HTML/JavaScript

Tuesday 28 June 2011

Pembunuh Karnibal di Penjara Seumur Hidup

Berlin - Pemuda Jerman yang digelar"pembunuh karnibal" dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Ia membunuh dua remaja, meminum darah, dan memakan daging mangsanya itu.


Washingtonpost.com pada Isnin 27 Jun melaporkan tertuduh bernama Jan O -  nama keluarganya tidak disebutkan didapati bersalah oleh mahkamah di Goettingen, Isnin. Mangsanya seorang gadis berusia 14 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.


Jan O mengaku bersalah. Kedua mangsanya dibunuh hanya berselang lima hari.

Friday 10 June 2011

Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh diarah mohon maaf atau hadapi saman

PUTRAJAYA: “Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.

Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

“Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.

Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.HM

Tetap mau kahwin walau pun tahu mereka dua beradik

Bermula pada awal pertemuan yang tak terduga mereka berkenalan di sebuah kelab malam di Ireland dan jarak rumah mereka berdua lebih kurang 100m.Mereka pada mulanya hanya berkawan dan kemudian saling cinta -mencintai.

Tetap mahu berkahwin

Sehingga mereka mendapat seorang anak walaupun tidak bernikah. Setelah itu James dan Maura (bukan nama sebenar) ingin bertemu dengan ibu Maura, kerana ibunya ingin berkenalan dengan calon menantunya dan ibunya mendapati mereka berdua memiliki nama ayah yang sama.Ibunya telah membuat penyiasatan dan mendapati mereka berdua adalah adik beradik yang mempunyai bapa yang sama dan berlainan ibu.

Tak puas dengan kenyataan itu James dan Maura pun melakukan ujian DNA dan ujian itu membuktikan mereka adalah adik beradik. Namun hal ini tidak membuat cinta diantara mereka goyah, mereka berdua tetap komitmen untuk meneruskan hubungan walau Undang Undang setempat di Ireland melarang pernikahan mereka. Mereka juga bercadang untuk memiliki anak yang kedua.

Kejadian ini bermula ibu James menjalin hubungan dengan seorang pemuda berusia 19 tahun hingga lahirnya James.Namun begitu ibu akhirnya bercinta pula dengan pemuda yang lain.Kedua ibubapa James akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing. Ayah James berkahwin dengan wanita lain sehingga mendapatkan anak perempuan bernama Maura.Sijil kelahiran mereka berdua dengan jelas mereaka mempunyai nama ayah yang sama.
Sumber : borakkosong.com

Wednesday 8 June 2011

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.
Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.
MK 9 Jun

Wednesday 1 June 2011

Agni Pratistha mengaku gambar telanjang itu miliknya



JAKARTA — Agni Pratistha, artis yang pernah dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2006, akhirnya mengaku bahawa gambar-gambar topless miliknya yang kini dijadikan modal gossip umum.
"Itu foto sudah lama, tapi orang heboh sekarang. Enggak shock juga karena itu sampul majalah 2010 awal. Foto itu dua tahun yang lalu," kata Agni

Ada empat gambar Agni dengan pose seksi tersebar di laman sosial. Salah satunya adalah foto Agni bertelanjang dada dengan posisi meniarap di atas katil.