HTML/JavaScript

Monday 9 July 2012

Menteri pelancongan tak kesal dengan isu PR Australia


  • Kow Gah Chie
  • malaysiakini  Jul 9 2012
 
Naib Presiden MCA Datuk Seri Ng Yen Yen hari ini menyuarakan kebanggaannya atas keputusan mendapatkan taraf penduduk sementara (PR) di Australia 17 tahun lalu demi pendidikan anaknya.

"Saya ke Australia untuk pendidikan anak saya. Saya bangga anak saya kini peguam yang berjaya. Saya tidak menyesal," kata Ng yang juga menteri pelancongan.

NONEDalam sidang media di ibu negara hari ini, Ng berkata, beliau memohon taraf PR sekitar tahun 90-an tetapi melepaskannya pada 1995 apabila anak lelakinya tamat belajar.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam debatnya dengan Presiden MCA Lim Guan Eng semalam, bahawa bukan semua rakyat Malaysia boleh mendapat status PR di Australia.

Walaupun Lim tidak menamakannya secara langsung, Ng berkata, beliau tampil menjelaskan bagi mengelakkan salah faham.

Menyentuh debat semalam, Ng berkata Lim kurang visi dan dasar serta mengelak menjawab soalan dalam debat itu.

"Ini sikap tipikal Guan Eng. Dia lari daripada isu dan mengorek kembali apa yang berlaku 20 tahun lalu," katanya.

No comments:

Post a Comment