HTML/JavaScript

Wednesday 29 February 2012

‘Gerakan 1000 Kamera’ lawan provokasi samseng Umno

PULAU PINANG 1 Mac: Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen ‘Gerakan 1000 Kamera’ untuk menghadapi provokasi Umno, bermula pada majlis debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam.
Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, kempen ini dilancarkan supaya insiden dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh yang cedera diserang semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang tidak berulang.

Menurut beliau,  rakyat Malaysia yang menjunjung semangat demokrasi tulen sepatutnya hidup harmoni, walaupun berbeza fahaman politik.
“Jika ada samseng bertidak menyerang, kami menyeru rakyat untuk tidak menyerang balas, sebaliknya merakam setiap tindak tanduk liar mereka.
“Selepas itu, kita serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian pada pilihanraya akan datang,” kata Amizudin dalam satu kenyataan.
Siri serangan samseng Umno di program Pakatan Rakyat dan badan-badan lain dilihat semakin melampau, sehingga melibatkan kecederaan, namun tiada tindakan tegas diambil pihak polis.
Selain di Pulau Pinang,  beberapa program anjuran Pakatan Rakyat turut menyaksikan kegasanan penyokong Umno.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar diacukan penumbuk oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Asrullah Affendi Abdullah di program ceramah di Gambang, Pahang.
Di Sembrong pula, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan kanan apabila cuba menghalang sekumpulan samseng Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Malah, kumpulan berkenaan turut menyerang kereta milik Datuk Seri Anwar Ibrahimnya menyebabkan cermin kenderaannya itu pecah dan bahagian keretanya kemek.

Keadilandaily

Malaysia berdagang dengan Israel sejak 2001 – PBB


KUALA LUMPUR: Mengikut data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sudah berdagang dengan Israel sejak 2001 ataupun lebih awal daripada itu.
Pada 2001 sahaja, Malaysia mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.

Bagi tahun berkenaan, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport ke Israel, kata laporan eksklusif HarakahDaily.
Mengikut data itu, Malaysia adalah negara ke-18 dunia menerima barangan eksport Israel, malah nilai eksport  ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia ialah barangan elektrik dan peralatan elektronik bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada 2010. Malaysia mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).
Turut diimport ialah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Keadilandaily

Surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin


29 Februari 2012
BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
  
                                                      PERDANA MENTERI MALAYSIA
  
21 Disember 1993
  
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
  
  
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
  
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap
perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
      
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
  
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
  
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
      
DR. MAHATHIR MOHAMAD
  
- Bernama

Lydiawati rugi RM1,380 dijemput acara majlis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 46, kerugian RM1,380 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya menjadi pengacara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat petroleum di Singapura, Sabtu lalu.

Lydiawati berkata, lelaki yang tidak dikenalinya itu menghubunginya jam 9 pagi dan menjemputnya mengacara majlis terbabit di sebuah hotel di Jalan Orchard, Singapura, Ahad lalu dengan bayaran AS$7,000 selain bakal bergandingan dengan dua selebriti negara itu.


“Ketika dihubungi saya di Perlis dan dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Dia memberitahu segala urusan mengenai tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya dan meminta bayaran pendahuluan RM1,380 sebagai cukai pertukaran mata wang asing.

“Atas dasar percaya, saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sebanyak RM690, namun dia memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan saya memasukkan semula RM690 pada petangnya,” katanya.


Lydiawati berkata, selepas memasukkan wang itu baru dia terfikir tidak perlu membayar wang pendahuluan sedangkan dia dijemput mengendalikan majlis berkenaan.

Kata Lydiawati, sejurus menyedari ditipu, dia menghubungi adiknya di Singapura untuk memeriksa lokasi majlis berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan majlis itu tidak wujud.

“Saya memeriksa senarai penumpang untuk penerbangan ke Singapura dan mendapati nama tiada dan lelaki itu gagal dihubungi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi menasihati selebriti tempatan supaya memeriksa latar belakang individu yang menawarkan pekerjaan bagi mengelak ditipu.

Azizan tidak tahu syarat Phahrolrazi

MOHD IDROS MOHD ALI & NURUL FATIHAH SULAINI
29 Februari 2012
azizan_mb kedah
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui tidak mengetahui syarat yang ditetapkan oleh Datuk Phahrolrazi Modh Zawawi untuk membolehkannya kembali menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Phahrolrazi atau dibincang dengannya sebelum ini.
"Saya tidak tahu menahu mengenai syarat yang dia tetapkan. Itu kena dialah sebab saya tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, macam mana nak bincang kalau tak tahu apa-apa," katanya menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Menurutnya, ada syarat yang sah dan ada yang batal, dan "kalau syarat itu mengikut undang-undang, ia boleh diterima."
"Kalau syarat itu 'void', orang tak pakai," katanya.
Menjawab pertanyaan, Azizan berkata, beliau sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.
"Saya sedia bincang dengan sesiapa sahaja sama ada dengan Umno, MCA, Gerakan, wartawan atau sesiapa yang nak bincang.
"Tetapi saya tidak tahu apa syarat yang dia (Phahrolrazi) tetapkan," katanya.
Ditanya mengenai perbezaan pendapat yang besar seperti didakwa Phahrolrazi,  Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, tidak tahu apa perbezaan pendapat yang berlaku antara mereka berdua.

"Saya tidak tahu apa perbezaan pendapat yang besar. Saya rasa biasa sahaja berlaku perbezaan pendapat dalam mesyuarat. Itu perkara biasalah.
"Kalau kita pergi restoran, seorang nak makan mi rebus, seorang makan mi goreng dan seorang lagi mungkin nak makan mi kari. Mereka ini makan makanan yang berbeza tetapi masih boleh duduk semeja. Tiada apa-apa masalah," katanya.
Menurutnya, selepas timbul isu enggan menerima semula pelantikan sebagai Exco, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah tidak pernah menghubunginya untuk memaklumkan apa-apa.
"Bagaimanapun, kita selalu berbincang dalam mesyuarat," katanya.
Ditanya sama ada kemelut itu boleh diselesaikan, Azizan berkata "Insya-Allah, kita tengoklah."

Ditanya sama ada nama Pharolrazi dan Dr Ismail Salleh, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kedah, berada dalam senarai yang dipersembahkan kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan, Azizan berkata: "Saya terlupa sebab banyak sangat nama yang ada dalam senarai itu."
Ditanya masih ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, Azizan berkata, ada banyak jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
Mengenai perjumpaannya dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dilantik oleh Pas Pusat sebagai orang perantaraan untuk menyelesaikan masalah, Menteri Besar berkata, pemimpin itu datang bertemunya di rumah.
"Kami bincang macam-macam. Saya tanya pasal anaknya dan persekolahan anak-anak. Banyak yang kami bincang. Dia mai rumah saya dan minum kopi, habislah.

"Sebagai naib presiden dan saya pula pesuruhjaya negeri, kami juga berbincang soal parti," katanya.
Ditanya masalah itu boleh diselesaikan segera, Azizan berkata: "saya harap begitulah."
sinar harian

Suami wanita yang ditangkap khalwat beri keterangan

KUANTAN - Suami wanita berumur 28 tahun yang didakwa ditangkap khalwat (gambar) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu tampil memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dengan ditemani ibu bapanya, bapa saudara serta anak lelakinya yang berumur tiga tahun.
Lelaki tersebut bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas didapati meninggalkan bangunan JAIP melalui pintu pagar belakang pada kira-kira pukul 7 petang.
 

SUAMI wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin keluar dari pejabat JAIP di Kuantan lewat petang semalam.

Mahathir: Menteri wajar isytihar aset kepada SPRM


29 Februari 2012
MAHATHIR
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka.

Beliau berkata perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri kabinet.

"Baguslah. Dulu ahli Kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.

"Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - Bernama
Sinar Harian

Tuesday 28 February 2012

Pengasuh kejam - Tampal mulut bayi


ibrahim@hmetro.com.my
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

Cikgu ‘kung fu’ guru besar


hadzlihady@hmetro.com.my
 
GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
myMetro

Jui Meng: Saya tetap jaga hak Melayu

28 Februari 2012
Datuk Chua Jui Meng
SHAH ALAM - Datuk Chua Jui Meng (gambar) menegaskan, beliau dan parti diwakilinya tetap akan mempertahankan kepentingan dan institusi Raja-raja Melayu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk menerajui kerajaan pusat.

Pengerusi PKR Johor ini juga berkata, beliau bersama pakatan akan turut memartabatkan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi lain di bawah Yang di-Pertuan Agong serta menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah bagi mengambil alih lebuh raya yang telah diswastakan.

"Walaupun saya (seorang kaum) Cina, saya akan memartabatkan dan pertahankan institusi untuk Melayu dan institusi raja yang ada.

"Bila saya masuk kampung Melayu semasa menjadi Menteri Kesihatan dulu, saya tengok ramai orang Melayu yang miskin. Dan, ada anak-anak Orang Asal sanggup meletak pasir bagi mengisi perut. Kita sepatutnya memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni," katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bekas Naib Presiden MCA ini merupakan salah seorang daripada empat panelis menjayakan wacana kali ini.
Ahli panel lain ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad;

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat serta moderatornya pula pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Selain itu, Jui Meng berkata, soal Melayu, Cina dan India berpecah merupakan isu yang tidak relevan lagi.

Katanya, isu perkauman tidak perlu dipanjangkan kerana semua manusia merupakan adik-beradik yang berketurunan dari Adam dan Hawa.
Justeru, beliau berkata, undi Melayu berpecah cuma kerana perbezaan fikiran, prinsip dan idelaisme bukan kerana kaum.
"Kita semua turun dari satu pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa.

Semua Melayu, Cina, India ialah adik-beradik. Soalan Melayu, Cina dan India berpecah tak relevan lagi.
"Oleh itu, apa yang manusia hendak? Mereka mahukan kerajaan yang tidak haprak dan rasuah, yang tidak salah guna kuasa. Tetapi ada yang mahu kekalkan regim yang lama ini hingga menyebabkan negara kita hampir muflis," katanya.

Dengan merujuk kepada pilihan raya umum dalam waktu terdekat, kata bekas Menteri Kesihatan ini, perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan
Jelasnya, ia perlu dilakukan dengan memilih pemimpin yang adil yang berpandukan pada al-Quran dan Hadis berbanding bercakap mengenai politik 'asobiyah' (perkauman).

"Jangan kita asyik berbincang mengenai Melayu nak bersatu padu. Itu politik 'asobiyah'. Kita perlu berubah kepada siapa lebih adil dan lebih berpandukan pada al-Quran dan Hadis. Bukan bercakap mengenai Melayu jangan berpecah," ujarnya
Sinar Harian

Monday 27 February 2012

Lembu ‘naik’ Wira Jatuh Longkang


am@hmetro.com.my

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk  mencuri lembu.
NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk mencuri lembu.
KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.

“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.

“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

myMetro

Sunday 26 February 2012

Gambar sekitar himpunan bantah Lynas di Kuantan

Ahad, 26 Februari 2012

 

















12:00pm Orang ramai mula bersurai. Dua buah helikopter yang sebelum ini berlegar-legar di ruang udara memantau keadaan juga mula meninggalkan kedudukan mereka.

11:50am Penganjur mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai berjaya dan selaras dengan janji mereka kepada pihak berkuasa untuk menamatkan perhimpunan mereka menjelang tengahari, orang ramai diminta bersurai dengan aman.

11.27am Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas."Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.

Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar."Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

11.20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun.

11.11am: Penganjur membacakan tiga resolusi:

1) Membatalkan projek nadir bumi.

2) membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia.

3) Pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi.

11.04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT.

"Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan.

1050am: Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu."Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.

Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.

Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini."Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat

1050am: Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu."Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.

Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.

"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat

1157am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan."Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.

Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.

10.57am: Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.

10.55am: Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.

10.40am: Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.

10.40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10.30am: Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".

10.20am: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10.17am: Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.“Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat,” kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.

10.15am: Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul.

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan Pak Samad untuk berucap.Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini."Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat' sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.

Katanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi.

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.

Kebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan.

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan “Kami mahu Lynas ditutup”.

Andansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas", "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.

Meskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

Tindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.

9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob."Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.Seorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!""Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu.

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.Kumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang MPK1.Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.

8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi."

8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4. -mk

Hanya 8 Exco Kedah angkat sumpah Selasa ini


26 Februari 2012
ALOR SETAR - Hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua Exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang Exco pada 28 Februari ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... Exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak.

Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah),"  katanya.

Sebelum ini wujud khabar angin dua Exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.  

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. - Bernama
Sinar Harian

Saturday 25 February 2012

Kalau tak nak, buang!


am@hmetro.com.my

SAYANG... Wan Shahira  memangku bayi lelaki  yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya.
SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya.
KUALA TERENGGANU: “Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis,” kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

“Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.
Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

“Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

“Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

“Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.
“Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

“Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu,” katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

“Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini,” katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Hanya Anwar layak jadi PM

Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2012
KUALA TERENGGANU – Hanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu-satunya individu yang layak memegang jawatan Perdana Menteri ketika ini jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Abdul Rahman Yusof berkata, Anwar dilihat individu paling berpengaruh dalam menggabungkan rakan-rakan pakatan berdepan dengan Barisan Nasional (BN).
 
“Berdasar pengalaman yang beliau ada, kewibawaannya itu boleh menggabungkan Pas dan DAP untuk berdepan dengan BN. Beliau ada kredibiliti dan keupayaan menyatukan rakan-rakan PR untuk menumbangkan BN. Jadi beliau layak (menjadi PM) pada masa ini.
 
“Kalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mungkin tidak diterima masyarakat Cina dan begitu juga Lim Kit Siang yang mungkin ada isu lain,” katanya.
 
Keadaan itu katanya ditambah dengan pengaruh Anwar yang cukup ketara di peringkat antarabangsa berbanding pemimpin lain dalam PR.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang menyamakan Anwar dengan pemimpin diktator Kemboja, Pol Pot yang menganggap dirinya sahaja layak menjadi Perdana Menteri.
 
Abdul Rahman yang juga Ketua PKR Cabang Dungun menyelar dakwaan menyamakan Anwar dengan pemimpin itu kerana mendakwa Anwar tidak pernah meminta menjadi Perdana Menteri, sebaliknya menganggap ia kehendak pembangkang dan penyokong PR.
 
Beliau turut mempertahankan Anwar yang turut dikatakan mempunyai rekod cemerlang ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan serta bersih dari segi moral.
 
“Tidak timbul langsung Anwar macam Pol Pot yang sememangnya zalim, membunuh orang dan mempunyai rekod buruk. Pol Pot akan membunuh orang yang tidak menyokongnya tetapi Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada rekod sedemikian,” katanya.
 
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Anwar turut beremosi dengan pihak tertentu yang mewujudkan persamaan tersebut dan menegaskan ia tidak patut berlaku.
 
Tegasnya, Anwar seorang pemimpin yang diiktiraf dunia Islam melalui penglibatannya dalam membincangkan isu-isu semasa melibatkan Islam di peringkat antarabangsa.
 
“Individu yang mengatakan Anwar sedemikian tidak boleh diterima kerana sebelum ini pun dia pernah terlibat dalam penyebaran video fitnah terhadap Anwar dan kita menganggapnya sebagai penghinaan kepada dirinya sendiri,” katanya.

Pengkalan maksiat di tengah hutan

Pesta maksiat di tengah rimba

ANGGOTA Jabatan Perhutanan menemui tilam dan kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina.


JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.
Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.
Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.
Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.

Friday 24 February 2012

Pencuri Bodoh

Helah curi TV

  amir@hmetro.com.my
RAMPAS...Mohamad Shukor (tengah) menunjukkan televisyen curi yang ditemui semula.
RAMPAS...Mohamad Shukor (tengah) menunjukkan televisyen curi yang ditemui semula.
KLANG: Lakonan dua pekerja sebuah pasar raya besar di Kapar, di sini, menolak troli yang penuh dengan barangan elektrik kononnya untuk dihantar ke kereta pelanggan membongkar rahsia rupa-rupanya mereka mahu mencuri barangan itu.

Kegiatan mereka yang dipercayai didalangi pengawal keselamatan pasar raya berkenaan terbongkar Isnin lalu apabila pengurus stor yang melakukan rondaan di kawasan parkir menemui troli berisi dua televisyen jenama Sharp berukuran 32 dan 40 inci, jam 10.30 malam.

Curiga dengan penemuan itu, pengurus stor terbabit melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati dua lelaki yang bekerja di bahagian elektrik pasar raya menolak troli itu menuju sebuah kereta.
Dua pekerja itu ditahan sebelum pihak pengurusan pasar raya berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, hasil soal siasat polis kemudian menahan lapan suspek lain termasuk sepasang suami isteri serta dua beradik.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada dua beradik yang ditahan berusia 29 tahun adalah bekas pengawal keselamatan di pasar raya itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek itu dalang utama yang bersekongkol dengan abangnya berusia 41 tahun serta lapan lagi suspek yang ditahan.

Menurutnya, susulan itu, polis menemui semula empat televisyen paparan cecair kristal (LCD) pelbagai jenama berukuran 32, 40 dan 42 inci serta dua sistem teater rumah hasil serbuan ke atas sebuah rumah teres dua tingkat di Kapar milik pasangan suspek suami isteri.
“Semua barangan elektrik yang dalam kotak itu ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas kediaman itu.

“Selepas itu, kami serbu sebuah lagi rumah juga di Kapar dan menjumpai dua televisyen, manakala dua lagi dirampas di luar sebuah kilang di kawasan Rantau Panjang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya, polis percaya semua barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM20,000 itu untuk dijual semula.

Katanya, siasatan turut menunjukkan semua suspek menjalankan kegiatan itu sejak awal Januari lalu.

Mohamad Shukor berkata, semua suspek berusia 17 hingga 41 tahun itu disambung reman selepas reman terdahulu selama seminggu mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan (curi oleh orang gaji) tamat semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengesan dua bekas pekerja pasar raya terbabit iaitu seorang wanita warga Indonesia dikenali Murtafingah, 31, dan seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Sinu.

“Kami percaya dua individu terbabit mempunyai maklumat berhubung siasatan,” katanya

Anak Megat Junid Ketuai demo depan Ibu Pejabat PKR

Saturday, February 25, 2012

  Mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali - Biaqpila



PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) kesal memorandum bantahan terhadap sokongan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Israel yang sepatutnya diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR di sini tidak diterima dan hanya diletakkan di peti surat.

Sekumpulan 50 Pemuda BN yang hadir di Tropicana di sini diketuai Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid kira-kira 4.00 petang membawa sepanduk, bendera dan berarak sambil melaungkan ‘Hidup Palestin’, ‘Hancur Zionis’, ‘Hancur Anwar’.

Memorandum bantahan itu mengecam Anwar yang mengiktiraf negara haram Israel dengan merujuk kenyataan akhbar The Wall Street Journal.


“Kami berasa marah dengan tindakan beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin,” katanya dalam memorandum itu.

