HTML/JavaScript

Wednesday 28 March 2012

Pondan bercoli mengerang

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
 
KUCHING: “Sakit...sakit...” itulah rintihan didengari pengguna jalan raya sebaik mendapati kereta Perodua Kancil dinaiki seorang pondan terbabas dan merempuh pagar sebuah kem tentera di Kota Sentosa, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, kehadiran orang ramai bagi membantu individu terbabit mengundang kejutan apabila mendapati pondan itu yang hanya memakai coli dan berseluar dalam tersepit di tempat duduk depan dalam kejadian jam 12.20 tengah malam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, 26, dari Jalan Pengkalan Kuap, Kota Samarahan berseorangan ke Kota Sentosa.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan nyaris terbalik sebelum orang ramai menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.


Menurutnya, pelbagai pihak tertanya-tanya motif mangsa yang hanya memandu dengan memakai pakaian dalam.myMetro

Guan Eng hilang sabar dengan Shaik Hussein


Wartawan Sinar Harian
29 Mac 2012
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.

Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.

Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.

“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ibu bapa bisu tapi anak cemerlang

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, 29 Mac 2012
KOTA BHARU, 29 Mac: Nur Baiti Mohd Farid, 18, bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian tertinggi SPM tahun lalu dengan keputusan 9A, sebaliknya telah berjaya memecah rekod baru sekolah tempatnya belajar.

 Sekolah Menengan Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, Pengkalan Chepa juga turut menempa sejarah baru apabila buat julung kalinya mencapat keputusan 100 peratus SPM.

(Gambar: Nur Baiti menerima sumbangan daripada Wan Ubaidah sambil disaksikan ibu bapanya.)

Namun latar belakang Nur Baiti yang begitu menarik, beliau bukan sahaja dari keluarga yang sederhana, ayahnya kerja buruh biasa, sebaliknya kedua ibu bapanya cacat pendengaran (bisu).

Kerana keistimewaan Nur Baiti ini, menarik minat anggota exco kerajaan negeri Wan Ubaidah Omar untuk menziarahi keluarga istimewa ini, semalam.

Turut menziarahi Baiti dan keluarganya, Mudir MTM, Ustaz Tajuddin Mamat, tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan, Nisa’ Pengkalan Chepa serta lain-lain pimpinan.

Dengan menggunakan bahasa isyarat, ibu Baiti, Suria Abdul Rahman, 41, memberitahu beliau sering mendoakan semua anak-anaknya termasuk Baiti agar cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai Baiti begitu membanggakannya dan suami, Mohd Farid Abdul Rahman, 55.

Ubaidah ketika ditemui melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai Baiti.

“Dengan latarbelakang keluarga yang sederhana, mak dan ayah tidak mampu mendengar dan bercakap, ianya cukup mengujakan.

“Kita berharap ianya menjadi contoh pada pelajar lain terutama dari keluarga yang senang, mempunyai keluarga yang baik atau seumpamanya,” ujarnya.
Harakahdaily

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara


Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

NONEHarakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Lelaki dapat muka, gigi baru


WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang cedera dalam kejadian tembakan diberikan wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besaran pernah dilakukan.
Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam, Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan 36 jam minggu lalu.

Dia mula merasakan wajahnya dan sudah pun memberus gigi dan bercukur. Dia juga memperoleh semula deria bau yang hilang selepas insiden berkenaan.


Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Pemindahan itu akan mengembalikan kehidupannya, kata ketua pakar bedah, Dr Eduardo Rodriguez.

“Ia bagaikan hidup di alam fantasi ketika melihat wajahnya. Sebelum ini, orang akan merenung Norris kerana dia memakai topeng dan mereka mahu melihat kecacatan di wajahnya,” kata Rodriguez.


“Kini, mereka punya alasan lain untuk merenungnya dan ia sungguh menakjubkan,” kata Rodriguez. Pakar bedah menggelarnya pemindahan muka paling lengkap di dunia yang membolehkan lelaki dari Virginia itu muncul di sebalik topengnya selepas 15 tahun.


Ketika Norris menembak dirinya di muka pada 1997, dia kehilangan hidung, bibir dan semua pergerakan di mulutnya. Dia telah menjalani pelbagai pembedahan menyelamatkan nyawa dan membentuk semula wajahnya, tetapi tidak begitu berjaya seperti ini.

Dia menerima wajah baru daripada seorang penderma yang tidak dikenali minggu lalu. Penderma itu turut menyelamatkan lima lagi pesakit pada hari sama melalui pendermaan organnya.


Enam hari selepas pembedahan, Norris sudah boleh menggerakkan lidahnya dan membuka serta menutup matanya. Dia pulih lebih cepat daripada jangkaan doktor. - DM

sumber : myMetro

Monday 26 March 2012

Mati kena tetak, telinga hampir putus dihiris


ANGGOTA polis mengangkat mayat Teo Naing yang mati dipercayai dibunuh rakan serumahnya di Kulim, Kedah semalam.


KULIM - Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila dia bukan sahaja ditetak di tengkuk malah, telinganya hampir putus dihiris di sebuah rumah di Taman Kemuning di sini semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang itu menyebabkan Teo Naing, 22, mati di dalam rumah sewa tersebut selepas dia dipercayai dibunuh oleh rakan serumahnya yang kini telah melarikan diri.

Difahamkan, Teo Naing yang bekerja sebagai buruh binaan tinggal di rumah tersebut bersama empat rakan senegaranya. Salah seorang merupakan abang mangsa.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mayat mangsa ditemui berlumuran darah oleh anggotanya sebaik bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada penyelia Teo.

"Sebelum mayat Teo ditemui, jiran mangsa ada terdengar pertengkaran di dalam rumah tersebut. Dia kemudian memaklumkan kepada penyelia mangsa.
"Penyelianya yang datang kemudian terkejut apabila menemui mayat mangsa berlumuran darah di dalam rumah itu manakala rakan-rakannya telah melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Azmin sifatkan Hasan PHD ejen penyubur fitnah


Wartawan Sinar Harian
27 Mac 2012
Azmin Ali
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

RESEPI PELINGKUP BN

Kerajaan menggalakkan rakyat berbelanja secara berhemah. Najib Tun Razak cuma melihat kawah yang sentiasa menanti resepi masakan. Masakan Najib dan pasangannya Rosmah sudah meletup keseluruh Malaysia. Dari resepi masakan cincin rm24juta, berbelanja resepi pakaian rutusan ribu, resepi peminangan di Khazastan, dan pertunagan di ibu negara.
Koleksi peribadi mengalahkan Imelda Marcos, inilah contoh teladan rakyat berbelanja berhemah.

