KUALA
LUMPUR 17 FEB: Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara
apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan
terbuka terhadap Pakatan Rakyat.
Ia
ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang
semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula
dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid,
yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral
Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
(Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di
hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat,
Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.
Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara
isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah
penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus
seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.
Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang
lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada
2005.
Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera
melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan
datang.
Beliau
turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan
mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan
dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.
Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu
tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera
laut setelah 37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment