Malaysiakini 14 April 2013
Pemilik
blog yang menyiarkan video aksi seks seorang lelaki mirip Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali digesa menampilkan empat orang saksi bagi
membuktikan identiti lelaki dalam video tersebut.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (kiri) berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf
yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain.
"Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu).
"Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.
Menurutnya, Muslim yang berpegang kepada ajaran Al-Quran juga digesa agar tidak menyebar atau menyuburkan video sebegitu.
"Jadi kalau (video itu) ada di Facebook juga kita digesa jangan 'Like' atau 'Share'," katanya lagi.
Beberapa blog pro-Umno semalam menyiarkan video lucah aksi seks seorang lelaki mirip Mustafa dengan seorang wanita yang tidak dikenali.
Mustafa dalam reaksinya dilaporkan berkata video itu adalah fitnah Umno semata-mata dan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sesuai berhubung dakwaan itu.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) pula berkata penyiaran video itu akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno".
"Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.
"Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya.
Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.
Berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip timbakan presiden PKR, Azmin Ali.
Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Mustafa Ali itu.

No comments:
Post a Comment