jalan Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Azroy Nizam Ramli, 25, dan rakannya yang membonceng motosikal dalam perjalanan ke rumah selepas membeli pakaian di Jonker Walk, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata Azroy Nizam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara rakannya patah tangan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Sungai Undang terlanggar lembu yang melintas di tengah jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2834139 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, bapa saudara Azroy Nizam, Akmar Husin, 47, berkata arwah pernah terbabit dalam kemalangan kereta hingga koma selama sebulan, tahun lalu.

“Kami reda dengan pemergian arwah walaupun sedih dia tidak sempat memakai baju baru yang sudah dibeli untuk beraya,” katanya.

Wednesday 24 August 2011

Adik Safiah Mardhiah MEMINTA BANTUAN PEMBACA



Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

DICATAT OLEH TUKAR TIUB

Saturday 20 August 2011

48 warga Pakistan maut apabila masjid dibom


PESHAWAR - Seorang pengebom bunuh diri meledakan dirinya di sebuah masjid di Pakistan, ketika warga tengah melakukan ibadah. Seramai 48 orang dikhabarkanmaut dalam kejadian ini.

Insiden ini tentunya amat menyedihkan mengingat terjadi ketikabulan Ramadan. "Siapapun yang melakukan serangan ini di bulan Ramadan, jelas bukan Muslim," ucap Saleem Khan yang selamat dalam pengeboman seperti laporan Associated Press, Sabtu (20/8/2011).

Bagi Khan pengeboman ini terlalu keji dilakukan oleh seorang Muslim. Tetapi serangan yang terjadi di masjid yang terletak di Ghundi, Wilayah Khyber, memang ditujukan kepada tetua adat setempat yang sedang melakukan solat Tarawih pada Jumaat (19/8/2011).

Wilayah Khyber selama ini memang dikenal sebagai daerah yang tertutup dari warga asing. Daerah ini dianggap berbahaya untuk dikunjungi oleh orang asing. Tetapi sebahagian besar pasukan logistik yang tidak terlalu bagi pasukan Amerika Syarikat (AS), melewati wilayah tersebut dengan tujuan Afghanistan.

Sementara pihak keselamatan Pakistan membenarkan bahawa serangan bom tersebut dilakukan oleh pengebom bunuh diri. "Semua bukti menunjukan bahwa serangan kali ini adalah aksi bom bunuh diri," jelas pejabat Ghundi Fazal Khan.

Selain membunuh 48 orang, ledakan ini juga menyebabkan 85 orang lainnya cedera. Diperkirakan beberapa tetua dari suku Maddo Khel yang berada di dalam masjid tersebut merupakan target dari serangan ini.

Suku ini memang dikenal terus mendukung perlawanan terhadap kelompok militan yang berada di wilayah mereka.

Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton langsung mengeluarkan kecaman atas serangan bom ini. Clinton menilai serangan ini mengingatkan kembali kebrutalan dari para pelaku yang menargetkan serangan pada warga sipil ditengah bulan Ramadan.

Friday 12 August 2011

Najib lemah zahir dan batin


PETALING JAYA: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dari segi zahir dan batin.

Beliau berkata Najib lemah zahir dan batin dalam bab pertahankan kedaulatan negara dan juga aspek pertahankan syarikat kepentingan negara.

“Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah.

“Tune Air iaitu syarikat induk AirAsia mendapat 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk MAS pula dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

“Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik,” kata Badrul Hisham yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Dari aspek masa depan ekonomi negara kemampuan kabinet Najib untuk memacunya juga diragui apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal yang fikir politik domestik semata-mata.

“Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara?

“Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab ‘tak sangka’. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau ahli nujum yang hanya pakai jangkaan apa yang akan jadi seterusnya?,” tanya CheguBard.

Itu belum diambil kira bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari ‘dirampas’ Singapura.

Najib hanya peduli imej

CheguBard berkata, seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita putar belit media.

“Dikhabarkan Najib mempunyai 11 pegawai media. Berapa banyak peruntukan rakyat untuk bela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri dengan menggunakan dana rakyat. Baru-baru ini laporan media online mendedahkan Najib telah menggunakan sejumlah wang untuk membiayai laporan media luar negara agar beliau dilihat positif.

“Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi Perdana Menteri orang sering perkatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai kuat tidur dan menantunya Khairy Jamaluddin mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah.

“Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin.

Bukan sahaja lemah mengendali negara dan pertahankan hak negara malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan merupakan misteri lagi apabila
setiap peringkat Umno menghebohkan cakap-cakap rahsia terbuka mengenai pelbagai perangai Rosmah Mansor.

“Seorang anak muda Cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap kalau Najib lulus (sesuatu projek atau peruntukan) belum tentu dapat tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib pasti akur,” ujar CheguBard lagi.

CheguBard berkata Najib meminta rakyat berjimat dan dalam pada masa yang sama imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi antara punca utama kejatuhan rejim Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dahulu.
-freemalaysiatoday-