HTML/JavaScript

Tuesday 29 March 2011

Saintis rancang gali pusat bumi

LONDON - Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.

Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.
Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos. - Agensi

Monday 21 March 2011

Kedudukan bulan paling rapat dengan bumi

ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Sunday 20 March 2011

We Would Kill Gaddafi


In a second night of bombing, a three-storey administration building in Gaddafi's residential compound was struck close to his iconic tent, according to reports. Around 300 of the dictator's supporters were in the area at the time although it was unclear if anyone was hurt.

U.S., British and French planes blasted a line of tanks that had been moving in on the rebel capital Benghazi, in the opposition-held eastern half of the country.

A Libyan army spokesman had declared a fresh ceasefire yesterday but the U.S. and Britain said they did not believe Gaddafi was honoring it and would continue to enforce the no-fly zone.

Three Cabinet ministers last night refused to rule out the eventual deployment of British ground troops, saying only that there are no plans to do so ‘at the moment’.

The clear warning to Gaddafi came during a dramatic 36 hours in which:

■ Missiles were launched from Tornado jets which flew a 3,000-mile round trip from RAF Marham in Norfolk – the longest-range bombing mission since the Falklands;

■ SAS troops were already in Libya, spotting and marking targets for RAF bombers;

■ Burned-out tanks and charred bodies of Gaddafi’s forces littered the road to rebel-held Benghazi;

■ The Arab League condemned the air strikes saying: ‘What we want is the protection of civilians and not the bombardment of more civilians’;

■ Russia joined the criticism, saying the strikes hit non-military targets and called for a ‘halt in the indiscriminate use of force’;

■ Royal Navy warships HMS Westminster and HMS Cumberland prepared to join a blockade of Libyan ports;

■ MI6 spies phoned Gaddafi’s generals warning them that they will be targeted by missiles unless they defect;

■ Gaddafi’s forces claimed that 48 civilians were killed and 150 injured in the raids, but this was not confirmed.

Last night, as his beleaguered regime braced itself for a second wave of allied missile and bomb attacks on military targets, Gaddafi issued orders for another ‘immediate ceasefire’.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1368250/Libya-We-kill-Gaddafi-says-Defence-Secretary-Liam-Fox-RAF-blitz-Libya.html#ixzz1HCMJT6Ms

Thursday 17 March 2011

Kedah :Ganjaran tanah kerana menang “treble”

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah hari ini menjelaskan bahawa ganjaran tanah seluas dua hektar di Pokok Sena yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi pemain skuad Kedah yang muncul juara tiga piala dalam semusim untuk dua musim berturut-turut iaitu 2006/2007 dan 2007/2008.

Ganjaran tanah itu bukanlah untuk pemain-pemain Kedah yang beraksi untuk skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala Suzuki 2010.

“Laporan berita semalam tidak tepat dan kami mohon supaya pembetulan dibuat,” kata Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib hari ini.
Akhbar-akhbar hari ini melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai berkata, kerajaan negeri akan memberi ganjaran tanah kepada lima pemain pasukan Kedah yang beraksi untuk skuad kebangsaan yang muncul juara Piala AFF Suzuki 2010.

Kedah menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2006/2007 dan kemudian berjaya mengekalkan kejuaraan ketiga-tiga piala tersebut pada musim 2007/2008. –Kosmo

Saturday 12 March 2011

Chihuahua triplets


Foster careworkers are currently working with the Methuen, Massachusetts MSPCA who are lookingKensi, Hetti and G are Chihuahua triplets who were born without their front legs but are adapting to life on two legs
Kensi, Hetti and G are Chihuahua triplets who were born without their front legs but are adapting to life on two legs
Kensi, Hetty and G were not only born disabled, but soon after their birth their owner died, leaving them homeless.
Staff have confirmed that the puppies are adapting to life without front legs and are potential candidates for wheeled carts.
The Boston Herald reported that keeping up with the other dogs has been no easy feat for the tiny pups as they work to strengthen their abs and graduate to the use of wheeled carts.
The puppies astounded MSPCA workers with their resilient nature and how well they were coping with only two legs
MSPCA spokesman Brian Adams said: 'This is a condition that we rarely see. Even more rare is to see it occur in so many puppies from the same litter.
'These animals have amazed us with how much they can accomplish on their own.
'They don’t know they’re missing those front legs, so they have adapted and overcome the hurdles in front of them.
'They learn behaviours but also to interact and socialize with other young animals of the same mindset.
'Many animals do fantastic with front or rear wheel carts. They have fantastic outlooks, remain consistently upbeat, and basically we are ensuring they’ll have a bright future ahead of them, but they’re the ones doing all the work.
'The puppies astounded us with their upbeat and resilient nature. They immediately showed us that they could overcome their physical obstacle as they hopped and ran after each other.'
The three Chihuahuas are currently in the care of experienced foster parents, Linda and Marty Jones, who have provided care to the MSPCA's homeless animals.