Anwar Ibrahim hanya menghantar Mr Balu untuk menghadapi puluhan pemuda Umno yg berdemo di HQ Keadilan kahkahkah....-MiLo SuaM

Namun malangnya memorandum itu tidak diterima PKR atas alasan semua kakitangan pejabat PKR menghadiri kursus kepimpinan di Kuantan sejak malam tadi.

Malah memorandum itu didapati dibakar di hadapan ibu pejabat PKR sejurus selepas penyokong, polis dan media yang lain bersurai meninggalkan premis.

Sebelum itu, Megat Firdouz ketika ditemui pemberita berkata beliau kesal dengan PKR yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara tetapi tidak mengamalkannya.

“Kepada sesiapa yang bersekongkol dengan PKR terutamanya PAS, tengoklah sandiwara yang ditunjukkan Anwar. Kita minta Anwar fikir dan insaf jangan memperkudakan seluruh rakyat hanya untuk cita-cita politik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata pihaknya tengahari tadi membuat laporan polis di Ibu


Pejabat Dang Wangi memohon bantuan polis mengawal keadaan di hadapan premis Ibu Pejabat PKR kerana bimbang jika terjadinya sebarang kejadian tidak diingini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pentadbiran Petaling Jaya Tuah Masron ketika ditemui berkata seramai 65 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan dan pihaknya berpuas hati tiada sebarang provokasi berlaku.
anaksungaiderhaka
Free Malaysia Today

'MB Azizan seperti bapa'

Wartawan Sinar Harian
25 Februari 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.

“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.

“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.

“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.

Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de­ngan lancar.

“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Gadis berani mati

 







sumber cewek PENANTANG MAUT dari RUSIA.

Sup bayi di Taiwan


Jangan terkejut melihat gambar-gambar ini kerana di Taiwan, ini ialah makanan yang paling digemari ramai. Mayat boleh diperolehi dengan sangat mudah dari rumah mayat dengan harga sekitar $50 – $70.

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak mohon RMR1M: Najib

myMetro
ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi 'Industrialised Building System' (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.


Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya.

Najib berkata borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem 'online' bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.

Menurut SPNB, sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.

Ketika ditemui pada majlis itu, Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.

"Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional," katanya.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia. - Bernama

Siapa dalang taja Hasan Ali?

AHMAD NORMAN ABU TALIB
24 Februari 2012
jati dilancar
SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad meminta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk menjelaskan sama ada benar dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya,
Jalur Tiga (Jati) ditaja oleh dua syarikat besar.

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan beliau membuat tuduhan itu, sebaliknya cuma mahukan penjelasan Hasan sama ada benar dakwaan yang dikatakan merupakan "cakap-cakap kedai kopi."
Menurutnya, beliau berpendapat kemungkinan dakwaan tersebut benar kerana syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
 
Katanya, bukan dua syarikat itu sahaja, malah dipercayai banyak lagi kontraktor yang akan mendapat faedah tersebut kerana di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak berpeluang mendapat keuntungan seperti dahulu.

Hasan sebelum ini menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) di mana pelancarannya diadakan Selasa lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

“Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan.

“Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau ingin tahu dari mana sumber kewangan diperoleh Hasan bagi menampung siri jelajah ceramahnya itu, termasuk pelancaran Jati yang didakwanya sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk sewa dewan sahaja.

Secara sinis beliau berkata, mungkin Hasan menggadai rumah dan menjual keretanya sebagai pengorbanan bagi membiayai perjuangan politiknya.
Khalid berkata, beliau memberi peluang kepada ketiga-tiga pihak itu untuk tampil membuat penjelasan dan penafian.
Menurutnya, ketiga-tiga pihak itu perlu menafikan dakwaan mengatakan mereka mendapat keuntungan sekiranya PR tidak lagi memerintah negeri ini.
“Kalau betul mereka akan dapat untung sekiranya PR jatuh nanti, maka andaian rakyat dan percakapan di kedai kopi mengenai syarikat-syarikat itu sedang membiayai Hasan itu berasas. Saya tegaskan di sini saya tidak menuduh tetapi saya meminta penjelasan dan penafian,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Khalid mempertikaikan nilai kontrak baru Hospital Shah Alam yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bernilai kira-kira lebih RM400 juta.
Katanya, sebelum ini kontrak asalnya bernilai anggaran RM480 juta dan telah dibayar kira-kira RM200 juta.

“Sekarang ini nilainya mencecah RM600 juta, malah projek yang sepatutnya siap Oktober 2010 itu kini dijangka siap 2014. Adakah dia (Shaziman) bangga dengan pencapaiannya itu?” katanya.

SINAR HARIAN

Thursday 23 February 2012

Isu Israel: Umno diminta diam, jangan laga Pas-PKR

Wartawan Sinar Harian
24 Februari 2012
SHAH ALAM – Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin Pas dan PKR dalam isu Israel kerana parti teras Barisan Nasional (BN) itu juga pernah menerima penyelesaian dua negeri  Israel dan Palestin, kata  Datuk Mustafa Ali hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas ini, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin.

Kata Mustafa, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

"Inilah yang ditakuti sebenarnya oleh Umno iaitu kekuatan ikatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Sejak dari era kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Mustafa, menjadi dasar negara Malaysia yang ditunjangi Umno mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka.

Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC.

"Sebab itu sejak dahulu lagi Malaysia membenarkan pasukan hoki Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia.

"Bahkan, menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan menteri Israel," jelas beliau.

Oleh itu, apabila para pemimpin Umno menekan Datuk Seri Anwar dalam isu Israel ia sepatutnya tidak berbangkit langsung.

Ini kerana, Umno melalui kerajaan Malaysia sejak dahulu mengiktiraf Israel.

"Yang berbezanya, Pas tidak mengiktiraf Israel. Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal adalah untuk memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

"Jadi jangan haraplah. Lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel," kata Mustafa lagi.

Main bola dalam koma

myMetro
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
TOPEKA (Kansas): Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya.
Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak.
Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.

Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma.

Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang.

Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya.

Sepanjang tempoh dirawat di hospital, Maggie melakukan beberapa kali lontaran bola sebelum kembali tidak sedarkan diri.
Sejak pulih daripada koma pula, Maggie terpaksa belajar semua aspek asas kehidupan termasuk berjalan, bercakap dan membaca.

Sementara itu, rakan Maggie dan jurulatihnya di sekolah meletakkan kerusi kosong di tepi gelanggang sepanjang tempoh dia dirawat bagi mengenang komitmennya.

Semalam, Maggie akhirnya hadir semula ke gelanggang bola keranjang di sekolahnya selepas hampir empat tahun melalui proses pemulihan.

Kata Maggie, ketika di hospital, dia tidak terlalu memikirkan bola keranjang.

Walaupun pesakit mycoplasma meningoencephalitis boleh pulih sepenuhnya, dalam keadaan tertentu ia mampu menyebabkan kematian. - DM

PKR dakwa Felda berisiko hilang modal

Wartawan Sinar Harian
24 Februari 2012
Felda berisiko hilang modal: PKR
SHAH ALAM – PKR mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVB) di Bursa Malaysia ibarat ‘ular lidi menelan ular besar’ dan mengurangkan kuasa pegangan peneroka dalam Felda Holdings (FH).

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu menyebabkan semua aset Felda bernilai RM14.9 bilion akan dipindahkan ke FGVB yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan pada masa yang sama menjual saham kepada orang luar.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan berbuat demikian kerana FGVB memperoleh keuntungan sebelum cukai menjangkaui RM804 juta pada 2009 dan RM819 juta pada tahun berikutnya.

“Kami cuba halang penyenaraiannya di pasaran saham dengan mengambil injunksi mah kamah. Ramai membantah. Ada wakil daripada Felda yang memiliki satu juta pegangan aset dan terbanyak telah bertanyakan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, mengenai perkara ini, namun tidak dilayan.

“Mereka khuatir sekiranya penyenaraian bukan sahaja menyebabkan peneroka tidak memperoleh dividen 15 peratus setahun, malah mendedahkan pelbagai risiko dalam pelaburan. Ini mengurangkan modal asal mereka,” katanya di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa dan Bendahari parti, yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Rafizi berkata, penyenaraian di Bursa Malaysia turut menyebabkan peneroka tidak boleh membuat keputusan apabila mempunyai 42.7 peratus pegangan sedangkan kini 51 peratus.

Namun, dengan kuasa yang ada itu, peneroka, katanya, telah menggunakan hak menghalang saham mereka dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) disenaraikan ke FGVB.

Jual Rambut untuk Bayar Hutang

Foto: Hairstyle
Foto: Hairstyle
LONDON -Seorang wanita di England rela memotong rambutnya gara-gara mahu membayar hutang yang bertumpuk.
Pada mulanya wanita   itu berangan-angan untuk memiliki rambut panjang  layaknya selebriti seperti   Britney Spears ataupun Amy Winehouse. Tetapi dengan krisis ekonomi yang melanda , mereka dihadapkan pada realiti. 

Alhasil, ada peningkatan penjualan rambut manusia di England. Hal itu pun dimanfaatkan oleh para distributor yang menjual wig atau rambut palsu. Demikian diberitakan Emirates247, Rabu (22/2/2012).

Memang sebahagian besar rambut palsu ini dibuat dari rambut manusia. Para distributor pun memasang harga 150 poundsterling    untuk tiap 20 inci rambut yang dijual.

Selama ini, wig yang dibuah di England berasal dari rambut yang diimpot dari India dan belahan dunia lain. Menyusul penjualan rambut yang meningkat dalam negeri, membuat pasukan rambut cukup untuk industri wig England.

Setidaknya, di tengah ekonomi yang tengah sulit ini, perempuan-perempuan England memiliki sesuatu dari tubuhnya yang dapat diubah menjadi wang. Tentunya wang tersebut boleh digunakan mereka untuk membayar hutang.

Exco Kedah: Lantikan baru 28 Feb, 2 mungkin digugur

Sinar

23 Februari 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan pada Selasa depan di Istana Anak Bukit di sini.
Penolong Setiausaha (Pengurusan Korporat) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Noor Akmar Mohd Omar, berkata majlis itu akan bermula pada 9.30 pagi dan dijangka berlangsung selama dua jam.


Beliau berkata, majlis akan dimulakan dengan acara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah oleh anggota exco diikuti dengan pengurniaan tauliah
pelantikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Noor Akmar berkata, istiadat penganugerahan bintang-bintang serta pingat-pingat kebesaran sempena dengan perayaan ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84 akan diadakan selepas itu.
Sementara itu, khabar angin tercetus bahawa dua Exco kerajaan negeri Kedah akan digugurkan apabila mereka enggan menghadiri majlis pelantikan itu.
Mereka ialah Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Dr Ismail Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Kedua-duanya tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin itu dan hanya menyerahkan perkara itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Ismail mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.
Seorang lagi Exco, Phahrolrazi yang turut dikaitkan dengan khabar angin itu berkata, belum masanya beliau membuat sebarang kenyataan dan jika perlu, satu sidang akhbar berkaitan perkara itu akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Azizan berkata surat tawaran kepada setiap Exco masih belum dihantar dan beliau hairan bagaimana spekulasi itu boleh timbul.
"Masih ada banyak masa untuk semua itu. Surat tawaran akan dihantar oleh pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada exco yang dilantik dan sebarang perubahan atau rombakan terhadap pelantikan itu akan diketahui pada 28 Februari
ini," katanya di sini.

Katanya, beliau tidak boleh mengumumkan apa-apa kerana pelantikan belum dibuat dan surat tawaran pun masih belum dikeluarkan lagi. - Bernama