HTML/JavaScript

Friday 29 April 2011

Gaun pengantin Kate


LONDON  — Gaun pengantin Kate Middleton yang berenda dan berwarna gading direka oleh Sarah Burton, Pengarah kreatif di rumah mode Alexander McQueen. Istana Buckingham mengumumkan hal itu ketika Kate memasuki Westminster Abbey, Pada Jumaat 20 April untuk memulai upacara pemberkatan pernikahannya.
Kate Middleton mahukan gaunnya merupakan penggabungan antara tradisi dan moden

Monday 25 April 2011

Muhyiddin kata:lagi larang lagi orang nak baca


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak fikir gesaan beberapa pemimpin MCA untuk memboikot Utusan Malaysia akan berkesan kerana ia terpulang kepada pembacanya.

"Soal baca ke tidak, ini hak individulah. Kalau dia nak buat, buatlah. Tetapi saya tidak fikir ini berkesan. Ia tidak akan berkesan sama sekali.

"Lagi orang kata jangan baca, lagi orang hendak baca. (Mereka tertanya-tanya) pasal apa? Takutkah?" katanya.

Silap kot kenyataan tu. Kalau tidak apa pasal utusan rugi berjuta setahun. Kami dah memang tak beli utusan. Cuma kadang-kadang terbaca di online saja.Kami memang benci utusan. Utusan 'musuh nombor satu

Saturday 23 April 2011

MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok - Naib Canselor UUM

ALOR SETAR, 24 April - Siapakah dia Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jika hendak memperlekeh pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Kenyataannya yang disiar dalam sebuah akhbar tempatan sebagai berkata ‘MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok’ tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar Profesor apa lagi memegang jawatan NC sebuah institusi pengajian tinggi awan (IPTA).

Berikutan itu Setiausaha Politik kepada MB Kedah, Encik Muhamad Sanusi Md Nor menggesa beliau memohon maaf kepada MB Kedah kerana kenyataannya yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi.

Muhamad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak pemohonan rebat cukai, tidak terkecuali mana-mana tuan tanah sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Lagipun tiada pihak lain yang merungut kecuali UUM mungkin kerana mereka faham tanggungjawab sebagai pemilik tanah.

Mengulas kenyataan Prof Dr Dato’ Mohamed Mustafa yang mempertikai keupayaan mentadbir UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM300 juta setahun untuk menguruskan15,000 pelajarnya, Mohamad Sanusi berkata Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduknya hanya dengan pendapatan RM500 juta

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan dan IPTA sebelum ini tidak pernah mempersoalkan pembayaran cukai terbabit,” katanya.

Menurutrnya Mohamad Sanusi, Dato’ Seri Ustaz Azizan mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang pengajian tinggi. Beliau pernah menjadi ketua jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina.

Selain MB Kedah juga yang mempelbagaikan program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh kepada 42 program. Malah kini membina kampus induk Insaniah di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat. Apabila siap nanti Insaniah mampu menampung lebih 10,000 pelajar.

Katanya, pihak-pihak tertentu juga tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik dari apa yang disangka

http://kedah-online.

Monday 18 April 2011

Imam Mahadi Muncul Di Mekah


Menurut sumber yang dipercayai pada petang 12 April 2011 waktu permulaan solat A'sar,seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon daripada imam, Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditungu-tungukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram dapat mendengar suaranya pada ketika itu.Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat.Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang tanpa izin di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai masalah mental.Kerana kecekapan polis solat asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa.

2011/4/14 الساعة 14:23 بتوقيت مكّة المكرّمة
تمكن رجال الأمن بالحرم المكى الشريف من السيطرة على أحد الأشخاص، بعدما أقدم على خطف "ميكروفون" إمام الحرم، أثناء تأدية صلاة العصر وراح يتمتم: "أنا المهدى المنتظر.. أنا المهدى المنتظر".وكان
الشيخ عبد الله الجهنى يؤمّ المصلين بالمسجد الحرام لصلاة عصر أمس 12 إبريل، وحينها قام أحد الوافدين من إحدى الجنسيات العربية (25 سنة) فور تكبيرة الإحرام بالتوجه من الصف الثالث بسرعةٍ هائلة، وقام بدفع الإمام أثناء الصلاة وأمسك بالميكروفون، وتمتم "أنا المهدى المنتظر.. أنا المهدى المنتظر".

وقام رجال الأمن على الفور بإلقاء القبض على الرجل فى ثوانٍ معدودة، وتم إبعاده وإرجاع الميكروفون منه، ثم أكمل الشيخ الصلاة دون قطعها، وجرى التحفظ عليه وتسليمه لجهات الاختصاص بشرطة الحرم التى تحقق معه، ومن ثم إحالته لـ"الادعاء العام". بحسب صحيفة "المدينة" السعودية الأربعاء 13 إبريل 2011 م.

وذكر موقع "سبق" أن الرجل مصرى الجنسية وليس مقيما بالمملكة وإنما من القادمين لتأدية العمرة أو من المتخلفين، وأنه معتل نفسيا، وقد وُجدت معه بعض الوصفات الطبية للعلاج النفسى. وأوضح الناطق الإعلامى الرائد عبد المحسن الميمان أن التحقيقات جارية معه لمعرفة دوافع ما قام به.

Wikileaks:Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5

 WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tiba-tiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan ‘banyak kenyataan menyeleweng dan silap’ mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.

Kedutaan Amerika Syarikat  turut melaporkan kepada kerajaannya bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata berita  itu lagi.

Mengikut berita  itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalam Northrop F-5,  jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut juga didakwa, tiga kali gagal untuk melaporkan  peristiwa tersebut kepada AS. AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa dicuri ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi sebenar atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar,   Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Sunday 17 April 2011

Amerika dan Israel hantar virus komputer Stuxnet ke Iran

Iran - Berita Rasmi Iran IRNA melaporkan pada 16 April ,Amerika Syarikat dan Israel adalah dalang di belakang virus computer Stuxnet, yang dirancang untuk menyerang program nuklear Iran.

"Penyelidikan dan kajian menemui sumber Stuxnet berasal dari rejim Zionis dan Amerika," kata komandan organisasi pertahanan awam Iran, Gholam Reza Jalali. (AFP.)

Pakar komputer German dan sebahagian laporan media Barat juga mempercayai Amerika Syarikat dan Israel berada di belakang virus tersebut.

Virus Stuxnet yang mula diketahui Jun lalu dilaporkan boleh memusnahkan system komputer pada peralatan industri yang menggunakan computer di Iran

Jalali mengatakan ‘WORM’ itu menyusup ke dalam satu sistem, dan mulai mengumpulkan data dan informasi dan kemudian mengirim laporan dari mesin yang terinfeksi ke alamat Internet yang sudah dituju.

Pada Mac lalu, seorang pakar komputer German Ralph Langer mengatakan ia percaya Amerika Syarikat dan egen rahsia Israel, Mossad, telah mengirim virus Stuxnet ke program nuklear Iran.

Tetapi harian New York Times buat pertama kali melaporkan pada Januari lalu bahawa egen inteligen US dan Israel bekerja-sama untuk mengembangkan worm komputer tersebut untuk menyekat keupayaan Iran membuat bom nuklear.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, pada November 2010, mengakui pengayaan uranium, dalam program nuklear Teheran telah mengalami gangguan akibat provokasi jahat tapi masalah itu telah diselesaikan.

Friday 15 April 2011

Pegawai kanan sebuah kementerian bergelar Datuk ditangkap berkhalwat


GEORGE TOWN - Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar 'Datuk' ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bekerja di kementerian yang sama , awal hari ini

Para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi pada pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, berada di dalam bilik itu. Mereka dipercayai berkhalwat.
Pasangan tersebut dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi sebelum keterangan mereka diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Pengarah JHEAIPP Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Thursday 14 April 2011

Gelombang biru akan disingkir

ceramah pakatan
KUCHING: Gelombang biru semakin dibenci di Sarawak memandangkan semua kempen BN di boikot. Penduduk tidak berminat menghadiri kempen mereka

Penduduk Bandar maupun luar Bandar lebih gemar mengunjungi kempen berisan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tumpuan untuk tempoh 24 jam memerlukan BN mengenal pasti beberapa kawasan yang dilabelkan kelabu dan hitam.

Thursday 7 April 2011

Ghadafi kirim pesan kepada Barrack Obama

Tripoli :Moammar Ghadafi mengirimkan pesan kepada Presiden AS Barack Obama pada Rabu setelah AS menarik diri dari serbuan perikatan terhadap Libya," demikian laporan dari berita Libya, JANA, tanpa memperinci pesan tersebut.

Pada Isnin Tentera AS menarik pesawat tempurnya dari wilayah udara Libya setelah NATO meminta Washington tetap melakukan pengeboman untuk 48 jam berikutnya.

Buat masa ini Peranchis, Qatar dan Itali telah memperakui kelompok pemberontak Dewan Nasional Peralihan (TNC) sebagai pemerintah sah di Libya. Amerika masih mempertimbangkannya.

Pada Selasa lepas Diplomat senior Amerika Syarikat tiba di Libya timur dengan tujuan rundingan politik dan bantuan kemanusiaan.

Wednesday 6 April 2011

PAPAGOMO disiasat polis berhubung video seks

Blogger papagomo.com disiasat polis selama hampir tiga jam di Kuching pada petang Rabu berhubung klip video seks 1.47 minit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut blogger itu yang hanya mahu dikenali sebagai Papagomo, polis mula mengambil kenyataannya dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Katanya ,soal-siasat itu berkisar bagaimana beliau memperolehi sebahagian daripada video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Antara soalan yang ditanya adalah satu artikel yang disiarkan diblog beliau membabitkan gambar dua orang gadis Cina bersama bloggers Topeng Perak dalam blognya. Kata Papagomo kepada Agendadaily di luar IPD Kuching
Papagomo berada di Kuching untuk liputan kempen pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Beliau berkata “Saya hanya keluarkan gambar itu untuk mempersoalkan apakah wanita Cina itu yang dilanggani oleh Anwar Ibrahim.”

Sebuah komputer riba milik beliau telah dirampas bagi membantu siasatan.

Blog beliau antara terawal menyiarkan klip video 1.47 minit itu pada Isnin lalu