'Patut ada pemantau bahasa bebas macam kami'
WAWANCARA Gabungan Penulis Nasional (Gapena)
akan melakukan pemantauan bahasa sebagai sebahagian usaha memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ketua Satu Gapena, Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, mereka tetap menubuhkan majlis pemantauan sendiri walaupun tugas hampir sama dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Dari segi memantau bahasa dia (DBP) ada audit bahasa tapi bagi kami kami patut ada majlis pemantau, (kerana) kami bebas....
"DBP buat (kerja) tak betul, kita boleh pantau (perkara sama)," kata Dr Abdul Latif dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya lagi, pemantauan itu akan meliputi khidmat nasihat dan bukannya kuasa untuk menghukum mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
"Buat masa sekarang tiada cadangan untuk bagi kuasa penguatkuasaan, kita buat kempen dahulu. Berdasarkan penilaian kita akan beri bimbingan," kata profesor pengajian media di Universiti Pendidikan Sultan Idris itu.
Kecewa pada media Melayu
Pada masa sama, beliau turut melahirkan kekecewaannya terhadap sesetengah media berbahasa Melayu yang kelihatan seperti tidak menyokong usaha pendaulatan bahasa yang dilakukan Gapena.
"Media apabila Gapena bersuara tidak diutarakan. Yang sedihnya, media Melayu apabila ada kepentingan Melayu tidak ditonjolkan sebab takut dimarahi pemilik media.
"Saya menyeru semua media (agar) kepentingan bahasa, orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu sebagai agenda nasional sama-sama kita tonjolkan," katanya.
Sementara itu, Gapena juga akan akan mengadakan program Perhimpunan Penulis 1Malaysia bersama perdana menteri pada 22 dan 23 Oktober ini, sempena sambutan 42 tahun gabungan itu, kata Dr Abdul Latif.
Program itu menurutnya akan dilangsungkan dengan kerjasama DBP dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Warisan.
"Kita nak ingatkan PM dah banyak dia ke sana ke sini (jadi) kita mintalah dia datang jumpa penulis... sempena 42 tahun Gapena," katanya secara berjenaka.
'Pak Samad, dia pergi kepada PKR'
Pada masa sama, beliau turut gembira dengan bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada persatuan-persatuan penulis yang bernaung di bawah Gapena.
"Kita tengok ramai orang, baru-baru ini pemandu teksi pun ada berhimpun dapat bantuan. Jadi penulis takkanlah tak mahu bersama-sama kerajaan.
"Dulu saya cakap dengan Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kalau pemandu teksi dapat empat tayar, Gapena dan penulis ini dapat bantuan untuk pen dan pensil pun cukup.
"Akhirnya TPM luluskan RM500 ribu," katanya sambil ketawa kecil.
Namun pada masa sama, beliau menggesa kerajaan agar terus menjaga hati golongan penulis agar mereka kekal bersama kerajaan.
"Penulis ini sangat penting. Kami tak boleh paksa, macam Pak Samad (Said) dia pergi kepada PKR. Tapi sebelum ini awak (kerajaan) perlu jaga hati penulis.
"Kerajaan asyik jaga tayar jaga itu jaga ini tapi penulis tak dijaga pun tak boleh. Jangan nanti nak dipujuk dah tak boleh," katanya.

No comments:
Post a Comment