HTML/JavaScript

Wednesday 26 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari Ini Tetap Di Teruskan W'pun Tiada Permit

27 Disember, 2012

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.

“Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.

“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.

Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.

Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.

“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.

“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.

“Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.

“Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir.

Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.

Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.

Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.

“Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP. ~tmi

Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri

  • Bernama
  • Malaysiakini  Dis 27 2012
 
Seorang bekas penyanyi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun bulan Februari lepas.  

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Dalina Ali tidak menawarkan jamin terhadap tertuduh.

Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh tidak mengganggu atau berbincang dengan mangsa dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.    
Hakim menetapkan 25 Jan depan sebagai tarikh sebutan kes.
- Bernama 

‘Latihan undi BN untuk Orang Asal’, Pengerusi SPR mesti letak jawatan

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.
“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Membenarkan latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir,” tegas Maria.
“Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini. Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak,” bimbangnya.

Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.
Sementara itu, berhubung kenyataan Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa proses pilihan raya di negara ini masih lagi belum lengkap seperti sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya, Maria berkata, ia adalah kesalahan bekas Pengerusi SPR itu sendiri.

“Sebelum ini dia yang sibuk canang untuk adakan perubahan perlembagaan dan struktur SPR, tapi tiada apa yang berlaku.
“Semasa jadi Pengerusi SPR mengapa tak buat? Mengapa sekarang baru bercakap? Kita telah hantar 15 tuntutan melalui memorandum pada 2010. Sampai sekarang tak disentuh.
“Dari lapan tuntutan, hanya satu yang hanya baru untuk ditunaikan (penggunaan dakwat kekal),” kata Maria menempelak dolak-dalik Abdul Rashid.

“Apa yang paling penting adalah SPR itu bebas, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPR patut melapor terus kepada Parlimen dan anggota Dewan Rakyat.
“SPR juga sepatutnya mempunyai kuasa dan badan penguatkuasaannya sendiri,” jelas Maria sambil menambah, ‘latihan mengundi BN’ di Perak tidak berlaku sekiranya SPR mengambil tindakan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir

Harakahdaily 

Helmi Ibrahim, 26 Dis 2012

(Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating)

KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang.

Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air  yang hampir mencecah lantai masjid.

(Masjid Cherating yang ditenggelami air)

Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut.

Situasi tersebut jelas memperlihatkan kegagalan sistem perparitan dan saliran sebagai salah satu punca utama kesan dari limpahan hujan menjadi bertambah serius.
Justeru itu PAS Pahang melalui Pesuruhjayanya menegaskan agar keluhan penduduk di sini di beri perhatian utama oleh agensi yang bertanggungjawab agar rumah Allah dapat di pelihara kebersihannya dan kebajikan penduduk dapat di tingkatkan.

(Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pengerusi masjid)


Seramai 366 orang masih di tempatkan di situ setakat pukul 2 petang tadi yang terdiri 83 buah keluarga termasuklah 5 orang dari warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Tinjauan Pesuruhjaya Pahang tersebut turut di sertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan Pemuda Ustaz Fadhil Noor, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah Tuan Haji Mustapa serta AJK Pas Kawasan Indera Mahkota.

Tuan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan untuk kegunaan penduduk terjejas sebagai tanda simpati PAS terhadap mangsa yang terlibat.

Ulama Umno saran Pas keluar Pakatan, kononnya supaya lebih dihormati

Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2012
Fathul Bari
Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.
SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

“Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

“Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

“Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto

PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

“Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

Wanita kelar tangan cuba terjun apartmen

  myMetro 27 Dis 2012

CHERAS: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Vietnam yang cuba terjun dari rumahnya dipercayai ingin membunuh diri di Apartmen Casaria, Taman Maluri, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita yang berusia 20-an terbabit turut mengelar kedua-dua tangannya sebelum mahu terjun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.56 petang yang memaklumkan kejadian itu.

“Pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Pudu dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita sedang duduk di tepi tingkat dua apartmen itu.

“Anggota berkenaan meminta mangsa bertenang dan memujuknya supaya tidak terjun dan usaha itu berjaya setengah jam kemudian,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan ke atas wanita terbabit mendapati kedua-dua pergelangan tangannya luka dipercayai dikelar.

“Siasatan di tempat kejadian turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan wanita terbabit,” katanya.

Katanya, wanita terbabit diberi rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, punca wanita itu bertindak demikian masih disiasat.

Thursday 6 December 2012

Kesian mangsa pembedahan plastik

  artis veteran Goldie Hawn



This article was contributed by the STOMP team

Iconic actress Goldie Hawn's latest cosmetic surgery procedure has taken a toll on her looks, as these pictures show.

The 66-year-old star was spotted recently at a Los Angeles airport.

Hawn is best known for her roles in Foul Play and Private Benjamin.

sumber : stomp.com.sg

 sumber

Selangor arah JPJ, syarikat AES tutup kamera

Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sepatutnya dilakukan petang ini, seperti dilaporkan semalam, sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebentar tadi.

Sehubungan itu, kenyataan MPSepang menyebut pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan.

"Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang
telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu.

Sebaliknya katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi.

IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun

Malaysiakini

 
PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.
Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya.