Sekurang-kurangnya
15 terbunuh di Kaherah, menurut sumber perubatan, dan Ikhwanul Muslimin
mendakwa tembakan dilepas kepada penyokong presiden yang digulingkan
Mohamed Morsi dekat bangunan tentera tempat beliau ditahan.
Pertumpahan darah itu sekali gus merumitkan lagi krisis politik Mesir, meningkatkan bantahan terhadap penggulingan Morsi oleh tentera Rabu lalu selepas demonstrasi besar menuntut pengundurannya, yang dianggap kudeta oleh Ikhwan.
Menurut tentera, "kumpulan pengganas" cuba menyerang kawasan tentera Pengawal Republik menyebabkan seorang pegawainya dibunuh dan 40 lagi cedera.
Tentera membalas tembakan selepas diserang penyerang bersenjata, menurut sumber tentera.
Jurucakap rasmi Ikhwan Gehad El-Haddad, yang bersama-sama peserta duduk bantah di masjid berdekatan berkata, 37 penyokong Morsi terbunuh.
Katanya, tembakan dilepaskan sejak awal pagi ketika umat Islam bersolat dan duduk secara aman di luar berek Pengawal Republik.
"Kami mengajak semua rakyat Mesir yang patriotik dan berani untuk menyertai kami... duduk bagi mempertahankan negara ini daripada kudeta tentera oleh pengkhianat yang berkomplot," katanya melalui pesanan Twitter.

No comments:
Post a Comment