Kehidupan rakyat lebih dashat dari kehidupan ayam kampung. Ayam kampung kais pagi makan pagi  oleh mengenyangkan anak sepuluh, kais petang boleh membekalkan tanggungjawabnya sehingga keesokannya. Inilah realiti kehidupan rakyat.
Untuk meneruskan kehidupan rakyat membanting tulang empat kerat untuk menyara hidup.  Najib dan kroni, kuncu-kuncu hapraknya yang bonama tak habis-habis asyik mengikis dan membahagikan harta kekayaan negara kepada kerabatnya.
Berhemahnya kerajaan membelanjakan dana  simpanan awam daripada PETRONAS, KWSP, Tabong Haji, Pusat Zakat. Berhemah dan bijaknya kerajaan mentadbir sehingga bankrupnya Bank Bumiputera, MAS, PERWAJA  dan banyak lagi yang mungkin  menerima nasib yang sama PKFZ.  Tidak menghairankan jika KERAJAAN BARISAN NASIONAL terus memerentah Malaysia 2019, kerajaan Barisan Nasional akan menerima nasib yang sama dengan Greece.
Jika kerajaan BN bankrup, adakah kerajaan Malaysia akan bertanggung jawab?
KWSP mempunyai dana rm440.52bilion antara dana terbanyak dunia, tetapi malangnya kerajaan BN telah terhutang  rm 240bilion.  Mampukah kerajaan Barisan Nasional membayarnya? UMNO/BN dan kroninya makan daging rakyat cuma makan kuah yang tercicir dari sudu dan sisanya sahaja.  Adakah BN mengakuinya?
Tak cukup dengan dana KWSP, i Care pula direka cipta untuk memungut 10% gaji pekerja untuk kerajaan Barisan Nasionl berjoli, Ada cukup?  Ada lagi kerajaan Barisan Nasional masih kebulur, GST cukai barangan dan perkhidmatan 6% masih menanti.
Padan muka rakyat Malaysia, kena hempap dan dipenyek oleh BN. KAH KAH KAH KAH
KESIHATAN DAN PENDIDIKAN TANGGUNGJAWAB SIAPA?
ADUHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN, NILAIKAN SOKONGAN ANDA KEPADA BARISAN NASIONAL.  UNDI ANDA SEBAGAI PENENTU MASA DEPAN ANAK CUCU ANDA. INGAT ALLAH SENTIASA BERADA BERSAMA ORANG YANG BENAR.
Assalamualaikum
salam sejahtera
.....hby...........
gerai3abdul

Sunday 25 March 2012

BERSIH tawar bantuan guaman untuk siswa T'ganu


Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) menawarkan bantuan guaman bagi membantu enam mahasiswa di Mesir yang biasiswanya ditarik balik kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan menentang akta Universiti dan Kojej Universiti (AUKU).

"BERSIH menyeru kepada kerajaan negeri yang lain untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar ini dan keluarga mereka.

"Tindakan kerajaan negeri ini bukan sahaja menghukum pelajar tetapi turut menghukum keluarga mereka," kata kenyataan media bersama kesemua jawatankuasa pemandunya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Menteri besar pada 18 Mac lalu berkata, kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut Ahmad, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

BERSIH juga mengecam tindakan kerajaan Terengganu itu kerana ia didakwa bukan sahaja menindas malah melanggar hak pelajar untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Lebih pentang, ia tidak masuk akal, lebih-lebih lagi ketika perdana menteri baru-baru ini mengumumkan usaha kerajaan untuk meliberalisasikan perkara berkaitan perhimpunan awam," kata kenyataan itu.

3 ekor gajah Swiss jalani diet

okezone.com
(Foto: France24)
(Foto: France24)
BERN - Ternyata bukan hanya manusia saja yang menjalankan program diet ketika berat badan meningkat. Tiga ekor gajah di Swiss pun dipaksa menjalani program penurunan berat badan itu.

Ketiga gajah yang diketahui merupakan anggota kelompok Sirkus Knie itu tidak hanya harus menjalankan program diet rendah gula namun juga diharuskan berolahraga seperti bermain bola.

"Gajah yang bernama Sabu memiliki berat 4.3 ton, dan dia harus mengurangi 300 kilogram dari berat tubuhnya itu," ujar pengelola sirkus Knie seperti diberitakan suratkabar Swiss Tages Anzeiger dan dikutip Emirates247 Sabtu, (24/3/2012).

Doktor Hewan yang bekerja dengan  kelompok Sirkus Knie Hanspeter Steinmetz mengatakan, tidak sukar baginya untuk mendeteksi gajah yang memiliki berat badan berlebihan.

"Hanya perlu mengamati pinggul mereka. Jika tulang pinggul tersembunyi atau hanya terlihat sedikit saja maka dipastikan gajah memiliki kelebihan berat badan. Namun sebaliknya jika tulang pinggul menonjol maka gajah itu terlalu kurus," ujar Doktor Hewan Hanspeter Steinmetz.

Gajah selama ini memang dikenali sebagai salah satu hewan yang kerap tampil dalam pertunjukkan sirkus. Atraksi mereka pun sering menjadi hiburan tersendiri bagi para pengunjung. Oleh sebab itulah gajah yang memiliki berat tubuh berlebihan dinilai perlu menjalankan program penurunan berat badan agar tidak menghambat kelincahan mereka dalam pertunjukkan sirkus.(rhs)

Thursday 22 March 2012

Fakta Tanah Rizab Melayu Yang Dirampas

Harakahdaily

23 Mac 2012
Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Pakatan dakwa SPR gagal urus daftar pemilih

sinar harian
ARHIZA AHMAD
22 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal menguruskan daftar pemilih dengan baik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PKR) merupakan salah satu pilihan raya yang pastinya kecoh.

Menurutnya, ini dapat dibuktikan berikutan berlakunya penambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara.

"Sebelum ini, SPR mendakwa terdapat 42,025 pemilih yang diragui dan disahkan sebagai pengundi yang ragu serta bersetuju untuk keluarkan nama tersebut, tetapi ia tidak dilaksanakan, sebaliknya dikekalkan.

"Perkara paling ketara adalah pengundi berganda di mana di satu alamat terdapat lebih kurang 100 pengundi, ada 354 alamat dengan 79,098 pengundi, termasuk di Parlimen Johor Baru, Parlimen Seremban, Dun Batu Caves dan beberapa kawasan yang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anwar berkata, contoh paling ketara adalah Parlimen Pekan, dengan penambahan sebanyak 18,568 daftar pemilih pada tahun lalu, ini berbeza pada 2008 hanya ada 59,019 pemilih di kawasan berkenaan.

Katanya, jika terdapat lima nama bagi satu alamat yang bukan pengundi, beliau menjangkakan terdapat setengah juta kes berlaku di seluruh negara.

"SPR juga telah mengumumkan bahawa terdapat tambahan bagi undi pos sebanyak 240,000 bagi pegawai dan petugas SPR, ini menimbulkan tanda tanya berikutan kenyataan sebelum ini bahawa pengundi pos perlu mengundi awal tetapi kini SPR bertegas untuk mengadakan undi pos.

"Salah satu sebab penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya adalah berkaitan dengan undi pos serta tata cara pengurusan SPR dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.

"Kami juga mendesak agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau sistem data yang digunakan oleh SPR agar kes pengundi berganda tidak berulang," katanya.

Lebih 18,000 pengundi diragui di Parliman Pekan

Keadilandaily

(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.
“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.
“Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.
“Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan,” katanya.
Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR.
Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.

“Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.

“Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah,” katanya.

Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Wednesday 21 March 2012

Guan Eng: Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen

March 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Mac - Lim Guan Eng percaya  Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.
"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.


Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.
"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah  sejak kemerdekaan.
Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.
Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.
Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.

Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.
Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.

Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."
The  Malaysian Insider

Tuesday 20 March 2012

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti

Harakahdaily, 21 Mac 2012
KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.



(Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja)

"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pula berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

“Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta,” katanya.

Menurut Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, kenyataan Mustapha kali ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan data.

Padahal, katanya, Datuk Seri Najib Razaklah sendiri yang mencadangkan agar undang-undang tanah dipinda bagi membolehkan tanah rezab Melayu dpinda untuk membolehkan ianya dimajukan.

"Barangkali beliau lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan.

"Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi," kata Fadhli (gambar) dalam kenyataannya.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan fitnah dan sensasi dari Mustapha kononnya rakyat Kelantan dianiaya.

Sebelum ini, kata Fadli, rakyat Kelantan masih ingat pada awal Februari lepas, individu inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara PERCUMA kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.

"Hakikatnya, ia adalah pinjaman yang perlu dibayar," kata Fadhli.

Menurut Fadhli, tindakan terkini yang dilakukan Umno dalam isu ini adalah kenyataan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan.

Ini boleh dibaca dalam berita bertajuk Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu.

Fadhli juga meminta Mustapha tidak lupa dengan tindakan kerajaan Malaysia pada hari ini yang sedang berusaha memajak tanah Felda melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Logiknya, apabila ia disenaraikan, ia bebas untuk dibeli oleh sesiapa sahaja dan yang dipertaruhkan ialah aset peneroka! Tidakkah ini yang sebenarnya mengancam kepentingan rakyat?" kata beliau.

Fadhli secara sini berkata, "Bersedia menjadi seorang Menteri Besar Kelantan ialah bersedia untuk dilantik secara rasmi dan beribu pejabat di Kota Darulnaim dan bukannya hanya sekdar bersedia untuk melayakkan diri ditabal di atas Gunung Reng, Jeli."


LAPORAN BERKAITAN

Tanah Rizab Melayu: Menjawab fitnah Umno

Tiada rizab Melayu tergadai di Kelantan

Pelacur ramaja Bangladesh guna steroid

kosmo



HASHI (kanan) menunggu pelanggan di depan sebuah rumah pelacuran di kawasan setinggan Kandapara, Tangail pada 5 Mac lalu.



DHAKA - Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.

Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan 'panas' itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.
Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.

"Saya lebih berisi setelah mengambil 'ubat' ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari," kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.
Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.

Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.
Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.
Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.

Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat. - Reuters

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK


Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Sasterawan Negara: Tahniah buat Kemala

Harakahdaily, 21 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyair Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Kemala di atas penerimaan Anugerah Sastera Negara yang ke-11 semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, pemilihan Kemala sebagai Sasterawan Negara dianggap sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan beliau yang besar dalam bidang sastera tanah air.

"Penganugerahan ini mengangkat darjat beliau dan insan sepertinya sebagai golongan yang memperjuangkan kesusasteraan negara.

"Penganugerahan ini membuktikan bidang sastera amat penting dan memberi sumbangan yang besar dalam masyarakat. Pengaruh sastera dalam penulisan, puisi, syair dan karya-karya besar seperti yang dihasilkan oleh Kemala mampu membentuk nilai masyarakat yang positif dan berjiwa murni," katanya.

Malam tadi, penyampaian Anugerah Sastera Negara yang ke-11 kepada Kemala disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah malam tadi.

Kemala dipilih sebagai Sasterawan Negara kerana telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara berupa wang tunai berjumlah RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

"DPPM mengharapkan kerajaan terus memartabatkan golongan sastera bagi memastikan nilai sastera negara akan terus dijulang oleh generasi akan datang.

"Semoga Kemala diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berkarya sebagai suatu sumbangan yang besar kepada negara," kata Riduan.

Bieber kena belasah?

Harian Metro

BIEBER dengan wajah penuh lebam dan darah tersembur dari mulutnya selepas ditumbuk di rahangnya.
BIEBER dengan wajah penuh lebam dan darah tersembur dari mulutnya selepas ditumbuk di rahangnya.
BIEBER dibantu oleh wanita di gelanggang tinju.
BIEBER dibantu oleh wanita di gelanggang tinju.
LOS ANGELES: Dia adalah bintang pop remaja kecil yang dikenali dengan wajah keanak-anakan dan lirik polos yang membuatkan namanya cukup masyhur.
Bagaimanapun, dalam sesi fotografi terbaru, tidak dinafikan Justin Bieber akan mengejutkan peminat dengan penampilan lelaki sasa berlumuran darah yang dibelasah teruk.

Penyanyi lagu Baby berusia 18 tahun itu dilihat bermandi darah ketika mukanya ditumbuk oleh peninju yang tegap. Imej itu adalah satu daripada banyak gambar yang diambil oleh jurugambar fesyen terkenal dunia Tony Kelly untuk sesi fotografi majalah Complex. Dengan berpakaian kemeja putih dan tali leher hitam di gelanggang, Bieber dilihat dipukul dengan kuat di rahangnya sebelum meludahkan darah daripada mulutnya. Kemejanya koyak dan wajahnya penuh lebam dan berdarah, sebelum dia ditenangkan wanita berbikini di gelanggang ketika dia bersedia untuk bertarung semula.
Dalam gambar lain Bieber menyarung jaket tuxedo hitam dan turut bertarung beberapa pusingan dengan bola belon peninju.

Imej mengejutkan itu diambil Tony Kelly, jurugambar yang dilahirkan di Dublin yang telah mengambil pelbagai gambar fesyen jenama mewah untuk majalah seperti GQ, Tatler dan Vanity Fair.

Selepas merakam gambar konflik di negara dilanda peperangan, termasuk Rwanda dan Afghanistan, Kelly menjadi seorang daripada jurugambar paling dikehendaki selepas menceburi industri fesyen, selepas bekerja dalam industri itu selama lapan tahun.

Kelly juga telah bekerja untuk kempen iklan terbesar untuk American Apparel dan Mini Cooper, serta majalah lelaki Playboy. - TS

Angkara RM1 lutut naik muka

Harian Metro
rosyahaida@hmetro.com.my
 
ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti.
ADU...Wong menunjukkan laporan polis dan aduan kepada JPJ mengenai serangan pemeriksa tiket bas henti-henti.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana sekeping tiket bas bernilai RM1, seorang warga emas mendakwa dicederakan di bahagian mukanya oleh pemeriksa tiket di Rawang dekat sini gara-gara enggan membeli tiket baru selepas dituduh menggunakan tiket tidak sah.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada 6 Mac lalu, mangsa, Wong Soo Tian, 83, menaiki bas henti-henti di Jalan Ipoh untuk pulang ke rumahnya di Rawang selepas mendapatkan ubat dan rawatan susulan di sebuah klinik di situ.

Katanya, sebaik bas melalui kawasan Batu Caves, seorang lelaki dipercayai pemeriksa tiket naik bas terbabit sebelum memeriksa tiket setiap penumpang termasuk dirinya.
“Saya terus berikan tiket seperti diminta, namun mereka mengatakan tiket saya tidak sah sebelum menyuruh saya membeli tiket baru. Saya enggan kerana tiket itu dikeluarkan sendiri konduktor bas terbabit.

“Saya cuba mempertahankan diri dengan menyuruh lelaki berkenaan bertanya sendiri kepada konduktor yang ketika itu berada di bahagian hadapan bas berhampiran pemandu, namun secara tiba-tiba lelaki itu mengangkat lututnya hingga mengenai muka saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wong berkata, tidak cukup dengan itu, mukanya turut ditonyoh seorang lagi pemeriksa tiket yang menaiki bas berkenaan tidak lama kemudian selepas lelaki berkenaan menghubunginya.

Menurutnya, dia percaya orang ramai mahu membantu, namun akibat takut, mereka menghentikan niat masing-masing, tetapi seorang daripada penumpang menyarankan supaya dia membuat laporan polis.

“Lebih 20 tahun saya menaiki bas untuk ke pelbagai destinasi, inilah kali pertama saya dilayan sebegini teruk. Selepas ini, saya serik untuk menaiki bas lebih-lebih milik syarikat terbabit.
“Diharap syarikat bas itu akan melihat kes saya secara serius kerana saya tidak mahu warga emas lain menjadi mangsa. Saya yakin kejadian ini berkait rapat dengan penyelewengan sama ada konduktor bas terbabit atau pemeriksa tiket itu sendiri,” katanya.

Wong yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Rawang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Audit: PAS minta Najib jelaskan salah guna wang

Harakahdaily, 21 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sejauh mana tindakan kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

Ini ekoran banyak isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek kerajaan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff mengemukakan soalan demikian bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS, hari ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan prospek tanaman getah dan kelapa sawit di pasaran dunia menjelang 2020.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status jawatan Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan kenapakah beliau dipindahkan ke Perpustakaan JPM.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah wakil CEUPACS tidak dilibat dalam penyediaan SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga timbul pelbagai masalah apabila diumumkan.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang banyak isu-isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek Kerajaan serta sejauh mana tindakan Kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis-jenis tanaman baru yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada komoditi negara pada masa depan.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan susulan pihak PDRM mengenai dua peristiwa serangan kumpulan samseng ke atas majlis ceramah pro Pakatan Rakyat di daerah Klang (Jalan Kebun dan Kg Idaman) dalam bulan Januari dan Februari 2012.

Monday 19 March 2012

Jui Meng: Raja Petra bukan taraf Anwar

Sinar Harian
20 Mac 2012
Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng
SENAI – “Bukan takut rahsia bocor tapi bukan taraf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). BN (Barisan Nasional) cuba ubah isu kerana orang yang sepatutnya berdebat dengan Anwar adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai penakut kerana keengganannya berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

"Saya yakin BN sengaja mengubah topik kerana mahu mengelak kerana khuatir banyak rahsia mereka bakal terbongkar sekiranya menerima pelawaan itu.

“Sekarang kita cabar pula sama ada Najib berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar. Kenapa pula mengubah isu Raja Petra dengan Anwar? ini bukan soal keberanian tetapi kita mahu individu yang layak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan lain, Jui Meng enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana menganggap ia masih terlalu awal, selain menyerahkannya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memilih.

“Sama ada DAP atau PKR yang bertanding di kerusi itu bukan masalahnya. Hubungan kami masih mesra seperti dulu, malah terus bekerjasama erat untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pencuri harta karun maharaja dipenjara 13 tahun

Harian Metro
BEIJING: Mahkamah di Beijing semalam, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas seorang petani kerana mencuri beberapa harta karun Maharaja China dari Kota Larangan.
Kejadian itu menunjukkan sistem keselamatan di muzium paling terkenal di negara itu amat lemah.

Pegawai kurator di Muzium Istana yang terletak dalam istana terakhir Maharaja China merasa malu apabila beberapa bahan pameran yang dipinjamkan dari Muzium Hong Kong dicuri, Mei tahun lalu.

Shi Baiku, dari Shangdong, memecah masuk ke dalam muzium dan mencuri sembilan hasil seni yang dibuat daripada emas dan permata, tetapi kerana tergesa-gesa hendak melarikan diri, dia meninggalkan lima barang berharga itu di perkarangan muzium.


Laporan akhbar Xinhua yang memetik kenyataan mahkamah berkata, kerana gagal menjual harta itu dengan cepat, dia membuang empat daripadanya keesokan hari.

Tiga daripadanya telah ditemui.

Dua hari selepas mencuri, polis menahan Shi di sebuah kafe internet di selatan Beijing. - AFP

Annuar timbang ambil peguam

Harian Metro

TIMBALAN Presiden Persatuan Bolesepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa belum menerima surat tunjuk sebab daripada badan induk bola sepak negara itu berhubung tindakannya yang dikatakan mengkritik prestasi skuad kebangsaan menerusi media baru-baru ini.
“Saya masih belum menerima surat dari FAM. Saya akan masuk pejabat Jumaat ini selepas pulang dari Myanmar,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Bernama melaporkan Timbalan Pengerusi Pasukan Kebangsaan berkata beliau akan meneliti isi kandungan surat itu sebaik menerimanya dan akan membuat pertimbangan sama ada perlu melantik peguam bagi membela diri.
FAM sebelum ini menuntut Annuar supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum dipanggil berdepan jawatankuasa itu pada 29 Mac ini. Annuar didakwa melanggar peraturan FAM selepas menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Mengikut peraturan yang ditetapkan FAM, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Andai itu peraturan FAM, Jawatankuasa Disipiln juga perlu memanggil Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad kerana mengkritik kegagalan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee pada kelayakan Olimpik.

Azzuddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan itu ketika menjawab soalan wartawan Astro Arena pada 16 Mac lalu.

Arena Metro difahamkan, Azzuddin sendiri melanggar peraturan FAM itu apabila mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik skuad kebangsaan.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dipecat kerana jawatan Setiausaha Agung hanyalah lantikan dan bukan pemilihan pada kongres badan induk itu.

Fokus kini tertumpu kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak. Apakah beliau akan mengeluarkan kertas pertuduhan ke atas Azzuddin? Integriti beliau diperhatikan pemerhati serta peminat sukan bola sepak tempatan.

Ahmad Said jangan sabotaj masa depan pelajar

Harakahdaily, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ikatan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demonstrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demonstrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong berkata, tindakan membatalkan penajaan pendidikan kepada keenam-enam pelajar tersebut adalah tindakan yang sangat keterlaluan kerana terlibat dengan perhimpunan aman bukanlah suatu jenayah.

Katanya, tindakan menghukum pelajar-pelajar tersebut dengan menarik penajaan pendidikan adalah sabotaj terhadap masa depan anak-anak Terengganu itu sendiri.

Ia juga, ujarnya bercanggah dengan objektif penubuhan Yayasan Terengganu iaitu "Mempastikan anak Terengganu dapat melanjutkan pelajaran tanpa masalah kewangan dan menyediakan prasarana serta kemudahan untuk semua peringkat pendidikan".

Sehubungan itu, Suhaimi menggesa Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dapat menggunakan kebijaksanaan sebagai pemimpin utama kerajaan negeri dengan menarik balik  hukuman itu bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Menurutnya, Ahmad sepatutnya bertindak membantu anak-anak Terengganu dalam mendapatkan pendidikan terbaik dan bukannya berusaha menggagalkan mereka.

“Jika perkara ini tidak diselesaikan segera oleh Menteri Besar, Perantau akan membincangkan tindakan susulan dalam Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan pada 25 Mac nanti,” ujarnya.

Jumpa Osama satu penghormatan, kata Yazid

Malaysiakini
WAWANCARA Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat berkata beliau diberi nama jolokan "CEO anthrax" oleh para pengalanisis ekoran penglibatannya dalam al-Qaeda -- kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Yazid dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu sekadar ketawa apabila menceritakan semula perihal mengenai nama jolokan tersebut.

"Jika anda baca perkara yang mereka tulis mengenai saya, ianya sangat mengagumkan. Tapi (apa yang saya buat) tak ada apa pun," katanya.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan oleh pemerhati, seperti yang diutarakan seorang pengarah pusat kajian keganasan di Nanyang Technological University, Dr Rohan Gunaratna.

Gunaratna sebelum ini dipetik akhbar The Straits Times pada Disember lalu – sejurus selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA – menyifatkan bekas kapten tentera itu sebagai "salah seorag pengganas paling berbahaya di Asia."

Dalam laporan majalah Time sebelum ini, Gunaratna juga menyifatkan Yazid sebagai seorang pemimpin kanan kumpulan al-Qaeda.

Carian mudah melalui Google antara lainnya akan menemukan maklumat mengenai Yazid sebagai seorang militan, pembuat bom, pakar sejata biologi dan juga seorang yang paling lama ditahan bawah ISA.

US soldier Taliban hostage AfghanistanBeliau bagaimanapun tidak mengendahkan gelaran dan juga pandangan orang mengenai dirinya.

“Jika orang mahu tulis perkara buruk (mengenai saya), mereka akan tulis perkara buruk. Jika mereka mahu tulis perkara baik, (mereka tulis perkara baik). Ini hanyalah persepsi.

"Saya tidak peduli. Mengapa saya perlu bersembunyi? Nama saya Yazid Sufaat. Saya tidak lakukan apa-apa yang salah. Saya tak saya bersalah langsung," katanya sambil ketawa.

Katanya lagi, beliau digelar "CEO Anthrax" kerana beliau hanya memegang ijazah pertama Bachelor of Science.

"Tapi pelajar saya ada PhD, pemegang ijazah Sarjana," katanya yang menjelaskan bahawa pelajarnya itu merupakan anggota al-Qaeda yang kini merupakan tahanan di Guantanao Bay.

NONEJelasnya, beliau mengetahui demikian apabila pegawai FBI telah menunjukkan gambar individu berkenaan ketika beliau dalam tahanan di Kem Kamunting.

Yazid juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda – Osama bin Laden – ketika beliau berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001.

“Tentulah saya telah bertemu beliau, ianya satu penghormatan untuk bertemu beliau? Berapa orang yang (sudah berbuat demikian)?," katanya.

Malah, Osama juga telah menasihati beliau supaya meninggalkan negara itu apabila Kabul tewas ke tangan tentera bersekutu dalam serangan November 2001, kata Yazid.

Wawancara dengan Yazid Sufaat merupakan salah satu daripada siri yang akan disiarkan sempena pemansuhan ISA. Rang undang-undang pemansuhan ISA akan dibawa ke Parlimen dalam sesi yang sedang berlangsung.Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Aidila Razak dan Salhan K Ahmad.

Jutaan Orang Cina Memilih Tinggal di gua

 Posted by Rafly Rindengan on Mar 18, 2012 

hidup di gua
Ma Liangshui (76), salah seorang pendudk yang telah tinggal di gua-gua sekitar Yanan sepanjang hidupnya (Barbara Demick/Los Angeles Times)

Seperti kebanyakan petani dari pinggiran Yanan, Cina, Ren Shouhua lahir di sebuah gua dan tinggal di sana sampai dia mendapat pekerjaan di kota dan pindah ke sebuah rumah permanen. Tapi pria berusia 46 tahun itu berencana untuk kembali ke gua ketika ia pensiun nanti.

“Itu sejuk di musim panas dan hangat di musim dingin. Tenang dan aman. Ketika tua nanti, saya akan kembali kesana,” tutur Ren, yang pindah ke ibukota provinsi Shaanxi, Xian, saat berusia 20-an.
Lebih dari 30 juta orang China tinggal di gua-gua, banyak dari mereka di provinsi Shaanxi di dataran tinggi Huangtu, dengan tebing kuning dan tanah berpori yang khas, membuatnya mudah digali.
Setiap gua atau yaodong dalam bahasa Cina, biasanya memiliki ruang berkubah panjang dengan pintu masuk berbentuk setengah lingkaran, ditutupi dengan kertas nasi atau selimut berwarna-warni.

Sebagian gua-gua terlihat lebih baik dan diperkuat dengan batu bata. Beberapa diantaranya saling terhubung sehingga keluarga dapat mempunyai beberapa kamar. Bahkan listrik dan air ledeng dapat dibawa masuk.
“Kebanyakan tidak begitu mewah, tapi aku sudah melihat beberapa gua yang benar-benar indah: langit-langit tinggi dan luas dengan halaman yang bagus di depan, dimana Anda dapat berolahraga dan duduk di bawah sinar matahari,” kata Ren, yang bekerja sebagai sopir.

Gua memiliki peran penting dalam sejarah China modern. Bahkan wakil Presiden Cina Xi Jinping, yang diperkirakan akan menggantikan Hu Jintao sebagai presiden tahun depan, tinggal selama tujuh tahun dalam gua ketika ia diasingkan ke Provinsi Shaanxi selama Revolusi Kebudayaan.

Liu Jiaping, direktur Pusat Penelitian Arsitektur Hijau di Xian membantu merancang dan mengembangkan versi modern dari gua tradisional, dan pada tahun 2006 menjadi finalis pada World Habitat Award.

Gua yang diperbarui itu dibangun pada tebing dalam dua tingkat, dengan bukaan atas untuk cahaya dan ventilasi. Setiap keluarga memiliki empat kamar, masing-masing dua ruang di setiap tingkat.
“Ini seperti tinggal di sebuah villa. Gua di desa-desa kita senyaman apartemen mewah di kota,” kata Cheng Wei (43), seorang pejabat Partai Komunis yang tinggal di salah satu rumah gua di desa Zaoyuan di pinggiran Yanan.
“Banyak orang datang ke sini untuk menyewa gua kami, tapi tak seorang pun ingin pindah.” tambahnya.

Maka dengan segera pasar berkembang di sekitar Yanan, dimana sebuah gua dengan tiga kamar dan kamar mandi (total 750 meter persegi) dapat dijual seharga 46.000 dolar Amerika. Sebuah gua satu kamar sederhana mempunyai harga sewa sebesar 30 dolar sebulan.

Bagaimanapun, banyak gua yang tidak untuk dijual atau disewakan kepada siapapun, karena mereka diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Sunday 18 March 2012

BN menguasai PRU13, perjalanan pembangkang masih jauh, kata penganalisis - Pulun PR pulun

sinar harian

18 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), semakin kerap persoalan dilontarkan tentang keputusannya nanti. Kalangan politik kini sedang sibuk membuat analisis dan ramalan masing-masing dengan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang giat meningkatkan kempen mereka.

Sesetengah pihak membuat andaian bahawa apabila BN hilang lebih satu per tiga kerusi kawasan Parlimen pada PRU 2008, ia mungkin hilang kawalan ke atas kerajaan persekutuan pada pilihan raya kali ini.

Namun apabila berlaku pertukaran kepimpinan dan pelbagai program diperkenalkan di bawah gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Negara oleh kerajaan BN, kebanyakan penganalisis politik yakin peluang BN kekal menerajui kerajaan persekutuan adalah tinggi, malah akan menang lebih banyak kerusi kali ini.

"Ia bergantung kepada siapa kita bercakap. Kalau kita bercakap kepada penyokong kedua-dua pihak, sudah tentu masing-masing akan bercakap bagi pihak masing-masing.

"Namun apa yang perlu diambil kira ialah pihak yang berkecuali dan undi mereka yang penting," kata seorang penganalisis politik dari Pulau Pinang.

Pihak berkecuali ini termasuk kira-kira dua juta pengundi baru dan muda yang akan mengundi buat pertama kali yang sokongan mereka akan menjadi penentu siapa yang menerajui Putrajaya, katanya.

Strategis dan Anggota Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata sama ada BN boleh mengekalkan kuasa kerajaan persekutuan bergantung kepada faktor "middle ground" kerana beliau percaya boleh berlaku 10 peratus peralihan undi sama ada kepada BN atau pakatan pembangkang.

"Middle ground yang perlu diambil kira. Setiap pilihan raya berbeza melibatkan personaliti baru, sentimen yang berbeza dan perubahan tema. Keputusan pilihan raya lalu hanya boleh dijadikan rujukan," katanya.

Liew berkata peralihan undi 10 peratus adalah besar yang tidak selalu berlaku tetapi tidak mustahil. BN memperoleh 65 peratus undi pada PRU 1995, 57 peratus pada 1999, 64 peratus pada 2004 dan 51 peratus pada 2008 dan antara pilihan raya 1995 dan 1999, undinya menurun lapan peratus dan antara 2004 dan 2008, ia jatuh 13 peratus, katanya.

"Pakatan pembangkang menang 83 dari 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2008. Dari 139 kerusi BN, 55 dari Sabah, Sarawak dan Labuan sementara di Semenanjung, ia memiliki 85 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 81," katanya dan menambah 51 peratus undi pakatan pembangkang diperoleh di Semenanjung.

Pada pilihan raya lepas, 54 dari 83 kerusi pakatan pembangkang diperoleh dengan majoriti kurang dari 10 peratus atau kerusi marginal.

Tetapi dalam pilihan raya akan datang, sekiranya terdapat 10 peratus peralihan undi yang memihak BN, pakatan pembangkang hanya akan tinggal 29 kerusi.

Sebaliknya 56 dari 139 kerusi BN dimenangi dengan majoriti kurang daripada 10 peratus pada 2008, dan peralihan 10 peratus undi yang memihak pakatan pembangkang akan menjejaskan pemerintahan BN.

"Daripada 56 kerusi marginal BN, 14 ialah dari Sabah dan Sarawak sementara 11 lagi dari Semenanjung dengan kurang daripada 70 peratus adalah undi Melayu.

Dari 54 kerusi marginal pakatan pembangkang, 34 adalah dari Semenanjung," katanya dan menambah kerusi marginal dari kedua-dua BN dan pakatan pembangkang berjumlah 110 kerusi, dengan 112 kerusi diperlukan untuk memenangi majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Namun BN tidak terlalu bimbang dengan lebihan yang kecil. Ia memenangi 66 hingga 90 peratus kerusi Parlimen sejak 1959 dengan hanya 49.3 peratus ke 65.2 peratus undi.

BN tidak pernah menang lebih daripada dua per tiga (66.67 peratus) undi popular. Paling hampir ia menang lebih dua per tiga undi popular ialah pada 1995 (65.2 peratus) apabila ia menang 84.38 peratus kerusi Parlimen.

Pilihan raya terbaik bagi BN ialah pada 2004 apabila ia menang 90 peratus kerusi tetapi dengan hanya 63.9 peratus undi, namun masih kurang daripada dua per tiga.
   
Tahun 1995 merupakan tahun terbaik bagi BN dalam pungutan jumlah undi (65.2 peratus), tetapi ia hanya menang 84.38 peratus kerusi. Ini bermakna undi lebih tidak bermaksud memperoleh lebih banyak kerusi dan sebaliknya.

Ketua Publisiti BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata malah jika lebih ramai orang keluar mengundi pada pilihan raya kali ini dan pakatan pembangkang memperoleh lebih banyak undi, tiada jaminan ia boleh membentuk kerajaan persekutan.

"Ia bergantung di mana anda mengundi. Jika anda mengundi di kawasan bandar yang majoritinya sudah tentu pengundi Cina, maka pembangkang mungkin mendapat banyak undi, tetapi tidak kerusi," katanya.

Yap berkata pada PRU 2008, 82 kerusi Parlimen yang pakatan pembangkang menang terbahagi hampir sama antara pengundi Melayu dan bukan Melayu walaupun ia mendapat hampir 90 peratus undi kaum India, 70 peratus undi Cina dan 50 peratus undi Melayu.

Namun, beliau berkata kini undi kaum India berpecah 50:50 antara BN dan pakatan pembangkang sementara dijangkakan akan berlaku peningkatan kecil undi kaum Cina kepada pembangkang kepada 80 peratus daripada 70 peratus sebelum
ini.

Sebarang pertambahan undi kaum Cina kepada pakatan pembangkang mungkin diimbangi dengan penurunan undi kaum India kepada pembangkang.

"Faktor penentu masih undi kaum Melayu. Lebih 60 peratus pengundi di negara ini ialah pengundi Melayu. Sebarang pertambahan undi Melayu kepada BN boleh mengimbangi penurunan undi bukan Melayu. Pada pilihan raya lalu, BN mendapat kira-kira 50 peratus undi Melayu," katanya.

Bagi membentuk kerajaan persekutuan, pakatan pembangkang perlu menang sekurang-kurangnya 94 daripada 165 kerusi di Semenanjung dan 18 daripada 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan (31 di Sarawak, 25 di Sabah dan satu di Labuan) yang mungkin membawa kepada majoriti mudah 112 kerusi.

"Bagi menambah kepada 94 kerusi, ia perlu menang semua kerusi yang ia menang sebelum ini, termasuk yang diduduki oleh pihak yang keluar parti. Ini tidak termasuk menang tambahan 12 kerusi di Semenanjung dan 18 lagi di Sabah dan Sarawak," katanya dan menambah beliau tidak melihat kemampuan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Pakatan pembangkang menang 83 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu tetapi kini tinggal 76 ekoran tindakan wakil rakyatnya keluar parti.

Pemerhati politik bersetuju peluang pakatan pembangkang menang sekurang-kurangnya 18 kerusi di Sabah dan Sarawak masih samar-samar ekoran dibelenggu masalah seperti jentera pilihan raya, logistik, pemimpin tempatan dan sokongan pengundi luar bandar.

Pengundi di Sabah dan Sarawak turut menyokong parti tempatan seperti parti komponen BN berbanding pakatan pembangkang yang merupakan parti Semenanjung.

Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berpendapat jumlah kerusi yang paling banyak yang boleh pakatan pembangkang menang di Sarawak ialah antara tujuh hingga 10 kerusi termasuk empat kawasan kelabu Parlimen yang diperuntukkan kepada SPDP (Mas Gading, Seratok, Baram dan Bintulu) dan kemungkinan mengekalkan Bandar Kuching dan Sibu serta menang di Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri.

Di Sabah, kata beliau, pakatan pembangkang boleh menawan hanya lima kerusi Parlimen terutama yang majoriti pengundi Cina seperti Kudat, Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

"Sokongan menyeluruh kepada BN di Sabah dan Sarawak ialah 55 peratus, pakatan pembangkang 30 peratus dengan undi terapung kira-kira 15 peratus," tambahnya.

Walaupun pakatan pembangkang dilihat menghadapi kesukaran, Liew masih tidak menyangkal keupayaan pakatan itu dalam pilihan raya akan datang.

"Ia bergantung kepada magis berkempen yang boleh menyeimbangi keadaan,' katanya dan menambah DAP tidak pasti boleh menawan Pulau Pinang pada PRU 2008 sehingga beberapa hari sebelum hari mengundi.

"Namun pada ketika ini, BN menguasai keadaan. Dalam tempoh tiga tahun lalu di bawah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak), kami tidak boleh mengubah kedudukan BN," katanya PRU ke-13, apa saja boleh berlaku. - Bernama

Ummi Hafilda rancang ceramah setiap minggu, utama tiga negeri- Lantak hang lah ummi

sinar harian
18 Mac 2012
Umi Hafilda Ali
GEORGETOWN - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali merancang untuk berceramah setiap minggu di seluruh negara bagi menjelaskan isu membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya ceramah itu akan diadakan secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung.

"Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah, namun tumpuan akan diberikan kepada Pulau Pinang, Perak dan Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Pokok Asam, Jelutong, malam tadi.

Katanya sambutan masyarakat terhadap ceramah yang diadakannya setakat ini juga amat menggalakkan kerana semakin ramai yang ingin mendengar kebenaran.

Terdahulu dalam ceramah selama dua jam yang dihadiri kira-kira 100 penduduk, Ummi Hafilda meminta orang Melayu bersatu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang termasuk Anwar yang banyak memutarbelitkan fakta.

Beliau turut meminta abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat agar kembali ke pangkuan ibu mereka yang semakin uzur. - Bernama

Saturday 17 March 2012

Kakak tulis dia tak selesa dalam facebook’ sebelum meninggal

MELAKA: “Sehari sebelum kejadian, saya perasan facebook kakak ditulis... tak selesa. Saya tidak pasti sama ada sebab dia mengandung atau kerana masalah lain,” kata Norafifah Sabtu, 18, yang juga adik perempuan kepada Suzila, 27, yang mati dibunuh dengan kejam dipercayai oleh suaminya, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa yang bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang dijemput suaminya yang bekerja sebagai penyelia tempat letak kereta di sebuah pasar raya terkenal di ibu negara.

Norafifah yang sangat rapat dengan arwah kakaknya berkata, mereka sekeluarga terkejut dan tidak percaya pada mulanya dengan kejadian itu.
Katanya, ini kerana mangsa tidak pernah menunjukkan tanda berdepan masalah selepas menikahi suaminya setahun lalu, malah mereka kelihatan bahagia dan ceria setiap kali balik menjenguk keluarga di kampung.

Menurutnya, abang ipar dan kakaknya berkenalan dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

“Beberapa hari lalu, arwah sempat hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada emak beritahu dia hendak balik pada Sabtu dan Ahad depan.

“Keluarga kami mahu mengadakan kenduri doa selamat untuk ibu yang akan pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Krubong Jaya, dekat sini, petang semalam.

Norafifah berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan cara kematian kakaknya yang juga anak kedua daripada enam beradik.
“Dua minggu lalu, ketika balik ke kampung, kakak tidur bersama saya dan kami sempat berbual. Arwah berseloroh dia mahu belanja kami makan di bandar apabila balik pada 24 dan 25 Mac ini.

“Tak sangka hajatnya tidak sampai kerana ajalnya dijemput awal,” katanya sebak ketika ditemui bersama keluarga menunggu jenazah kakaknya untuk dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Kampung Krubong sebelum solat Maghrib.

Norafifah berkata, mereka sekeluarga hanya mengetahui berita kematian kakaknya selepas membaca berita muka depan Harian Metro.

 Harian Metro

Pengasas Red Bull meninggal dunia

kosmo


Chaleo YoovidhyA

BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.

Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.
Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.
Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.

Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.
Pada tahun 1984, beliau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz.
Mateschitz menyedari potensi minuman tonik tersebut semasa melawat rantau Asia.

Mereka mula menjual Red Bull di Austria pada tahun 1987.
Rakan niaga itu masing-masing memiliki 49 peratus kepentingan dalam Red Bull manakala baki dua peratus saham dipegang oleh anak lelaki Chaleo, Chalerm.
Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.
Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.

Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu dengan nama yang sama.
Keluarga Chaleo bersiap sedia untuk mengadakan upacara agama Buddha selama seminggu di sebuah tokong di sini ekoran kematian ketua keluarga tersebut. - AFP

Gaji amah - ' kerajaan jangan tunduk'


Pelbagai pihak berpendapat  kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, bahawa, gaji minimum RM700 bagi pembantu rumah mesti dibayar untuk satu tugas khusus, sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah sebagai tidak munasabah.

NONEBagi PKR, peraturan baru berkenaan gaji minimum pembantu rumah Indonesia itu perlu dikaji semula bagi memastikan rakyat, khususnya golongan muda berpendapatan sederhana, tidak terus tertindas dengan peraturan seumpama itu.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kadar gaji itu yang telah dipersetujui hasil pertemuan Pasukan Petugas Bersama Malaysia-Indonesia dilihat sebagai tidak munasabah kerana kadar RM700 untuk satu tugasan spesifik sebagaimana diumumkan, jelas tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah, khususnya golongan muda yang berpendapatan sederhana.

"Dengan kos sara hidup semakin tinggi mendesak suami dan isteri keluar bekerja bagi menjamin pendapatan isi rumah.

Sehubungan itu, khidmat pembantu rumah ini seakan menjadi satu keperluan khususnya bagi golongan muda berpendapatan sederhana," katanya.

Menurut Shamsul Iskandar, keraguan timbul apabila Pasukan Petugas Bersama Malaysia-Indonesia tidak mengambil kira maklumat-maklumat asas mengenai pendapatan isi rumah majoriti masyarakat di Malaysia dan bandar-bandar utama seluruh negara.

indonesian maid domestic workersDakwanya, PKR melihat ini berpotensi berlaku atas kegagalan kerajaan untuk melihat isu dan permasalahan sebenar sehingga membawa kepada konotasi salah dalam perundingan dengan kerajaan Indonesia.

"Sehubungan itu, PKR melihat wujudnya keperluan untuk mendesak supaya kerajaan memperincikan semula butiran perbincangan dengan kerajaan Indonesia serta mendesak kerajaan supaya mengkaji semula peraturan baru ini," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menyifatkan kenyataan Dr Reyna itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Katanya, Malaysia tidak akan berganjak daripada ketetapan yang sudah dipersetujui dengan Indonesia berhubung penghantaran semula amah dari republik itu ke negara ini yang dijadualkan bermula bulan depan.

NONE“Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

"Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu," katanya

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia pula memetik Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman sebagai berkata, kerajaan juga harus beralih pada sumber dari negara lain bagi memenuhi keperluan pembantu rumah selain Indonesia.

"Mereka yang memerlukan kerja di sini, jadi kenapa kita pula yang mahu tunduk pada kemahuan itu? Gaji ditetapkan juga amat tidak logik iaitu hanya untuk melakukan satu kerja," katanya.

Friday 16 March 2012

Najib 'turun padang' di Perak lagiiii

Wartawan Sinar Harian
17 Mac 2012
BERUAS - Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan kerja sehari ke Perak hari ini dengan menghadiri program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas, di sini. 

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 
pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri. 

Najib dijadual menghadiri majlis Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di 
Padang TNB, Batu 7, Kuala Woh di Tapah. 

Pada sebelah petang, Najib akan merasmikan pembukaan bangunan baru empat 
tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa 2, di Menglembu.  

Sejurus selepas itu, beliau akan menghadiri program mesra rakyat bersama 
masyarakat India di Kg. Kacang Putih, Buntong. 

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan sehari ke Perak dengan 
menghadiri majlis makan malam bersama-sama Persatuan Agama-agama Cina negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini.- Bernama