HTML/JavaScript

Wednesday, 31 October 2012

Royalti minyak: Najib perlu adil, kata Kelantan

Wartawan Sinar Harian
1 November 2012
Husam
Husam bersama lakaran sempadan yang menunjukkan telaga minyak dan gas berada dalam perairan Kelantan. Foto:KHIRU SHALLEH
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku adil terhadap tuntutan royalti minyak negeri itu sama seperti yang diputuskan bagi Pahang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjangkakan Pahang menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun ada perkara positif.

Husam turut memuji tindakan Najib itu dan menyifatkan ia satu perkara menarik kerana dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri tanpa menunggu keputusan Jawatankuasa Bayaran Royalti yang ditubuhkan Ogos lalu.

“Ini menunjukkan kuasa Perdana Menteri mengatasi jawatankuasa tersebut. Jadi kita mengharapkan Najib menggunakan kuasa itu dalam kes tuntutan royalti melibatkan hak rakyat negeri ini.

“Dalam kegembiraan untuk Pahang, kita berharap Kelantan tidak didiskriminasikan dan beliau boleh terus umum berapa bayaran patut diterima,” katanya semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menegaskan dengan kuasa yang ada itu, Najib boleh mengumumkan jumlah sepatutnya diterima oleh negeri ini tanpa berlengah-lengah lagi.

Dalam pada itu, Husam juga memberitahu, rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam PM 307 yang mempunyai potensi berkenaan adalah 100 peratus berada dalam perairan Terengganu.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan mengapa hanya Pahang mendapat dan adakah ia tidak akan menjejaskan hak Terengganu.

Pengadil EPL nafi rasis, aibkan pemain Chelsea

Wartawan Sinar Harian
1 November 2012
Mark Clattenburg, John Obi Mikel, Ramires
Clattenburg (tengah) dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada Mikel (kiri).
PENGADIL Liga Perdana Inggeris (EPL), Mark Clattenburg menolak dakwaan mengatakan telah mencaci dua pemain Chelsea dengan kata-kata berbaur perkauman sambil menegaskan bahawa diia bukan seorang rasis.

“Saya bukan rasis. Saya tidak tahu kenapa timbul tuduhan yang tidak munasabah ini.

"Sedangkan, saya tidak pernah menggunakan perkata sedemikian," kata Clattenburg.

Baru-baru ini, pemain-pemain Chelsea mendakwa Clattenburg menggunakan 'kata-kata kesat' terhadap John Obi Mikel dan Juan Mata.

Sehubungan itu, Clattenburg berdepan dengan siasatan polis dan Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung kelakuannya ketika perlawanan Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge, Ahad lalu yang menyaksikan pasukan pelawat menang 3-2 dalam penuh kontroversi.

Dalam pada itu,Clattenburg yang berusia 37 tahun turut menegaskan bahawa tidak mungkin beliau akan melakukan perkara yang boleh mengugat reputasinya sebagai pengadil.

“Tidak mungkin saya akan katakan apa yang mereka dakwa. Tiada apa yang tidak elok keluar dari mulut saya, sememangnya tiada.

“Saya tidak buat salah dan saya akan pertahan diri saya habis-habisan," kata beliau lagi.

Bekas Ketua Polis Balai dituduh rogol gadis

sinarharian 
1 November 2012
Mahmad Bidin
Tertuduh yang menutup mukanya dengan pakaian meninggalkan mahkamah selepas menjelaskan denda berkenaan, semalam.
 
KOTA BHARU – Seorang bekas ketua polis balai di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.
“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya.

Monday, 29 October 2012

Suami, isteri berebut hak jaga 12 embrio

29 Okt 2012

myMetro
SINGAPURA: Sepasang suami isteri yang merujuk masalah mereka ke mahkamah bukan saja berebutkan hak penjagaan anak-anak, malah 12 embrio beku yang dimiliki mereka.
Dalam penghakiman pertama seumpamanya itu, hakim Mahkamah Keluarga memberikan hak penjagaan embrio berkenaan kepada si isteri.

Menteri Undang-undang dan Peguam Negara enggan memberi sebarang komen.

Beberapa peguam berkata, tiada undang-undang khusus setakat ini di Singapura bagi memutuskan isu embrio dalam kes perceraian.

Mereka mendakwa, kes itu adalah yang pertama kali dirujuk ke mahkamah. Si isteri memperoleh embrio berkenaan hasil rawatan di klinik kesuburan pada 18 Oktober dan melalui prosedur keagamaan Kristian khas, ia “dikebumikan” dan ditempatkan dalam bekas khas. Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun yang diperoleh secara proses semula jadi.

Usaha mereka mendapatkan anak kedua pula sentiasa gagal.

Penggunaan Komputer Teraneh Di Dunia

29 Okt 2012

Kita boleh lihat fotonya langsung di bawah ini :
Sumber 
 sumber

Terbaik . S'gor bina lebih 6000 rumah kos rendah sejak 2008

Harakahdaily, 29 Okt 2012
SHAH ALAM: Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Kesemuanya adalah berjumlah 6,000 buah rumah.

Sementara itu, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi derah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Menurut Iskandar, fakta itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

"Cara yang terbaik bagi Kerajaan Negeri untuk menjawab tohmahan-tohmahan ini adalah melalui fakta-fakta. Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ianya ternyata tidak benar.

"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta-fakta yang sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Tuesday, 23 October 2012

Maha Suci Allah, Ada Seorang Ibu Melahirkan 11 Bayi Sekaligus

  (jelajahunik.us)Apabila Allah berkehendak maka apa saj bisa terjadi. Karena segala sesuatu yang terjadi di alam semesta jagat raya pasti tidak terlepas dari kehendakNya. Percayalah kita semua terhadapNya. Apa itu ? seorang ibu melahirkan 11 bayi sekaligus. Dengan peristiwa ini maka wanita India tersebut berhasil memecahkan rekor dunia setelah ia melahirkan untuk sebelas bayi sekaligus. Maha besar Allah.
Berita ini dirilis beberapa bulan yang lalu tepatnya pada hari senin, 6 februari 2012 - 16.30 oleh:Mohamed Gabal. Bahwa ada Seorang perempuan India disampaikan melahirkan sebelas bayi sekaligus di dalam sebuah rumah sakit India dan keadaan ibu setelah operasi dalam baik-baik saja.

Kita berdoa Semoga anak dan ibunya akan selamat dan bersyukur atas pemberian Allah SWT.