HTML/JavaScript

Monday 30 January 2012

Israel: Dr Mahathir sengaja putar belit, melupakan fakta

Nik Nazmi Nik Ahmad
31 Jan 2012
Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.

Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri.

Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin. Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.

Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka.

*Penulis adalah Pengarah Komunikasi PKR

Bankrap: Pakatan Rakyat tidak tiru cara BN

Harakahdaily, 31 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pakatan Rakyat (PR) sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ini, katanya kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau yang mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang disifatkan boleh menghancurkan negara.
 “Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR,” katanya kepada Harakahdaily.
Jelas Idris, pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi, bukan bertindak secara membabi buta.

Setakat hari ini, ujarnya semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN.
Katanya, Sabah dan Terengganu, walaupun memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.
“Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019  ialah Datuk Seri Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Secara sinis katanya, memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya.
Tambahnya lagi, negara bankrap jika bil elektrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160,000 sebulan dan bil air pula RM31,000 sebulan.
“Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta,” katanya.

Beliau menambah, negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan.
Menurutnya lagi, negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingga negara mengalami kerugian RM28 bilion setahun.
Katanya, negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara.

Contohnya, kata beliau Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta walaupun tanpa baucer.

“Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap,” ujarnya.
Justeru, katanya PR jangan meniru perangai buruk pemimpin Umno BN yang menjahanamkan khazanah negara.
“Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Panas!! VVIP Halang Pengerusi Eksekutif NFCorp Buat Sidang Akhbar

31 Januari, 2012

Sidang akhbar yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang tadi agak kecoh seketika apabila Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh tidak juga muncul untuk memberikan kenyataan akhbar. Sehingga jam 5.30 petang, wartawan dan jurugambar mulai bosan menunggu ketibaan Pengarah Eksekutif NFCorp dan ada yang sudah mahu beredar.

Keadaan kecoh seketika apabila beberapa wartawan mendapat berita dari 'informer' bahawa Wan Shahinur telah ditahan oleh '8 anjing suruhan' selepas menunaikan solat Jumaat. VVIP ini telah mengarahkan '8 anjing suruhan' untuk memberi sepatah dua kata dan pesanan yang amat sulit kepada Wan Shahinur.

GWM terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana pihak media belum tentu akan menerbitkan maklumat ini dalam portal atau akhbar ... Nahas besar bakal menanti! GWM juga menerima berita ini dari rakan-rakan yang hadir untuk sesi taklimat bersama NFCorp.

Sudah ada tanda berlaku campurtangan pihak tertentu mahukan isu ini tidak digali sedalam-dalamnya. Dan GWM sebelum ini pernah mengatakan berlakunya tanda-tanda mahu menjatuhkan karier, imej dan kredibiliti Ketua Wanita UMNO.

Hanya dua portal melaporkan kejadian Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh lewat tiba untuk sesi taklimat bersama NGO terbabit. ~gwm aka pencacai umno
Baca di sini.
Addin :
VVIP mana yang halang buat sidang akhbar tuh? Mai khabar siapa? Siapa yang  buat kecoh? Ke saje-saje buat kecoh je.. media pencacai hang jangan nak cuba nak alih isu yek..

Sumber : Panas!! VVIP Halang Pengerusi Eksekutif NFCorp Buat Sidang Akhbar

Video : Sambutan Hangat Anak Muda Meraikan Ust Azhar Idrus Di Masjid Negeri Shah Alam


Allahuakbar...bangga dengan anak muda.Kebangkitan anak muda bersama Islam,moga terus istiqomah.Kat mana masjid pun mesti dipenuhi anak anak muda kalau time kuliah ustaz azhar Idrus.
Tahniah kepada anak anak muda yang sanggup membelakangkan majlis majlis lagha setiap kali berselisih dengan majlis majlis ilmu spt ini.
Antaranya majlis sambutan tahun baru di I-City & majlis AJL anjuran TV3. Tidak malukah pemimpin2 yang berhabisan puluhan ribu duit menganjurkn majlis2 hiburan kononnya utk menarik golongan remaja??? Sedangkn remaja dahagakan ilmu agama melebihi hiburan.

Pendedahan!!! Inilah Gambar2 Hajjah Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Anugerah Juara Lagu.. Beginikah Pakaian Seorang Artis Muslim Yang Telah Bergelar Hajjah???



gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26

Datuk Siti Nurhaliza (AJL26) dan Angelina Jolie (Golden Globes 2012)

 

USAHA KEJI YANG WAJIB DIKAJI

Monday, January 30, 2012

Komen : RM22,000,000 kos bagi membina 1 kilometer jalanraya? Memang gila betul Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, dan lebih-lebih lagi Perdana Menterinya yang menjadi ketua UMNO Malaysia(Pengerusi Bn dan UMNO). Memeilih syarikay yang ntah apa KPI nya dan kriteria yang ada.
Konsesi selama 60 tahun? RM7,000,000,000 ? Memang PM gila bai ,gila wang untuk keadaan terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kelmarin menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. Syarikat berkenaan juga mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion, bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam. .

Lim juga menuntut kerajaan memberi penjelasan, mengapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan.
Lim turut mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.”
“Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya,”
“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.”

Menurut Lim, rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.

“Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?”
“Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE,” katanya.
“Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS,” tegas Lim.

Menurut Lim, jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?
“Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah,” katanya lagi.
Sumber: The Malaysian Insider

Sunday 29 January 2012

Qazaf: Peguam Anwar bantah hakim, keluar mahkamah

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 30 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.

Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu.
“Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Anwar Ibrahim pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ekoran mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.
Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN.

 Short URL: http://www.keadilandaily.com

Dasar sekular kerajaan punca gejala murtad

Harakahdaily, 30 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 30 Jan: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad  seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah,” kata presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada  punca murtad berlaku.

Menurutnya, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.
Katanya, kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.

Tambahnya, kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook.
Menurutnya lagi, gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam,” katanya kpada Harakahdaily.
Beliau berkata, kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.
Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.
Justeru, ujarnya, Teras juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa itu membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.

Katanya, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad.
Menruutnya, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.
Ujarnya, jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang wujud akan menjadi momokan masyarakat.

Jawantankuasa tersebut juga, ujarnya perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.
Ini, katanya adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.
“Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri  memeluk Islam,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.
“Teras menggesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terutama dari sudut undang-undang,” ujarnya.

Lim Kit Siang : Jika PR Bentuk Kerajaan......Suruhanjaya Diraja Akan Ditubuh Siasat Kondo Lembu

Isnin, 30 Januari 2012

Jika diberi mandate oleh rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru, Pakatan Rakyat akan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal RM336.64 juta “kondo lembu” NFC. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan cadangan beliau untuk mewujudkan RCI sebaik Pakatan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. 
 
Jelasnya, ini adalah kehendak rakyat sendiri yang kian marah dengan lakonan beberapa kerat pemimpin UMNO yang berdolak dalik cuba menutup skandal itu. “Rata-rata rakyat Malaysia menyoal siapa (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin untuk menolak kewujudan RCI sedangkan beliau sendiri, ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang meluluskan projek kontroversi itu pada tahun 2006. “Malah ini menunjukkan konflik kepentingan Muhyiddin sendiri dan beliau sepatutnya tidak layak menyampuk atau berkata-kata langsung berhubung skandal ini,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak di sini semalam. 
 
Tambahnya, Muhyiddin tidak patut memperbodohkan diri semata-mata kerana beliau tidak tahu desakan rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan, kecekapan, dan profesionalisme dalam pengurusan negara. Jelas Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, adalah sangat menyedihkan apabila skandal kondo lembu RM336.64 juta itu telah diperlakukan seperti drama harian tanpa sebarang penyelesaian sehingga hari ini. Katanya, ini juga mendedahkan lagi kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lembik melaksanakan dasar gah beliau yang kononnya mahu memerangi rasuah melalui keterbukaan dan ketelusan yang dicanangkannya di bawah program 1Malaysia. “Jika Najib tak mampu menyelesaikan skandal RM336.64 juta ini, siapa yang akan percaya bahawa beliau ada kekuatan politik melawan korupsi yang telah merugikan negara bertrilion ringgit sejak tahun 2000 hingga 2009?” katanya. 
 
Justeru, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak kira pegangan agama, politik mahu pun kaum yang cintakan negara perlu bersuara dan bersatu dalam PRU13 akan datang agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan kondo lembu itu. –Roketkini.com

Isu Palestin: Media kawalan Umno putar belit kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

DAP: PM perlu jelaskan kontrak 'istimewa' lebuh raya


DAP mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat berhubung projek lebuh raya Banting-Taiping bernilai RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus).

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Najib perlu juga menjelaskan kepada rakyat berhubung “tawaran istimewa” yang diberikan kepada Europlus, termasuk pemberian konsesi selama 60 tahun dan RM2.24 bilion dalam bentuk pinjaman mudah.

Katanya, pembinaan lebuhraya sepanjang 316km itu adalah permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.

“DAP berasa curiga kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam,” kata Lim dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya rakyat perlu tahu dengan jelas tentang projek yang dianugerahkan kepada Europlus itu, termasuk pemberian subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Katanya Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:

1.Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?

2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?

3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?

4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4 peratus serta subsidi faedah 3 peratus untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.

5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?

6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?

7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.

“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Saturday 28 January 2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Abdul Aziz Mustafa, 29 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.
Harakahdaily

Gosip Rosmah di tangan wartawan gay


Sebilangan orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor.

Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seorang gay -- istilah yang dicemuh di negara ini.

Jika seseorang itu pro-kerajaan dan simpati pada Rosmah, dua fakta ini sudah cukup melucutkan kewibawaan maklumat yang disampaikan di harian Sydney Morning Herald minggu lepas.

Mungkin mereka sendiri sudah terlupa atau tidak menyedari bahawa dakwaan liwat Anwar Ibrahim sendiri bermula dari keratan kecil kolum gosip sebuah majalah hiburan popular pada 1997.

NONE Pemimpin majalah itu pula, walaupun bawah payung kumpulan media yang akrab dengan Umno, seorang yang mempunyai orientasi seks tertentu (jika gay tidak sesuai).

Beberapa bulan sebelum buku 50 Dalil muncul pada awal 1998, keratan kecil ini cukup menjadi bahan wartawan memburu berita dengan cuba mengesahkan dakwaan itu daripada mulut perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Lihatlah bagaimana keratan kecil gosip itu berkembang menjadi episod politik yang maha dahsyat dan kes mahkamah yang maha gempar kemudiannya.

Perbandingan ini tidaklah membawa maksud gosip lebih benar daripada buku; atau kes mahkamah Anwar kemudiannya lebih palsu daripada dakwaan Dr Mahathir.

Ia hanya menjelaskan satu unjuran peristiwa bahawa gosip di media -- walau dianggap remeh dan layak dipedulikan oleh orang yang rendah akalnya -- boleh mendatangkan malapetaka politik suatu hari nanti.

Setidak-tidaknya malapetaka kepada Anwar dan penyokongnya -- termasuk pemimpin kumpulan media yang menerbitkan keratan kecil gosip tersebut!

(ii)

Ruangan 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery bukan sahaja membongkar beberapa babak awal tabiat berbelanja Rosmah, ia juga menceritakan ke mana pergi suaminya Najib Abdul Razak dan gelagatnya sewaktu bercuti di kota besar itu.

Dengan dukungan maklumat blog Frockwriter, yang menjadi sandaran Hornery, peminat politik dapat mengintai di sebalik tabir kehidupan santai pasangan pertama negara ini.

Episod ini belum dibahaskan media secukupnya.

Fokus utama setakat ini -- termasuk penjelasan pereka fesyen Carl Kapp -- malah mendedahkan lagi sisi-sisi Rosmah yang sedia dicurigai ramai.

darling hotel sydney australia Reaksi Najib terhadap Kapp dan pereka fesyen Itali kegemaran ahli parlimen Pekan sewaktu berbual di penthouse semahal A$20,000 (RM65,100) semalam belum dibicarakan.

Media sendiri, termasuk Malaysiakini, setakat ini gagal mengesahkan daripada tuan punya badan. Apakah wajar seorang perdana menteri mendapat kemudahan seperti itu dan berapa kerap perbelanjaan dikeluarkan untuk kemudahan seumpamanya?

Jika media gagal mendapatkannya sekarang, mungkin tiba giliran ahli-ahli Dewan Rakyat membangkitkannya dalam persidangan Mac depan.

Kalau gagal juga di Dewan Rakyat, nampaknya hanya si isteri yang bakal menanggung cemuhan sedangkan sang suami yang memegang jawatan awam tertinggi ghaib daripada radar muhasabah rakyat.

Tidakkah ia berat sebelah dan ganjil?

(iii)

Rosmah, sebagai pendamping perdana menteri, sengaja mencari status selebriti.

Sebagai wanita pertama, status itu sepatutnya datang secara alami; bukan direkayasa melalui penampilan berlebihan di media arus perdana.

Namun Rosmah ingin menonjol sebagai ikon besar wanita; bukan sekadar selebriti biasa.

NONE Kadang-kadang imej Rosmah jauh ke depan daripada ketua Wanita BN sendiri, jawatan kanan dalam kerajaan dan parti, sehingga Shahrizat Abdul Jalil kelihatan sekadar bayang-bayang isteri Najib.

Mujurlah muncul isu National Feedlot Corporation (NFC) dan keriuhan projek lembunya di Gemas -- dapatlah menteri berkenaan mencuri perhatian rakyat.

Di awal penonjolannya, Rosmah tidak menyedari ia telah meresahkan media apabila hampir setiap hari akhbar dan TV terpaksa memberitakan kegiatan, foto atau kenyataannya.

Remeh-temeh melayan karenah Rosmah dalam usahanya mendapatkan liputan di media sudah menjadi gosip tidak bertulis di kalangan barisan wartawan arus perdana sejak 2009, awal-awal Najib memegang tampuk kepemimpinan negara.

Penonjolan itu juga sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu luar biasa pengguna media, yang juga pengundi dan rakyat negara ini.

Dan akibatnya -- seperti lumrah nasib semua manusia yang berkuasa, terkenal dan elitis -- ikon ini menjadi sasaran intipan dan umpatan ramai, termasuk ahli politik dan media.

Semakin besar penonjolannya, semakin ghairah pula rakyat bawahan ingin menyelak misteri kekuasaan, keelitan dan pengaruh Rosmah. Ibarat selebriti Barat dengan paparazzinya!

Jadi media, sebagai saluran popular komunikasi antara elit dan rakyat bawahan, tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memburu dan terus memburu ikon besar itu.

Sehingga? Sehingga ia lenyap daripada radar awam dan ikon atau selebriti baru pula muncul.


Fathi Aris Omar bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini

Anwar dakwa kenyataan tentang Israel diputar belit

Malaysiakini
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

"Pendirian PKR adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilapor meminta Anwar memberi penjelasan tentang dakwaan memberi komitmen untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh Wall Street Journal.

Muhyiddin menimbulkan persoalan sama ada Anwar mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Muar semalam.

Dalam kenyataan balasnya, Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

"Ternyata dari kenyataan menteri luar negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi," katanya.

Friday 27 January 2012

Kantoi!! Anwar Tidak Berada Di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011!!!

Video seks terbaru keluaran Dato T



Penipuan Dato T, Anwar Berada Di Indonesia Bukan Bangkok

PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?

Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!

Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.

Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.
 -suarapakatanrakyat



KEADILAN: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru

KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas dakwaan salah seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.
Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.
"Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat," ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka  salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.
Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl  Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.
Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Jan 27 2012 / Keadilan Daily

Warta Jingga : Kalau bukan DSAI dalam video tersebut... siapa agaknya yer? Polis tak nak siasat & tangkap ke orang yang buat dan sebarkan fitnah ni? Ini bukan kali pertama!

Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.
"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.
Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.
  
Beliau yang juga presidennya Umno berkata ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir .
  
"Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika.
  
"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutamanya dalam parti besar...ini bukan perkara baru. Mesti ada kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.
  
"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,"
 katanya .

Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku dalam parti.

"Kita tak nak berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah berlaku...jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan. Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa kepada jawatankuasa," katanya.
  
Mengenai persiapan parti menghadapi PRU ke-13, Najib berkata jentera parti berada dalam keadaan bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya.
  
Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan
 mengenai keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada menerima bantuan tersebut.
  
Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah erpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.
  
Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua pegawai dan kakitangan awam.Malaysiakini

Syarikat NFC 'sangat terjejas' bila aset dibeku, kata pegawainya


Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkata operasi syarikat tersebut "amat terjejas" apabila kontroversi berhubung projek National Feedlot Centre timbul.

Katanya, pengarah eksekutif syarikat itu, Wan Shahinur Izmir Salleh terpaksa banyak menghabiskan masa apabila disiasat polis dan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih mendatangkan masalah ialah apabila kerajaan bertindak membekukan aset syarikat NFC yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Operasi masih berjalan, jadi apabila pembekal minta bayaran tunai, macam mana nak bayar. Jadi memang terjejas sangat," katanya ketika sesi taklimat bersama kumpulan NGO Melayu di Kampung Baru, hari ini.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang atas satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Katanya, kenyataan itu telah menjelaskan kekeliruan bahawa syarikat NFC merupakan syarikat persendirian dan merupakan entiti berbeza daripada projek NFC.
"Tapi yang payahnya nak jawab (dakwaan yang timbul) dalam blog ini.

"Jadi kita kena jumpa semua pemimpin masyarakat untuk beri penjelasan," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, projek NFC itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan orang Melayu.

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam perusahaan restoran Meatworks yang juga diusahakan keluarga Shahrizat.

Dalam pada itu, satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.
Malaysiakini 

Ikat Isteri di Tempat Tidur, Lelaki Ini Didenda SGD2 ribu

 Aulia Akbar

okezone.com
Ilustrasi : Straits Times
Ilustrasi : Straits Times
SINGAPURA - Seorang lelaki terpaksa didenda sebesar SGD2 ribu   kerana mengikat isterinya di katil tempat tidur. Motif lelaki itu disebabkan     isterinya tidak bersedia untuk mendengarkan cakapnya.

Mohd Hanif Abdullah tengah berkelahi dengan isterinya dan memutuskan untuk bercerai. MTetapi , isteri Hanif mengabaikannya dan tidak mendengarkan perkataan suaminya. Hanif pun dikhabarkan mengikat isterinya di kerangka tempat tidurnya.

Pada saat yang sama, puteri sulung dari kedua pasangan suami isteri  itu mendengar perdebatan antara kedua orangtuanya dan melaporkan  kepada polis .

Hari ini, Hanif pun  diseret ke mahkamah dan didenda  SGD2 ribu  kerana melakukan kekerasan terhadap isterinya. Tindakan Hanif juga dianggap melanggar hukum kerana mengganggu nyawa  isterinya. Demikian seperti diberitakan the Straits Time, Jumaat (27/1/2012).

Lelaki pengangguran berusia 46 tahun itu akhirnya mengakui perbuatannya yang mengikat isterinya di tempat tidur dan menanamkan rasa trauma kepada isterinya sendiri.(AUL)

Gempar!! Bekas Ketua Polis Daerah Dedah Kejahatan UMNO


Posted by Addin at 1/27/2012

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar (gambar) berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa negara ini kepada pemerintahan Islam.

“Saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah, “bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujarnya.
Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara. Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
“Sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, Dato’ Seri Najib Razak.
Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.~bps

Ibu Dan Anak Melekat Hingga Mati Akibat Berzina

Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup
sumber:nolovesca11

KONDO SIAPA SATU LAGI DI SINGAPURA?

Jumaat, 27 Januari 2012

PROJEK TIDAK GAGAL - INI BUKTI




SIAPA PUNYA SATU LAGI



PROJEK NFC TIDAK GAGAL :NOH OMAR – mStar

KUALA SELANGOR: Penjelasan Ketua Audit Negarari Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani i Noh Omar.

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya.tukar tiub

Jumlah ‘suri rumah’ lelaki di Britain meningkat tiga kali ganda

LONDON: Jumlah suami yang menjaga rumah tangga di Britain meningkat lebih tiga kali ganda sejak 15 tahun lalu, kata satu kajian dijalankan agensi kerajaan.
Menurut media, tahun lalu seramai 62,000 lelaki dianggap “tidak aktif secara ekonomi” ketika pasangan masing-masing keluar bekerja.

Pada 1996, jumlah lelaki seumpama itu hanya seramai 21,000 orang.
Ia juga menunjukkan, kira-kira 1.4 juta lelaki di seluruh Britain memegang peranan utama sebagai penjaga anak-anak.

Kaji selidik Pejabat Statistik Kebangsaan dikumpul untuk majalah The Spectator itu tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan berkurangan.

Ramai percaya satu daripada punca keadaan itu berlaku disebabkan perubahan sikap masyarakat terhadap peranan lelaki dan wanita.

Ketika ini, sebahagian besar golongan bapa gembira melepaskan peranan tradisi mereka sebagai pencari nafkah utama, sebaliknya mengambil tanggungjawab menjaga rumah tangga.

Ketua dasar kekeluargaan kumpulan pemikir Civitas, Anastasia de Waal, berkata beberapa dekad lalu pandangan bahawa lelaki menjadi pencari rezeki utama begitu kukuh.
“Ia kini berubah apabila lelaki lebih selesa menjaga rumah tangga,” katanya.

Keputusan kaji selidik itu juga menyatakan, jumlah lelaki tidak bekerja itu tidak termasuk golongan penulis atau seniman bebas yang bekerja di rumah.

Satu lagi kaji selidik terbaru menyatakan, jumlah bapa yang menjaga anak-anak meningkat 10 kali ganda - atau seramai 1.4 juta orang - berbanding sedekad lalu. Di kalangan bapa yang tidak bekerja itu, 43 peratus berkata, mereka berasa bertuah kerana berpeluang tinggal di rumah dan membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, 46 peratus pula berkata, keputusan menjadi penjaga anak-anak dibuat bagi membolehkan penyumbang utama ekonomi keluarga terus bekerja.

Kaji selidik sama menyatakan, pertukaran tanggungjawab menjaga rumah dan anak-anak itu menyebabkan hampir seorang bagi setiap lima bapa berasa mereka “kurang jantan,” manakala kira-kira seorang daripada setiap lapan bapa mengaku tugas di rumah jauh lebih sukar berbanding bekerja di luar.

Kumpulan bapa itu berharap dapat memperoleh pendapatan lebih tinggi supaya mereka boleh mengambil alih tugas mencari rezeki di luar daripada pasangan masing-masing.

Ketika wanita kini mampu menyara keluarga, satu per tiga daripada mereka berasa bersalah kerana keluar bekerja dan meninggalkan anak masing-masing di bawah jangan pasangan mereka. - DM

Wednesday 25 January 2012

ANAK dakwa Felda defisit 1.2b jika pajak tanah pada FGV


Pakar ekonomi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) Dr Rosli Yaacop mendakwa Felda akan mengalami defisit pendapatan kira-kira RM1.2 bilion dalam perjanjian Felda jika memajak tanah kepada Felda Global Venture dalam usaha penyenaraian syarikat itu di Bursa Saham Malaysia.

Katanya, berdasarkan perbelanjaan Felda pada tahun 2010 adalah kira-kira RM 2 bilion, tetapi mendapat pendapatan hasil pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan RM508 juta hasil keuntungan penjualan buah kelapa sawit segar.

"Kalau pendapatan kurang, tetapi perbelanjaan tinggi, kita mengalami defisit pendapatan.

"Felda nak ambil mana duit (yang selebihnya)... Felda tak mampu. Ini akan merugikan Felda dan rakyat akan menanggungnya.

"Sebab itu ia salah satu sebab mengapa kita menentang penyenaraian ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam dalam satu sidang media hari ini.

Selain itu, Dr Rosli mendakwa dengan perjanjian itu juga, Felda akan kehilangan kuasa terhadap tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Plantation.

"Segala kuasa untuk mengurus (tanah) diserahkan bulat-bulat kepada Felda Global Venture.

"Tunggak (kuasa) dalam organisasi Felda, sebaik sahaja ditandatanagni, akan berpindah kepada FGV... (bagai) kepada datuk kepada cucu," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan hari ini mendedahkan isi perjanjian antara Felda dan Felda Global Venture (FGV) yang disifatkannya sebagai "tidak adil dan berat sebelah" dalam usaha penyenaraian syarikat tersebut di Bursa Saham Malaysia.

Katanya,  pendedahan itu dibuat selepas cadangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut, tidak boleh diterima oleh kerajaan, selepas NGO tersebut memberi masa yang cukup untuk kerajaan menimbang hasrat untuk berbuat demikian.

Katanya, jika perjanjian itu ditandatangani, institusi tanah itu akan menjadi "simbol atau patung dan tidak ada kekuatannya lagi".

"Segala urusniaga akan ditandatangani oleh Felda Global Venture. Apa keistimewaan FGV sehingga mendapat kenikmatan aman sentosa.

"Macam tu sekali tingginya martabat Felda Global Venture," katanya.

Beliau turut mengedarkan kepada media, isi-isi terma-terma komersil dalam perjanjian tersebut.

"Kalau kami dianggap pengkhianat, membocorkan kandungan perjanjian ini, Gerakan Selamatkan Felda sedia menghadapi risiko.

"Kita sedia berdebat, dan akan menampilkan ahli panel, dan menentang apa yang kami sifatkan sebagai satu tindakan membunuh institusi  orang Melayu," tegasnya

Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam.

Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat.
(Hanya nama Najib yang naik ratingnya...yang lain-lain merudum)

Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum.

"Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku.

Menurut beliau yang bertanding dalam sebuah Dun tetapi kalah dalam pilihan raya umum 2008 lalu, pelbagai kajian menunjukkan populariti Najib meningkat hatta melampaui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, nama timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin terus menjunam ke belakang.

Beliau memberikan contoh bagaimana Najib mengendalikan isu NFC - National Feedlot Centre - di mana Najib menyerahkan isu ini untuk dikendalikan Muhyidin dan Datuk Seri Noh Omar.
(Muhyidin sedang menerima pelbagai tekanan sejak akhir-akhir ini)

Padahal, katanya, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Impak Besar (High Impak Comitte) yang meluluskan projek ini.
Ada juga yang mempertikaikan kenapa Najib tidak menghalang laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan NFC ketika dia menerima laporan tentang projek NFC yang bermasalah pada tahun 2010 lalu.
Selain Muhyidin, turut menghadapi masalah di zaman Najib adalah parti-parti komponen BN khasnya MCA, Gerakan dan MIC.
"Dari 15 kerusi Parlimen yang dimenangi MCA sekarang, hanya 7-8 kerusi sahaja yang selamat dalam pilihan raya umum akan datang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
Antara agensi yang dirujuk menaikkan nama Najib adalah Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communications Team - NCT) dan pasukan penasihat luar negara termasuk Apco.

NCT yang kini beroperasi di Bangsar, selepas berpejabat di The Garden, ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ketuanya yang pertama adalah Jalil Hamid, bekas Timbalan Ketua Biro Reuters di Kuala Lumpur. Kini Jalil mengetuai NST apabila Najib bimbang kalau-kalau petugas NST mengkhianati beliau di sana.

Pengganti beliau adalah Sufi Yusuff, bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir yang masih bertugas dengan Tun hingga kini.

Di samping itu, NCT juga mempunyai Datuk Khalid Mohamad, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang kini adalah Penasihat NCT.

Di sinilah juga terletaknya beberapa wartawan veteran yang dilantik sebagai konsultan dan pegawai penyelidik.

Peranan NCT adalah untuk memastikan nama baik kerajaan terbela, namun peranan yang selalu mereka jalankan adalah nama baik Najib selaku Perdana Menteri.

Ini menyebabkan mereka tidak tahu, kepada siapakah mereka bertugas...kepada negara atau kepada peribadi perdana menteri Najib.
Klik untuk contoh strategi yang dirancang NCT.

Tuesday 24 January 2012

UMNO YAKIN TAWAN KELANTAN TAPI DENGAN CARA KHURAFAT INI.........Saksikan


\
Najib tepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan

KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. 

Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada jam 11.50 pagi ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd Fatmi di Jalan Hospital di sini.

Sementara itu, Halimah berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Beliau berkata, kemudahan itu akan dapat melancarkan lagi kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negeri.
"Sebelum ini, Wanita UMNO menggunakan kenderaan sendiri termasuk untuk masuk ke kampung bagi mendekati rakyat dan membantu meringankan beban mereka," katanya.

Beliau berharap dengan adanya van berkenaan, ahli pergerakan itu akan lebih gigih lagi mendekati dan memberi bantuan kepada rakyat. - BERNAMA

Garis Panduan Hukum Khurafat Dan Azimat

Akidah
Tarikh Keputusan: 5 Jul, 2011

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2011 yang bersidang pada 4 Sya’aban 1432H bersamaan 5 Julai 2011 sebulat suara bersetuju dengan Garis Panduan Hukum Khurafat dan Azimat seperti berikut :

....
c) Antrara bentuk-bentuk khurafat adalah seperti berikut:

  • Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya;
  • Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;
  • Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya;
  • Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi, bersemah, membuang ancak ke sungai dan laut dan sebagainya;
  • Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya seperti tidak melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala dan sebagainya;
Ulasan GB

Apa cerita Jamil Khir yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal agama di dalam UMNO dan kabinet? Mana mufti-mufti? Mana sekalian para ustadz dan ulamak dalam UMNO?

Mahu share juga ker dalam bab khurafat yang terpampang jelas dilakukan oleh PM?

Kebenaran terdedah jua: bahawa Najib dan UMNO masih terkongkong dengan amalan-amalan khurafatnya, lagi mahu bising cakap pasal Islam dan wasatiah.

Wasatiah Najib dan UMNO membolehkan kerja-kerja khurafat dan syirik di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan

Teks dan foto: Salmah Mat Husain,   Harakahdaily 24 Jan 2012

KOTA BHARU 
: Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya ‘Paling Comel’ bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.

“Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,”ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara  tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012  di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.

Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.

“Tak adalah saya nak ‘control’ sangat macam sebelum ni, sebab semuanya wanita, sound sistempun wanita, begitu juga keselamatan terdiri dari kaum wanita,”ujarnya.

Beliau juga turut teruja dengan penonton wanita Kelantan yang begitu ‘sporting’ apabila turut menyanyi bersamanya.

Sempena persembahannya, beliau mendendangkan enam buah lagu termasuk lagu hitnya ‘paling comel’.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan Kelantan kerana sudi mengundangnya dan berhasrat untuk datang lagi sekiranya diundang.

Bukan kerana trend

Menyentuh tentang penghijrahannya yang kini imej bertudung beliau berkata ianya bermula akhir Ramadan tahun lalu.

Nana bagaimanapun menolak imejnya itu ada kaitan dengan trend artis kini yang semakin ramai bertudung.

Sambungnya, apa yang berlaku kerana keinsafan diri bersesuaian dengan usia semakin hari semakin bertambah.

“Jadi saya perlu memberi contoh yang baik untuk anak tunggal saya yang kini berusia empat tahun,”ujarnya.

Nana yang mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak tahun 1999 kini telah berjaya menghasilkan enam album, termasuk dua album duetnya.