dailymail

Thursday 10 March 2011

Saiful Menemui Rosmah dan Izam Mohd Nor

KUALA LUMPUR 11 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib. Keterangan Jude memperakui pembabitan langsung Rosmah dan Najib dalam tuduhan fitnah liwat yang di kenakan terhadap Anwar yang selama ini menegaskan wujud agenda politik untuk sekali lagi mensabitkan beliau atas tuduhan liwat, menggunakan bukti reka cipta, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998.

"Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah. Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut. Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau."Ada" kata Jude.

Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008. Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan. "Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal.


Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu. Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap.

Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian. Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu./Tvs News

Betul ka Harga Gobala RM1.4 Juta

Kesian Gobala, pengorbanan besar bersama PKR hancur dengan RM1.4 juta. Berbagai sepak terajang UMNO dapat dielak, tapi tak dapat nak elah RM 1.4 juta. Mana harga diri.

Dalam kenyataan akhbar, Setiusaha Agung PKR, Saifuddin mendedahkan terdapat 2 salinan cek iaitu 1 cek Bank Hong Leong bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan 2011 dan 1 cek lagi dari bank yang sama bernilai RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 untuk membayar hutangnya.

Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang? Berapa harga pengkhianatan mereka dapat.

Tuesday 8 March 2011

Anda Berhutang? Bayar Cepat

Maznah mencuba talian semasa pelancaran  PTPK
KUALA LUMPUR – Jika anda ada akaun Facebook dan anda juga peminjam . Jaga ! anda sedang dikesan .  Facebook kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.

Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata,  mereka telah berjaya mengesan 1,460 peminjam tabung berkenaan sejak Facebook PTPK dilancarkan pada Februari tahun lepas .
“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046  "

 Peminjam diberi pilihan  cara membayar. Jika tidak mampu membayar penuh, boleh membayar  cara ansuran atau bayar sekadar termampu. 

anjing pun ada akaun facebook


PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26 membuka akaun Facebook istimewa untuk anjingnya yang bernama Cilla

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Lebih 2,000 orang telah mengklik 'like' , tanda mereka menyukai laman Facebook tersebut. -

BURUNG HELANG TERBANG TERBALIK

PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. -Kosmo

nenek tak ingat letak anak di mana

NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."

cerita lawak di salin dari blog sahabat

Monday 7 March 2011

PETAI MENANGIS

orang ramai berkerumun melihat batang pokok petai yang mengeluarkan air
Memuja sebatang pokok petai yang dikatakan 'menangis' di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) telah menampal notis di batang pokok petai tersebut sebagai peringatan kepada orang ramai. Pokok petai itu dikatakan telah mengeluarkan air dari batangnya seminggu lalu. Ramai pengunjung dari Pulau Pinang dan luar Pulau Pinang datang berkerumun di bawah pokok itu untuk mengambil airnya. Ramai yang menadah air dan minum. Kata mereka sebagai penawar penyakit.

Mengikut seksyen itu, mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sunday 6 March 2011

LIWAT 2

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan mahkamah mendengar hujah akhir dari pihak pendakwa dan pembela dalam bicara dalam perbicaraan.

Anwar, bersama dengan peguam Sankara Nair and ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, memberi keterangan untuk pihak pembela, manakala Superintendent Ahmad Taufiq Abdullah, memberi keterangan untuk pihak pendakwa.

Anwar dan Sankara memberitahu mahkamah itu bahawa tiada alasan penangkapan dinyatakan oleh apabila ketua pembangkang ditahan pada Julai 2008 oleh sepasukan anggota polis yang bertopeng.


Sivarasa pula, dalam keterangannya berkata, beliau telah mengingatkan pegawai penyiasat supaya tidak menahan Anwar semalaman, selepas ahli parlimen Permatang Pauh itu selesai memberi kenyataan dan selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Dalam bicara dalam perbicaraan itu, peguam Karpal Singh cuba untuk membuktikan yang penangkapan itu tidak sah dan tiga bahan yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalam - yang mengandungi mengandungi DNA 'Male Y' - dibuat secara tidak adil dan menyalahi undang-undang.

Ahmad Taufiq pula memberitahu mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Sankara dan Anwar bahawa penangkapan itu dibuat berdasarkan dakwaan di bawah seksyen 377B untuk liwat dengan persetujuan.

Bagaimanapun , pegawai polis itu mengakui bahawa waran tangkap bertarikh 15 Julai, 2008, hanya diserahkan kepada Anwar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur (IPK KL) - tempat ketua pembangkang ditahan.

Tumpuan sekarang ialah sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusannya mengenai penerimaan bahan bukti penting itu, hari ini.

Tiga bahan tersebut - yang pihak pendakwa mahu mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti - boleh menentukan kejayaan atau kegagalan kesnya terhadap Anwar.

Malaysiakini

KEZALIMAN SAMAN EKOR

Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. 

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai. 

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.

Dikutip dari blog sahabat

UNDI POS MERLIMAU PAS KALAH

Ada pernah dengar Pembangkang menang UNDI POS ?
Mana pernah ada pembangkang menang undi pos. Berani ka depa undi pembangkang. Cari mampuih. Sayang parti ke , atau sayang kerja. Tak heran langsung, tak terkejut langsung  bila-bila masa jumlah undi Pos diumumkan . Di Merlimau BN mendapat 46 undi tapi PAS hanya mendapat 2 undi, dan undi rosak sebanyak 14 bagi.

Saturday 5 March 2011

KERETAPI PELURU

TOKYO, — Jepun telah melancarkan keretapi laju terbaru yang disebut sebagai kereta peluru bernama Hayabusa, atau disebut juga Falcon.
Keretapi ini dinamakan kereta peluru sebab muncungnya yang pipih seperti peluru yang panjang muncunnya 15 meter dan memiliki kecepatan hingga 300 kilometer se jam.
Ketika pertama kali dirasmikan pada Sabtu (5/3/2011), kereta ini memulakan perjalanannya dari Tokyo ke Aomori, di Jepun Utara.
Kereta api milik East Japan Railway Co, sejak Desember 1997, ia mesra penumpang, memiliki kabin mewah dan nyaman, seperti penerbangan kelas bisnes.

Sebuah Pub Terbakar Gara-Gara Penari Bermain Api


TAIPEI. - Sembilan terbunuh sementara 12 lagi cedera dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah pub di Taiwan pagi tadi .
Penyiasatan awal menunjukkan, kebakaran - salah satu yang terburuk dalam beberapa tahun belakangan ini di Taiwan - mungkin berpunca dari seorang penari yang menggunakan permainan cahaya selama pertunjukan di pub di kota Taichung.
Setelah api Berjaya dipadamkan para petugas anggota bomba kebakaran menemui sembilan mayat hangus di pub tersebut.
"Dua belas orang yang cedera dibawa ke rumah sakit terdekat untuk rawatan kemudian di Penari dan pemilik pub tersebut telah ditahan polis untuk siasatan

Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama di Melaka Murtad

Maklumat yang saya terima semalam dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian.

Walau bagaimanapun kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?

Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini.

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini? Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berleluasa.

kerengga

SIAPA IBLIS

Iblis adalah nama salah seorang Jin yang pada ketika Adam belum diciptakan. dia termasuk salah seorang yang hadir bersama sama para malaikat. Adam adalah nama nabi yang pertama dicipta Allah, sedangkan Iblis adalah nama salah seorang Jin. Iblis bersama generasi Jin pada saat itu sudah ada ketika Adam belum diciptakan Tuhan. Adam sudah meninggal, jin jin yang satu generasi dengan Adam juga sudah pada mati, tetapi Iblis hidup sampai hari kiamat.

purata umur jin memang lebih panjang jika dibandingkan dengan purata umur manusia (Pemuda dikalangan jin purata berumur 300-400 tahun). Tetapi Iblis pernah meminta dipanjangkan hidupnya sampai kiamat, dan permintaan itu makbulkan. Umur panjang sejak sebelum Adam sampai saat ini membuat Iblis termasuk satu makhluk yang memiliki perbendaharaan pengetahuan yang lengkap mengenai apa saja yang pernah terjadi pada manusia di dunia ini.

Iblis benci pada Adam kerana perasaan dengki. Adam dinobatkan sebagai Khalifatullah fil Ardli. Iblis merasa dirinya lebih layak dipilih sebagai khalifatullah fil Ardli karena dirinya lebih dulu diciptakan dibanding Adam. Iblis telah beribadah kepada Tuhan selama hidupnya sedangkan Adam baru saja diciptakan sudah dipilih sebagai khalifah.

Sebenarnya rasa iri dalam diri Iblis ini dirasakan juga oleh Malaikat ketika mereka mengemukakan pendapat kepada Tuhan,”(wahai Tuhan) apakah akan Engkau Jadikan dibumi ini orang orang yang yang berbuat kerusakan dan suka menumpahkan darah (saling berperang)? Padahal kami telah bertasbih dangan memuji Mu, dan mengkuduskan Mu?” (QS Baqarah 30)

Tersirat dalam peryataan para Malaikat seakan berkata,”Kenapa bukan kami saja yang Engkau jadikan Khalifah Pemakmur Bumi?”

Ketika Tuhan memerintahkan semuanya (Malaikat dan Jin) untuk tunduk menerima Adam sebagai nabi , semuanya menurut perintah Allah kecuali Iblis. Iblis sombong sebab perasan dia dijadikan dari api sedangkan Adam dijadikan dari tanah.

Sejak itulah Iblis benci pada manusia.
Di kutip dari blog Indonesia.terima kasih tuan blog

Thursday 3 March 2011

Justin Bieber: Saya Minta Maaf

Los Angeles (ANTARA News) - Justin Bieber, Rabu, meminta maaf karena menunjukkan jari tengahnya (simbol lucah)kepada paparazzi yang berkerumun di keliling bintang pop dan kekasihnya itu setelah majlis makan malam ulang tahunnya di Los Angeles.

Pertengkaran itu terjadi pada Selasa malam ketika Bieber dan bintang Disney Selena Gomez meninggalkan sebuah restoran Itali tempat mereka merayakan ulang tahun ke-17 nya.

Bieber yang kesal melakukan gerakan spontan ketika dia mengambil kereta mereka dan Gomez menutupi wajahnya. Kejadian itu adalah sesuatu kejutan bagi mereka kerana sebelum ini dia tak pernah merasa terganggu.

"Saya minta maaf," tulisnya dalam Twitter-nya, Rabu. "Ini sukar bagi saya tapi saya tahu yang lebih baik daripada bereaksi dengan marah. "

Dia menambahkan bahwa kehidupan itu "naik dan turun" .saya akan belajar dari kesalahan itu.
dari segi positif, ia mengatakan kepada 7.8 juta orang pengikutnya di Twitter , mereka telah mengumpulkan lebih dari 40 ribu dolar AS untuk amal yang menyediakan air bersih ke negara-negara miskin.

AWAS DENGAN PENIPUAN KEATAS Maybank2u

Kuala Lumpur – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi). -kosmo

Wednesday 2 March 2011

GUNUNG BROMO



Gunung Bromo (dari sanskrit: Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai gunung yang cantik di Jawa Timur. Gunung Bromo menjadi menarik karena statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.
Gunung Berapi Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.
Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo.
Uniknya gunung ini sangat cantik . Kacantikannya boleh dilihat dari Gunung Pananjakan. Gunung ini tidak selamat untuk didekati. Sebab ia masih aktif sejak November tahun lalu. Ia berada dalam kawasan berjaga-jaga.
Purata setiap 15 minit kawah Gunung Bromo akan meletus dikuti gegeran kuat seperti kiamat kecil, kemudian dilitupi dengan kepulan asap hitam, putih, coklat, gelap. Beterbangan hingga ke langit.

H1N1.Sekolah Tutup Seminggu

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini tutup selama seminggu bermula hari ini setelah seorang pelajarnya disahkan meninggal dunia akibat menghidap virus selesema babi (H1N1) pada 24 Februari lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penutupan sekolah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan punca wabak H1N1 menular ke sekolah terbabit.
Katanya, kematian pelajar terbabit bagaimanapun hanya dilaporkan kepada pihaknya pada 28 Februari lalu oleh pengurusan sekolah terbabit.


