HTML/JavaScript

Monday, 18 June 2012

Fakta! Polis mohon bantuan Google 4 kali sehari


KERAJAAN dan pihak polis dilaporkan memohon bantuan daripada Google sekurang-kurangnya 4 kali sehari berhubung siasatan jenayah yang berlaku di Britain, ia merupakan angka baru yang didedahkan.

Enjin pencarian internet itu menerima 1,455 permohonan terhadap data dari Jun sehingga Disember 2011, dan kebanyakkannya berkaitan dengan siasatan jenayah.

Terdapat juga 49 permohonan untuk membuang kandungan di laman sesawang bagi pihak kerajaan dan pihak polis dalam jangka waktu yang sama.




Angka itu menunjukkan peningkatan 22 peratus berbanding jangka masa yang sama tahun lalu sekaligus menunjukkan peningkatan jumlah data yang dikumpul oleh oleh pihak berkuasa tanpa pengetahuan rakyat.

Meskipun begitu, Google enggan mendedahkan secara khusus pihak berkuasa manakah yang membuat permohonan-permohonan tersebut dan apakah yang mereka cari.

Hanya satu contoh yang diberikan dengan butiran yang agak khusus iaitu satu permintaan daripada pihak polis untuk membuang 5 akaun pengguna di YouTube kerana dikatakan menggalakkan keganasan.

Ini membayangkan kepada kita bahawa, pihak berkuasa di Malaysia juga saling tak tumpah melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh pihak berkuasa luar negara untuk mengesan pelbagai data di internet dengan bantuan Google.

Di dalam hal yang melibatkan politik, penguasa dilihat begitu cenderung menggunakan taktik begini untuk kepentingan politik mereka.

Sumber: Free Malays

PSC: Hantar sisa keluar M'sia jika tiada kajian kitar semula

  • Nigel Aw
  • malaysiakini Jun 19 2012
 
Jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) berhubung loji Lynas mengesyorkan supaya syarikat tersebut menghantar bahan buangannya keluar dari Malaysia sekiranya tidak dapat mengemukakan laporan kajian untuk mengitar semula sisa itu.

Syarikat itu juga disyorkan berbuat demikian sekiranya tidak dapat mewujudkan kawasan untuk pembuangan kekal, menurut laporan yang dikemukakan ke Parlimen semalam.

Syor berkenaan dibuat berdasarkan jaminan oleh syarikat berkenaan untuk membawa keluar sisanya daripada negara ini sekiranya perlu berbuat demikian, menurut laporan yang dikenakan embargo sehingga jam 10.30 pagi ini.

Jawatankuasa itu maklum bahawa syarikat Lynas Corporation Ltd, Australia, dan Lynas Malaysia Sdn Bhd menyatakan komitmen mereka untuk membawa keluar sisa berkenaan dari negara ini, menurut laporan PSC yang memetik surat syarikat tersebut, masing-masing bertarikh 23 Februari dan 6 Mac.

Surat bertarikh 23 Februari oleh pengerusi eksekutif Lynas Corporation Ltd, Nicholas Curtis dan dialamatkan kepada ketua pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan itu dilampirkan dalam laporan tersebut.

Surat itu menyatakan bahawa Lynas Corporation Australia memberi sepenuh janjinya untuk membuang semua sisanya yang dihasilkan daripada loji Lamp di Gebeng, Kuantan daripada negara ini, untuk sepanjang tempoh lesen beroperasi sementara (TOL).

Cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 31 syor yang digariskan dalam laporan tersebut selepas PSC, yang dibentuk pada 20 Mac, menyiapkan kerja mereka selepas pendengaran awam di Kuantan dan Kuala Lumpur.

Pelan dan lokasi untuk pusat pembuangan kekal tersebut, menurut PSC, perlu dikemukakan dalam tempoh 10 bulan selepas TOL dikeluarkan.

Adakah ulama luar tahu kepincangan negara?

Harakahdaily, 19 Jun 2012
KUALA LUMPUR: “Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat ‘bomoh’ (ulama)  luar setelah ‘bomoh’ dalam tidak boleh pakai,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya seperti yang dijangka, ‘Seminar Feqh Mentaati Pemimpin’ telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini.

Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini.

“Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulama daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang khianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara.

“Apakah ulama  ini mengetahui kepincangan dalam pilihan raya di negara ini?” soalnya dalam satu kenyataan.

Satu lagi persoalan yang timbul, ujarnya ulama yang datang ke seminar itu adakah mereka berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik.

“Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Palestin?” soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.

“Kita mengharapkan kepada ulama ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak,” katanya lagi.

Budak Melayu Tiada Kerakyatan,kanak-kanak 11 tahun akan saman JPN

Posted by Cikgu Din on Monday, June 18, 2012 

 Datuk adik Muaamar berusia 11 tahun datang dari Pulau Pinang mengadu hal dan meminta hebahkan perjuangan beliau untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kerakyatan untuk cucunya Muamar.
 Puan Rohaida bin Mohamad ibu  adik Muamar 11 tahun ,yang membuktikan ibu dia, rakyat Malaysia.

 Muamar Bukhari Abdullah telah dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai kemudahan seperti sekolah dan rawatan kesihatan.
Perjuangan Muamar Bukhari Abdullah  .

Saturday, 16 June 2012

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda


  • Hazlan Zakaria
  • malaysiakini  Jun 16 2012
 
Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu
sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

Kanak-kanak tujuh tahun maut tertembak diri sendiri

sinar harian
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 Jun 2012
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol yang disangka mainan di Jalan Melor, Ketereh di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

Sementara bapa saudaranya berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.

"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya. Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Ketereh yang terletak berhampiran tempat kejadian," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.

Beli MP Pakatan: Khalid sahut cabaran Zamil

Harakahdaily

Anis Nazri, 16 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak' rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen' yang turut wujud dalam rakaman tersebut.

"Tiada masalah, kita memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut.  Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran yang dikemukakan Zamil yang meminta beliau mendedahkan lebih banyak rakaman video berkenaan isu tersebut.

Sebelum ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendedahkan rakaman video yang menunjukkan berlakunya 'pembelian' anggota parlimen pembangkang membabitkan Zamil yang dikatakan menjadi 'agen Umno'.

Mengulas lanjut, Khalid berkata kenyataan balas Zamil berhubung pendedahan video tersebut menunjukkan beliau mengakui terbabit dengan beberapa siri pertemuan dengan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Secara tidak langsung, dia telahpun mengakui terlibat dengan beberapa pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sejak bila dia menjadi kaunselor untuk BN, dia kena jelaskanlah," tegas Khalid.

Mengulas permintaan Zamil kepada beliau untuk menjelaskan tentang pertemuan mereka dua tahun lepas, di sebuah restoran Cina di Kajang, Khalid secara sinikal berkata pertemuan tersebut tidak ada dalam ingatannya.

"Seingat saya, tidak ada pertemuan antara saya dengan dia.  Saya pun tidak pernah mengenali dia, tidak pernah berjumpa dengan dia. Kalau betul ada, saya minta Zamil sendiri dedahkanlah butirannya.  Seingat saya, memang tidak ada (pertemuan)," tegas beliau.