TERENGGANU
24 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 5,000 penduduk Gong
Badak, Terengganu dari mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gong
Badak di sini, malam tadi.
Ketua
Umum KEADILAN itu mengupas pelbagai isu termasuk putar belit media Umno
terhadap ucapan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan perumpamaan
Mursyidul Am PAS itu tepat tapi Umno BN enggan menerima hakikat sebenar.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu termasuk amalan rasuah pemimpin
Umno, isu pemilikan syarikat arak oleh Mirzan Mahathir, masalah
kebajikan tentera dan banyak lagi.
Anwar
turut menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan lantaran
rakyat Sabah dan Sarawak, kini bersedia menumbangkan BN pada PRU 13.
Beliaujuga menekankan peri pentingnya kesepakatan ahli dan pemimpin
KEADILAN, PAS dan DAP di Terengganu untuk bersama-sama berganding bahu
menumbangkan Umno BN, seterusnya menawan Putrajaya.
Turut
berucap, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail; Wahid Endut
(Pesuruhjaya PAS Terengganu), Brig Jen (B) Najmi Ahmad, Laksamana (B)
Imran Abdul Hamid, Ustaz Hishamuddin (AJK Pemuda Pas Terengganu) dan
wakil NGO Royalti Terengganu.
Terdahulu, sambutan hebat juga diterima Anwar ketika berceramah di Kampung Tiong, Kuala Terangganu pada hari sama.
Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan politik yang berlaku di negara ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment