20 Nov 2013
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Bagan Serai: “Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba
dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,”
kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat
lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din,
55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan
sebatang kayu.
Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya
sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.
MOHD Ishak cedera teruk selepas dibelasah.
“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.myMetro
No comments:
Post a Comment