Pemuda
Umno menyifatkan sebagai tidak wajar cadangan untuk menyenarai peminjam
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di
bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pinjaman PTPTN adalah satu keperluan kepada golongan pelajar dan berbeza dengan pinjaman berasaskan pilihan peribadi seperti kad kredit dan kenderaan.
"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi.
"Dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma atau ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Beliau mengulas cadangan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam untuk melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menerusi pendekatan itu, Idris berkata peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.
Khairy berkata kerajaan sepatutnya menggunapakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam yang masih ingkar.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu dan pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam PTPTN.
"Pada masa sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada PTPTN," katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment