20 May 2013
mutaligat
Menteri Komunikasi
dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat
tidak mendapat liputan dalam media massa kerana gabungan parti
berkenaan menurutnya masih mendapat tempat di media baru.
"Sebenarnya ini tidak benar (pembangkang tak diberikan akses kepada media) kerana, terbukti sebenarnya mereka dapat akses.
"Cuma sekarang ini hanya berkaitan dengan akses media (tradisional). Semakin lama peranannya semakin terbatas.
"Tetapi media baru adalah satu media yang berkembang dan boleh digunakan
oleh sesiapa sahaja. Dan mahu tak mahu mesti mengakui bahwa sebenarnya
mereka (pembangkang) boleh akses pada media baru," katanya.
Menteri yang dahulunya penganut Parti Melayu Semangat 46 ini sebenarnya
tidak sedar bahawa RTM itu adalah agensi kerajaan yang dibiayai dengan
duit rakyat. Malangnya Umno dan BN buat RTM macam harta mereka sendiri.
Mereka bebas melakukan apa sahaja kerja tidak kira hala atau haram.
Malang sungguh Malaysia mempunyai menteri yang pemikiran sama macam
menteri di era 50-an dan 60-an dahulu.
Macamana negara dan rakyat hendak maju kalau minda menteri pun sama dengan minda JKKK.
Dalam sidang media sama, Shabery berkata, kerajaan memberi kebebasan dan
tidak mengadakan tapisan terhadap media baru seperti di negara lain.
Jelasnya, walaupun ada sesetengah negara yang mengharamkan penggunaan
laman Facebook dan membuat tapisan pada kandungan media baru, perkara
itu tidak akan terjadi di negara ini.
"Negara kita tak ada (sekatan ke atas media baru). Itu adalah bukti yang
paling besar bahawa kebebasan bersuara sudah pun ada dan sudah
diamalkan dalam negara kita.
"Mungkin tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya asas itu penting dan patut dihargai," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis
penyerahan tugas oleh Datuk Seri Rais Yatim di Putrajaya hari ini.
No comments:
Post a Comment