HTML/JavaScript

Friday 27 April 2012

Bersih 3.0 News : Gambar terkini

BERSIH 3.0 NEWS:GAMBAR TERKINI SEKITAR DATARAN PENJAJAH

Jumaat, 27 April 2012

TERKINI SEKITAR DATARAN MERDEKA: Perlu ke bertindak seperti ini? Gara-gara untuk menghalang daripada rakyat membanjiri Dataran Merdeka sempena BERSIh 3.0 keesokan hari 28 April 2012, habis jalan di tutup sana sini manakala kawasan sekitarnya pulak di hadang dgn pelbagai kon dan pagar besi? Kenapa perlu takut kpd rakyat yg sekadar datang untuk 'DUDUK & BANTAH' semata-mata?

Kesian kanak-kanak Palestin ni

Segalanya hak DIA...

 
Salam semua...
Gambaq sorang budak palestin yang mati dibunuh oleh yahudi, setelah diliwat. Mayatnya dicampak dijalan dengan darah masih lagi mengalir...

Palestine...
Tanah mu bergolak lagi...
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam...
Zionist durjana

Palestine...
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita...
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya...
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia...
Menjadi duka Nestapa...

Palestine...
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionist durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya...
Meratap hiba... dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

Doa buat mu

Palestine...
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah makbulkan
Jahanamkan Zionist durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada mu
 
Ya Allah... Ya Rabbi...
Bergetar suaraku dalam nada sayu
Selamatkanlah Palestine...
Selamatkanlah hamba mu nan tidak berdosa
Dari mereka yang rakus membunuh dan menyiksa
Musnahkanlah Zionist durjana
Aman damailah Palestine...
Seperti dulu kala...
Tanpa perluru dan duka dan air mata - Fesbuk

Segalanya hak DIA...

Wassalam...

Tuesday 17 April 2012

SMS jual perempuan


Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.

SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.

Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan. KOSMO

BAPA UGUT ANAK :Kau kahwin atau nak mati?’

HARIAN METRO
mhafis@hmetro.com.my
 
KUALA LUMPUR: Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.
Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.

Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.
“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

PTPTN: Aktivis mahasiswa mahu jaminan PM

SINAR HARIAN
18 April 2012
300 mahasiswa himpun tuntut mansuh PTPTN
SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, bertekad akan terus berada di premis itu sehingga kerajaan bersedia mengadakan perbincangan dengan mereka berkenaan dengan tuntutan meminta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan bahawa kerajaan akan membincangkan tuntutan berkenaan.
"Ya, kami ada mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Saifuddin Abdullah) meminta kami mengosongkan Dataran Merdeka.
"Itu adalah pandangan peribadi, cadangan individu. Kami mahu Perdana Menteri sendiri memberikan respons. Kami menghormati pandangan Datuk Saifuddin, tetapi apa yang kami mahukan ialah pendirian kerajaan, jaminan Perdana Menteri," kata Safwan ketika dihubungi Sinar Harian Online awal pagi tadi.
Ketika dihubungi, pihaknya masih berada di Dataran Merdeka dengan menganjurkan 'kuliah' di Dataran Merdeka.
Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian Online petang semalam, Saifuddin menasihatkan kumpulan mahasiswa yang terus berkhemah di Dataran Merdeka agar menghentikan tindakan mereka secepat mungkin kerana tuntutan mereka sudah pun didengari.
Saifuddin berkata, langkah itu perlu kerana kawasan dataran tersebut turut digunakan untuk pelbagai acara lain, contohnya Konsert Diraja pada 21 April ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Menurutnya, oleh sebab itu, kumpulan mahasiswa tersebut haruslah juga menghormati tuntutan orang lain terutamanya dalam konteks ini.
“Isu PTPTN memang dekat terutamanya kepada pelajar, oleh itu saya memahami sentimen mereka dalam isu ini.
“Mahasiswa ini perlu menghormati tugas pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang amat proaktif dan baik sekali menangani kes ini, jadi mereka juga perlu hormat orang lain,” katanya.
Kata Saifuddin lagi, walaupun beliau menghormati tuntutan mahasiswa ini dan menyedari perhimpunan adalah sebahagian dari sistem demokrasi, namun ia tetap ada batasan-batasan yang perlu diikuti.
Safwan berkata, sehingga Kerajaan Pusat berkomited untuk mengadakan perbincangan dengan mereka, pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka.
Mengenai pandangan Menteri Penganjian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meminta mahasiswa yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN supaya memulangkan pinjaman mereka jika tidak bersetuju, Safwan berkata, Najib dan menteri berkenaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan sedemikian.
"Kami mahu Khaled dan Perdana Menteri menjawab dengan cara penuh bertanggungjawab. Kami terpaksa mengambil pinjaman sebab tiada pilihan lain. Kami tidak akan mengambil pinjaman jika kerajaan menyediakan pendidikan percuma di universiti awam, ini isunya sekarang," katanya sambil menambah, para pelajar tiada pilihan lain kecuali mendapatkan kemudahan PTPTN.
"Sebagai contoh dalam kes saya, saya tidak memperoleh biasiswa untuk mengikuti pengajian jurusan pendidikan.
"Jika saya, saya dari Terengganu, mahu memohon biasiswa Yayasan Terengganu, saya perlu mendapatkan pengesahan bahawa permohonana saya telah ditolak oleh PTPTN, jadi apa pilihan yang kami ada," katanya lagi.
Katanya, itu sebab pihaknya memohon skim pinjaman dimansuhkan dan disediakan pendidikan percuma.

KANTOI! Misi Rahsia Peguam Najib Altantuya Terbongkar!

Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.

Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga buah kotaraya – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia  Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri  Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu.JALAN PULANG

Si Pembuat Anak Profesional, Tiduri 15 Wanita Tiap Bulan


Ed si Pembuat Anak Profesional, Tiduri 15 Wanita Tiap Bulan
dailymail
Ed Houben
Seorang lelaki  berusia 42 tahun di Belanda, mengaku dirinya adalah seorang profesional pembuat bayi, dan mengaku sudah memiliki 82 orang anak, selama sembilan tahun karirnya.
Ed Houben, mengaku, rata-rata meniduri paling sedikitnya 15 orang wanita dalam satu bulan, yang menggunakan jasanya untuk mendapatkan seorang anak.
Dia memang dikenali sebagai babymaker profesional paling produktif di dunia, dan apa yang ia lakukan, kataya tidak melanggar hukum yang ada.
Menurut pemberitaan Dailymail, Selasa (17/4/2012), dia telah menaburkan benihnya hampir di seluruh belahan dunia, seperti di Jerman, Belanda, Itali , Sepanyol, Belgium, Perancis, bahkan New Zealand.
Menggunakan jasanya, kliennya harus membayar dirinya, selain harus membiayai perjalanan dan akomodasinya, selain harus memberikan catatan medis, untuk melihat apakah mengidap penyakit tertentu, dan tidak tengah menjalani pengubatan.

Dia juga meminta kliennya untuk menandatangani dokumen perjanjian, bahawa dia akan lepas dari tanggung jawab untuk menafkahi anak mereka.

Dia mulai terfikir untuk menjalani karirnya sebagai seorang pembuat anak profesional, setelah dia melihat peluang bisnes, dibidang reproduksi manusia. Dia memulai karirnya sebagai seorang penderma  sperma di klinik setempat

Tuesday 10 April 2012

Ketua Polis Ini Berselingkuh dan Bercinta Ketika Jam Kerja

 
Kepala Polisi Ini Berselingkuh dan Bercinta Saat Jam Kerja
The Sun
Inspektur Kepala Mark Brew
 

TRIBUNNEWS.COM - Seorang ketua  unit anti-senjata dan kejahatan geng di Polis Merseyside, England, ditangkap kerana bercinta pada saketika jam kerja dan mengunduh gambar porno di telepon milik pejabat  dan menggunakannya untuk mengirim SMS nakal kepada sang pacar.

Dilansir The Sun, Selasa (10/4/2012), Ketua Inspektur Mark Brew memaksa seorang polis  baru menjemputnya ke tempat konferen  berjarak 321 kilometer dan membawanya pulang ke rumah.

Sang polis berusia 47 tahun ini memimpin unit yang beranggotakan 100 polis . Namun, kini ia digantung tugas pada minggu lalu kerana melakukan tindakan tak terpuji dan empat tuduhan yang akan disidangkan oleh komisi disiplin.

Panel ini akan membahas mengapa ia memerintahkan polis  baru mengemudi dari Liverpool ke London untuk menjemputnya dari satu  konferen ,pada hal boleh  pulang dengan kereta api.

Polis  yang sudah menikah ini meninggalkan konferen  dan mendatangi rumah kekasihnya untuk bercinta. Kekasih gelap Brew yang juga sudah menikah ini mengatakan mereka sempat bercinta sebelum Brew kembali ke pejabat selepas  jam makan siang.

"Kami memberikan konfirmasi bahwa ada sidang komisi disiplin yang berlangsung pada minggu  lalu untuk seorang polis yang masih tugas. Setelah sidang ini, polis  yang menjabat sebagai Ketua inspektur   digantung dari tugasnya atas tindakan disiplin," demikian kata juru cakap Polis Merseyside, Liverpool.

Bukti baru Najib terbabit dalam pembunuhan Altantuya


KANTOI!! "Bapa Mertua" Najib Altantuya Akan Tuntut Bela Pembunuh Anaknya!


Hancur, jahanam, mampus kali ini!!

Impian untuk terus menjadi perdana menteri kini bukan terletak pada keputusan pilihanraya umum, tetapi nasib Najib Altantutya kini bergantung kepada perbicaraan kes skandal komisen kapal selam Scorpene yang pada masa yang sama turut berkait rapat dengan pembunuhan model dan penterjemah sambilan yang dibunuh dengan kejam menggunakan bom tentera jenis C4, Altantuya Shaaribuu.

Najib Altantuya fikir dengan meletupkan Altantuya, seorang wanita yang tidak berdaya yang menuntut habuannya sebanyak USD500 ribu (RM1.7 juta) daripada kroni Najib Altantuya, Razak Baginda, semua pertikaian tersebut akan terkubur dengan jasad hancur lumat Altantuya yang ditemui empat hari selepas dilaporkan hilang.

Ternyata, percaturan Najib Altantuya dan Rosmah Mansor mengarahkan dua pengawal pengiring yang dijatuhkan hukuman gantung, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya satu kesilapan terbesar dalam sejarah hidupnya.

Kini, selepas enam tahun peristiwa tragis itu berlaku, sehingga kini Kerajaan Malaysia masih bersikap diam membisu seribu bahasa dengan desakan malah menghantar nota bantahan rasmi oleh Kerajaan Mongolia supaya menyiasat segera misteri pembunuhan Altantuya yang rekod kemasukannya dipadam terus dari pangkalan data Jabatan Imigresen, sejurus laporan kehilangannya terbongkar.

Dan setelah berada beberapa hari di Singapura, bapa Altantuya, Shaaribuu Setev tiba di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk terus menyiasat kes pembunuhan anaknya yang meninggalkan dua anak dalam jagaannya sehingga ke hari ini.

Kedatangannya ke republik tersebut dikhabarkan juga berkaitan dengan pembunuhan Altantuya kerana salah satu perkara yang dinyatakan oleh dua orang sepupunya, Namiraa Gerelmaa dan Burmaa Oyunchimeg (kanan) atau Amy adalah, Altantuya dilihat makan malam bersama dengan Najib Altantuya dan Razak Baginda di Hotel Ritz Carlton yang gambarnya berjaya dirakamkan perisik polis Singapura dan disimpan oleh Menteri Mentor (Pembimbing), Lee Kuan Yew.

Perkara ini pernah diceritakan oleh mereka berdua sebelum datang ke Kuala Lumpur menemani Altantuya bagi menuntut haknya dalam komisen pembelian kapal selam USD500 ribu (RM1.7 juta) seperti yang dijanjikan di Macau.

Makan malam yang dihoskan oleh Razak Baginda buat mereka berdua sebenarnya perangkap untuk Altantuya kununnya wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Altantuya apabila selesai urusan dokumentasi dan perundangan.

Penyiasat persendirian yang telah berpindah ke India, P Balasubramaniam pernah memberitahu polis yang menahannya bahawa bukti bergambar dan rakaman audio perbualan antara Altantuya dan majikannya, Razak Baginda berada dalam keadaan tegang, namun dipercayai bukti tersebut telah dimusnahkan dengan arahan Najib Altantuya yang ketika itu sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri selain kekal memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Berdasarkan maklumat risikan, Setev turut menjejaki nombor akaun milik mendiang anaknya di Mongolia dan Perancis serta perbualan telefon dari Malaysia dan Singapura kerana dia percaya ada maklumat penting pertikaian komisen kapal selam itu menjadi bukti penting yang boleh mengheret Najib Altantuya dan Razak Baginda ke muka pengadilan kelak.

Masa masih berpihak kepada Setev, tetapi harus diingat, kelicikan strategi Najib Altantuya boleh melepaskan dirinya dari pertuduhan tersebut jika kena gayanya.

Akan tetapi peguam yang dilantik SUARAM iaitu William Bourdon dan Joseph Brehem akan membuktikan bahawa Najib Altantuya dan Razak Baginda adalah dalang sebenar kepada perbalahan komisen sehingga EUR114 juta (RM570 juta) yang membawa kepada penemuan mayat hancur Altantuya pada 2006.


Dan hari ini, bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis.

Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan.

“Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu,” katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan Altantuya sebelum beliau berangkat ke Malaysia membuktikan bahawa kedua-dua perkara tersebut ada kaitan.

“Saya ada lihat gambar mereka bertiga yang ditangkap di Perancis. Altantuya menunjukkan gambar beliau bersama Razak Baginda dan Najib kepada saya.

“Gambar itu seperti mereka ada berbincang sesuatu. Altantuya memberitahu saya bahawa dia ingin berjumpa dengan orang dalam gambar itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, menjelaskan bahawa penyiasatan mengenai skandal pembelian kapal selam itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan.

“Penyiasatan di Perancis bukan mengenai pembunuhan, tetapi mengaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen yang melibatkan Najib.

“Semalam kita ada perjumpaan, beliau (Shaariibuu) memberi sokongan apa yang kita lakukan dan beliau menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis,” ujarnya.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam terhadap anaknya Altantuya.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.
JALAN PULANG

Monday 9 April 2012

Menggabungkan Hula Hoop dan Tarian [Video]


 
Menggabungkan Hula Hoop dan Tarian
Hai ladies, jika kamu punya hula hoop nganggur di rumah, apa yang dilakukan oleh Katie ini mungkin bisa dijadikan sebagai sebuah hobi baru. Tenang saja, pasti banyak orang yang mendukung. Terutama semua teman-temanmu yang cowok.
Video diatas adalah sekuel dari video berikut yang ia rilis tahun lalu.

Kaya tapi tak berotak

Orang kaya ini membeli televisyen layar datar dengan ukuran besar, namun dia hanya punya kereta lexus kecil untuk membawa pulang TV barunya.LOL bagus suruh orang hantar...mana otak mu...

 .borakkosong

PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti

Harakahdaily, 09 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

"Bukan RM 43 bilion  seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap?

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.
Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam  ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual  pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Sunday 8 April 2012

Jika jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN

harakahdaily, 08 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 8 April: Jika RM45 bilion setahun dapat dijimatkan, tidak ada masalah lagi hendak membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan nampak benar tidak mahu mengambil sebarang daya usaha untuk menjimatkan sekurang-kurangnya RM45 bilion setahun itu.

"Kerajaan lebih suka bebankan rakyat, bebankan pelajar dan menjadikan pelajar sebagai buruan PTPTN," kata beliau.

Mohamad menjelaskan, jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Malah, katanya lagi, itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

"Dan lebih dari itu semua, semua angka yang saya nyatakan itu adalah angka rasmi yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri.

"Kalau diambilkira angka tidak rasmi, saya tak tahu berapa banyak yang dapat dijimatkan jika dilaksanakan pentadbiran yang bersih dan tidak khianat," kata Mohamad.

Dengan sedikit angka yang diberikannya itu, beliau berharap rakyat dapat melihat sendiri keengganan kerajaan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

"Kerajaan Umno bukan sahaja tidak mahu mengambil langkah yang sepatutnya untuk meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, malah jika menang lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka mahu menghempuk kepala rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi termasuk subsidi minyak yang tentu mengakibatkan kenaikan harga barang yang sangat menyiksa rakyat," kata Mohamad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mengulas keengganan kerajaan menghapuskan PTPTN, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui PTPTN itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

Najib sebelum itu berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan RM43 bilion jika tabung itu dimansuhkan,

Jururawat HUSM didakwa mencuri


DI pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu di Jalan Parit Dalam inilah Zubaidah dituduh mencuri beberapa barangan.


KOTA BHARU – Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu.
Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.
Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.

Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.
“Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan,” kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi.
Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan.

15 pelajar berkhemah dipanah petir

MOHD. ALI melawat pelajar yang dipanah petir dalam kejadian ribut di Bukit Katil, Melaka semalam.


MELAKA - Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.

Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku.
Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.

Koma kerana hutang Rm50,000

harian metro
apendy@hmetro.com.my

 
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga alat ganti kenderaan parah dan kini koma dipercayai dibelasah kumpulan along yang menculiknya Jumaat lalu, sebelum menelefon keluarga mangsa menuntut bayaran hutang RM50,000.
Lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan kritikal dipercayai kerana kecederaan dalaman akibat dibelasah dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas keluarganya gagal membayar wang dituntut.

Mangsa yang menetap di Sungai Long, Kajang dan dikenali sebagai Lee tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja Jumaat lalu dan keluarga mangsa mendakwa ada individu yang menghubungi mereka meminta wang bagi bayaran hutang.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali ketika ditemui di PPUM berkata, mereka tidak mengetahui mangsa meminjam wang dengan mana-mana kumpulan along sehingga dihubungi individu tidak dikenali yang mengatakan mangsa kini dalam tahanan mereka kerana gagal membayar hutang.

“Pada hari kejadian, mangsa keluar bekerja jam 9 pagi, namun tidak pulang ke rumah seperti biasa pada waktu petang dan kami terkejut selepas menerima panggilan telefon jam 9 malam daripada seorang individu yang mengatakan mangsa mempunyai hutang RM50,000.

“Individu terbabit meminta kami membayar hutang mangsa, tetapi kami ragu kerana mangsa tidak memberitahu meminjam dengan along dan membuat laporan polis di Kajang,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian mereka menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali memaklumkan mangsa dibelasah teruk dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Katanya, mangsa mempunyai tujuh anak perempuan dan semua ahli keluarga dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan.

Integriti: Awang Adek terlepas, Shahrizat kena

Aslani M, 08 Apr 2012
BACHOK, 8 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap tidak mengendah soal integriti apabila mengekalkan pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai anggota Dewan Negara (Senator).

Sedangkan pada 6 Mei 2010 Timbalan Menteri Kewangan itu mengumumkan kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Kenyataan berkenaan dikecam pelbagai pihak sehingga akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan cadangan tersebut.

Kewibawaannya lebih tercalar apabila beliau mengakui menerima RM100,000 yang dibayar kepada akaun peribadinya untuk kontrak yang dilulus pada November 2010.

Wang tunai itu difahamkan dimasuk ke akaun peribadi Awang Adek di sebuah bank di Bachok. Dakwaan tersebut dibuat blog Thewhistleblower711.

Bagaimanapun esok Awang Adek dijadual  mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara bersama beberapa menteri termasuk Datuk Raja Nong Chik, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, transformasi ke arah lebih berintegriti yang disebut-sebut Perdana Menteri sebelum ini diangggap tidak memberi sebarang makna.

Ini kerana Fasal 45 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang yang dilantik sebagai Senator hendaklah dipasti terbukti memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara.

“Namun Dr Awang Adek sudah terpalit dengan banyak isu berkaitan soal integriti. Kalau Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak disambung sebagai Senator kerana isu RM250 juta, sepatutnya Ketua Umno Bachok juga perlu berdepan dengan situasi serupa.

“Seseorang anggota kabinet memasuk wang sumbangan ke dalam akaun peribadi tidak boleh dipandang mudah. Kita berharap SPRM tidak membiarkan kerana ia menyentuh soal integriti seperti dihasrat Perdana Menteri,” katanya di sini.

Pada 9 April 2009 Awang mengangkat sumpah sebagai Senator bagi membolehnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Senator selepas pilihan raya umum 1999.

Bagaimanapun difahamkan penggal pertama pelantikannya sebagai Senator tidak mencukupi tiga tahun disebabkan parlimen dibubarkan pada 2004.

Wan Nik yang juga bekas anggota parlimen Bachok berkata, tempoh pelantikan Dr Awang Adek sebagai senator mungkin hanya tinggal setahun lagi bagi mengenapkan tempoh dua penggal.

Kata beliau sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan terbabit gagal memenangi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13, tempohnya sebagai Senator akan berakhir. Harakahdaily

Ada wanita cantik bantu orang cacat beronani


Jasa membantu beronani untuk orang-orang cacat, "whitehands" baru-baru ini menjadi topik yang panas di Jepun yang tidak dapat bermasturbasi secara normal.
Ditujukan sebagai gerakan amal pada tahun 2008, jasa ini mulai merebak menjadi sukses dan memberikan layanannya di 18 daerah Jepun.
Salah seorang mendapat perkhidmatan ini ilah seorang lelaki di usianya yang ke 40.Dia telah menggunakan jasa ini selama 3 tahun terakhir, dia merasa menderita sebelum mendapatkan jasa ini dan sangat berterima kasih kerana ada jasa seperti ini untuk pelepasan seksualnya. "Orang cacat memiliki dorongan yang sama dengan laki-laki lain. Saya pikir Anda masih harus mencoba untuk mencari kekasih, tetapi ketika itu tidak mungkin layanan perawatan seperti ini benar-benar membantu. Saya berharap masyarakat menjadi lebih memahami keperluan seksual orang cacat"
Untuk ini pesakit harus membayar ¥ 3500 selama 15 minit, ¥ 5500 untuk 30 minit dan lebih dari ¥ 10.000 selama satu jam, tarif yang sebanding dengan pelayanan kesihatan persalinan normal. Situsnya boleh agan lihat disini www.whitehands.jp
sumber : dhaniels.co
 borakkosong

Saturday 7 April 2012

Kompilasi Video Bela Diri Lucu [Video]


  
Kompilasi Video Bela Diri Lucu
Buat kamu yang ingin mencoba karir sebagai ahli beda diri campur lawak, video ini mungkin bisa dijadikan sebagai sumber referensi yang cukup berharga

Nizar: Zambry patut dedah semua dokumen Vale


Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi projek bijih besi di Lumut untuk memberikan gambaran sebenar berhubung penglibatannya.

NONE"Zambry tidak harus secara terpilih mendedahkan maklumat kepada awam.

"Gambaran yang cuba diberikan bahawa Zambry itu terbaik, separuh benar, dan paling teruk secara terang-terangan memutarkan kebenaran," kata Nizar dalam kenyataan hari ini.

Isu pelaburan pusat pengagihan bijih besi Vale timbul apabila Nizar mendakwa tidak pernah menyokongnya ditempatkan di Teluk Rubiah, Lumut dan mencabar Zambry untuk mendedahkan bukti sokongannya.

Kerajaan negeri kemudian mengelaskan semula surat yang ditandatangani Nizar ketika menjadi menteri besar yang didakwa menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Nizar berkata dokumen itu hanya menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini menyokong projek itu yang menurutnya dicadangkan di tapak lain iaitut Tanjung Hantu.

"Tanjung Hantu, kira-kira 45km daripada Teluk Rubuah dan kawasan itu sudah dinyahhutankan, dengan penduduk yang minimum.

"Tanah yang dicadangkan juga milik negeri. Kita tetap tegas dengan pendirian itu," kata Nizar.

Azza dituduh jahil


AZZA terharu apabila rakan-rakan yang pernah bersamanya menganggotai kumpulan Elite (dari kiri) Abby Abadi, Watie Sadali dan Shasha Saidin dapat hadir pada majlis akad nikahnya ini.


PADA 1 April lalu, Noor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza, telah melangsungkan pernikahan bersama kekasih yang dikenali hampir dua tahun lalu, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan.
Masih terang warna inai di jari, namun sudah ada kata-kata kurang enak tentang cara pemakaian selendang Azza pada majlis pernikahannya yang berlangsung dalam Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu.
Kemanisan mengecapi bahtera perkahwinan tercalar sedikit ekoran tuduhan terhadap diri Azza yang ditohmah sebagai seorang yang jahil tentang ilmu agama kerana tidak menutup aurat ketika berada di dalam pekarangan masjid untuk majlis akad nikahnya itu.
Sebagai seorang Islam, sememangnya agak keras tuduhan jahil tentang hukum agama yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite itu.
Azza yang dihubungi Kosmo! kelmarin berkata: "Azza faham ia menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat sedih dan tidak tahu mahu berkata apa.
"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada masa akan datang."
Namun begitu, Azza bersyukur kerana ada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong karier dan dirinya walau apa pun yang terjadi.
Menyingkap sejarah sebelum Azza, 34, dan Azlan, 25, bersatu sebagai suami isteri, ujar Azza, lebih setahun lalu, dia berkenalan dengan Azlan di Mydin Mall, USJ, Subang, Kuala Lumpur semasa membuat persembahan. Sejak dari itu, telah bersemai bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.
Sempena perkahwinannya itu, Azza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM10,000.
Selain itu, Azza menerima sembilan dulang hantaran daripada pengantin lelaki, antaranya dua bentuk cincin, set wangian, al-Quran dan sejadah serta buah-buahan manakala pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran yang berupa set wangian, set persalinan, set dompet dan sebagainya.
Mungkin terlalu gementar, hanya selepas tiga kali lafaz, Azza sah bergelar isteri kepada Azlan tepat pukul 5.27 petang itu yang dinikahkan oleh jurunikah, Abdul Hakim Abdul Rahman.
"Semestinya dalam diri saya ini memang wujud perasaan penuh tanggungjawab setelah bergelar suami selain gemuruh dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur-baur," ulas Azlan yang tidak kisah dengan perbezaan umur antara dirinya dan Azza.
Tambahnya: "Sebab apa saya memilih Azza untuk dijadikan teman hidup ialah kerana dari segi karakternya sendiri. Dia seorang yang kelakar dan dia juga seorang yang penyayang. Anaknya, Marissa juga saya telah anggap seperti anak saya sendiri.
Berbicara mengenai perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, mereka berdua sepakat belum lagi mempunyai perancangan untuk berbuat demikian. Namun, andai kata rezeki daripada Tuhan diberi lebih awal, Azza dan Azlan bersyukur dengan pemberian tersebut.

Najib pangku jawatan menteri wanita

malaysiakini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama.
Pengumuman itu sekali gus menghentikan spekulasi berhubung pengganti ke jawatan itu apabila ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini diwar-warkan mengisinya ekoran lantikannya sebagai senator baru.

Raja Ropiaah bagaimanapun sejak awal menyifatkan perkara itu "cakap-cakap orang" yang dibuat kerana beliau satu-satunya pemimpin baru dilantik sebagai senator.

Ia juga atas anggapan bahawa kerusi kementerian itu sebagai 'kuota' untuk Wanita Umno.

"Orang buat cerita... Jangan buat cerita yang tidak betul. Orang boleh cakap macam-macam," katanya ketika dihubungi Malaysikini semalam.

"Kalau dilantik menjadi Senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu."

Raja Ropiaah antara pemimpin Wanita negeri yang terkedepan mempertahankan Shahrizat selepas bosnya itu didesak supaya turut melepaskan jawatan ketua Wanita oleh naib ketua Datuk Kamilia Ibrahim.

Sebelum ini, sumber pergerakan itu memberitahu, berdasarkan pertemuan exco dan ketua-ketua Wanita Umno negeri selepas Shahrizat memutuskan berundur, ramai mahukan Najib atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku kementerian itu.

Foto Sepasang Kekasih Tak Punya Malu, Mengumbar Kemesraan di Depan Umum 13:21 osserem 2 394Email0Share396 sumber

Foto Sepasang Kekasih Tak Punya Malu, Mengumbar Kemesraan di Depan Umum











sumber

Wednesday 4 April 2012

Ahmad 100 mahu 13 isteri


IZWAN ROZLIN, SHAIRI SHAARI & AMRULLAH ABDUL KARIM
5 April 2012
ahmad
SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.
Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.

Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.

Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.

FAM Annuar Musa digantung 30 bulan - Tak boleh rayu

 Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak berkata hukuman tersebut berkuatkuasa hari ini, dan Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden.
  
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb lepas, katanya kepada pemberita selepas inkuiri kes Annuar di Wisma FAM semalam.

Mengikut peraturan FAM hanya presiden dan setiausaha agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
  
Taufik berkata keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa tersebut mendengar pembelaan daripada Annuar serta melihat rakaman video kenyataan Annuar yang dibuat oleh sebuah stesen televisen swasta.

"Setelah kita meneliti kesalahan beliau, berdasarkan artikel tersebut, selain mengguna pakai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III), maka jawatankuasa sebulat suara mendapati beliau bersalah dan dikenakan hukuman gantung selama dua tahun setengah (30 bulan)," katanya.

Annuar juga didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas yang mahu hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media, dan perlu dibawa berbincang dengan jawatankuasa eksekutif FAM.

Taufik berkata Annuar tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap penggantungan tersebut memandangkan ia adalah hukuman minimum yang dikenakan oleh jawatankuasa berkenaan.
  
"Kita mendapati hukuman sedemikian wajar dikenakan ke atas beliau (Annuar) kerana ini bukan kali pertama beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.
  
Taufik bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kesalahan pertama yang dilakukan oleh Annuar.
  
Sebelum itu, Annuar yang ditemui pemberita selepas inkuiri itu, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan kepadanya kerana badan induk bola sepak negara itu telah mengeluarkan arahan kepada beliau agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

"Saya telah mendengar keputusaan daripada jawatankuasa disiplin FAM namun tidak sempat untuk mendengar hukuman kerana terpaksa bergegas ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu bagi mengikuti perlawanan pasukan Kelantan bertemu pasukan AREMA (Indonesia) pada saingan Piala AFC malam ini," katanya.

Annuar berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menilai prestasinya sebagai Timbalan Presiden FAM selama ini.
  
"Saya meminta maaf kerana tidak memberi komen lanjut kepada media mengenai apa yang berlaku kerana perlu mendapat kebenaran bertulis daripada kongres FAM yang hanya bersidang dua atau tiga kali setahun," katanya.
  
Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya yang memberi sokongan padu selain tidak melanggar peraturan sepanjang perhimpunan aman hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong Annuar Musa di hadapan Wisma FAM hari ini tidak melibatkan tangkapan mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku.
  
Kira-kira 150 anggota polis berkawal di Wisma FAM sejak 1.30 tengah hari sehingga 7 malam.
  
- Bernama

Bantah kempen politik, 3 siswa berdepan JK disiplin


Tiga mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor berdepan dengan tindakan tegas termasuk kemungkinan dibuang universiti selepas didakwa membuat representasi video membantah dakwaan kempen politik melalui satu program universiti.

Mereka didakwa membuat rakaman video itu tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin berhubung kempen itu dalam program 'International Youth Day Unesco' pada 18 November lalu di kampus berkenaan.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mahasiswa itu - Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin - akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib esok susulan penyiaran video bantahan itu pada 21 November lalu.

Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah Masjud adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam adalah pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mereka menerima surat supaya menghadiri prosiding tatatertib itu pada 21 Mac lalu dengan dakwaan "melakukan representasi yang berhubung dengan universiti tanpa kebenaran naib canselor melalui rakaman video bertajuk 'Mahasiswa UTHM bantah kempen politik melalui program univerisiti".

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, seorang jurucakap pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa video bantahan itu disiarkan selepas tidak puas hati seorang timbalan menteri didakwa memberi ceramah politik.

Jurucakap itu berkata ceramah itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9 malam  di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Jurucakap itu juga mendakwa pihak pengurusan universiti telah mengarahkan penghuni dari dua kolej kediaman - Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail - menghadiri ceramah itu dan mengarahkan supaya bekalan elekrik di situ diputuskan.

Katanya, ketiga-tiga mahasiswa itu tidak bersetuju dengan sikap universiti yang "tidak profesional" membenarkan ceramah itu yang dilihat tidak selari nama program asalnya dan mendakwa "memaksa" pelajar turun ke majlis berkenaan.

"Pelajar kolej kediaman itu rasa tertipu kerana program berkaitan dengan hari belia, tetapi (menjadi) kempen politik dan (beliau didakwa) memainkan sentimen perkauman," katanya yang enggan namanya didedahkan.

Menurut jurucakap itu lagi, berdasarkan surat itu, jika ketiga-tiga mahasiswa itu didapati bersalah, mereka berdepan dengan satu atau gabungan daripada lima hukuman.

Hukuman itu ialah diberi amaran, denda sebanyak RM100, tidak dibenarkan berada di mana bahagian dalam universiti dalam tempoh yang ditetapkan, digantung pengajian dalam tempoh yang ditetapkan atau dipecat daripada universiti.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (Gamis) mempersoalkan tindakan pentadbiran universiti itu yang ingin mendakwa tiga mahasiswa berkenaaan "hanya dengan dakwaan yang kami lihat kurang munasabah".

Dalam kenyataannya, presiden Gamis, Muhammad Akmal bin Razali turut mempertikai kewajaran pihak universiti yang didakwa bertindak menutup bekalan elektrik di dua kolej kediaman "semata-mata mahu memaksa mahasiswa" menghadiri program itu.

"Perkara ini ternyata melanggar hak asasi mahasiswa di kolej kediaman tersebut," katanya sambil mendesak suaya universiti tidak mengambil tindakan yang didakwa boleh mencemarkan universiti itu sendiri.

"Universiti seharusnya menjadi tempat yang bebas daripada politik luar," tegas Muhammad Akmal.