Kosmo

Tuesday 1 March 2011

Ghadafi: semua rakyat menyayangi aku


“Mereka semua menyayangi aku. Semua rakyatku sokong aku. Mereka semua mencintai aku. Mereka bersedia mati untuk melindungi aku,” kata pemimpin Libya muammar Ghadafi. Ia berbicara dalam bahasa Inggeris yang terputus-putus dalam satu wawancara dengan media Barat yang ditayangkan melalui berita dunia BBC.
Segala pernyataan pemimpin Libya itu terhadap nasib buruk rakyatnya dikutuk oleh duta besar AS ke PBB Susan Rice, sebagaimana dilaporkan AFP.
Kata Rice, “ Dia tak layak jadi pemimpin kerana dia tidak peduli langsung nasib rakyatnya “.
Gaddafi duduk di Tripoli untuk wawancara dengan saluran televisi ABC serta BBC dan The Times of London, sementara para pemimpin dunia meningkatkan tekanan atas rejimnya. Banyak Negara telah menyita asetnya.
Kemarahan dunia kian marak di atas penindasan yang dilakukan Gaddafi terhadap penunjuk perasaan.
Kekuatan prodemokrasi sekarang menguasai banyak wilayah timur dan utara negara Afrika utara itu. Amerika Syarikat sekarang secara terbuka telah menyeru Gaddafi supaya berundur, dan mengesyorkan agar dia hidup di pembuangan.
“Itu pengkhianatan, mereka tak ada moral. Saya terkejut bahawa kami telah bekerjasama dengan Barat untuk memerangi Al Qaida, dan pada ketika kami sekarang sedang memerangi pengganas, mereka mengkhianati dan meninggalkan kami,” kata Ghaddafi
Ghaddafi menuduh kebangkitan rakyatnya didalangi Al-Qaida

240 MIC dan 30 UMNO masuk PKR


ULU KINTA – Seramai 240 bekas ahli MIC dan 30 ahli UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta sepakat menyertai PKR selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti itu.

Borang keahlian mereka menyertai PKR diserahkan wakilnya, R Segar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Segar dalam ucapannya berkata, keputusan mereka itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan MIC dan UMNO setelah mendakwa parti berkenaan gagal membela nasib rakyat.

Menurutnya, mereka hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan yang didakwa tidak mampu membela nasib kaum India di kawasan itu setelah sekian lama memerintah.

“Banyak janji-janji telah ditaburkan pemimpin itu kepada mereka, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan ini, malah mereka menyatakan sudah muak dengan janji pemimpin parti berkenaan.

“Jadi mereka semua amat kecewa dengan parti berkenaan dan mereka datang kepada PKR serta merasakan pasti PKR mampu membela nasib mereka yang sebelum ini diabaikan oleh MIC,” katanya pada majlis penyerahan 270 ahli bekas MIC dan UMNO di Pusat Khidmat Masyarakat PR DUN Ulu Kinta.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak Dr Mohd Nur Manuty; Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifly Ibrahim dan Pengarah Pilihan Raya PR DUN Ulu Kinta, Muhammad Arafat Mohd.

Segar berkata, ahli baru itu juga menyatakan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Anwar khususnya dan PKR di kawasan berkenaan dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk.

“Semua ahli baru telah menyatakan sokongan penuh mereka kepada PKR dan berikrar menggembleng tenaga membantu parti mereka pada pilihan raya umum ini.

“Malah mereka juga berikrar akan menolak kepimpinan MIC yang sudah lagi tidak relevan dalam membantu rakyat khususnya masyarakat India di kawasan itu dan nampak mereka lebih senang menabur janji-janji kosong sahaja kepada kami,” katanya.

Beliau berkata, ketika masih tidak memasuki mana-mana parti, beliau mendakwa pernah memohon bantuan, namun tidak diendahkan pihak berkenaan sehinggalah berjumpa kepimpinan PKR di kawasan itu.

“Pada masa itu saya amat teruja kerana kepimpinan PKR pada masa itu menyambut saya dan cuba membantu sedaya yang mungkin untuk memastikan masalah yang saya hadapi berjaya diselesaikan.

“Begitulah juga keadaannya pada hari ini apabila 240 bekas ahli MIC hadir menyerahkan borang keahlian kepada Anwar sendiri sebagai bukti kami menyokong dan berdiri di belakang Anwar,” katanya.SH