Pertembungan
menarik dijangka berlaku di Pasir Mas apabila anak menteri besar
Kelantan Nik Mohd Abduh Nik Mat dipilih sebagai calon bagi berentap
dengan presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan
wakil BN dalam pertandingan tiga penjuru.
Pemilihan anak Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat itu diumumkan di Machang, Kelantan malam tadi bersama calon-calon lain PAS dan PKR di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
BN meletakkan calon yang dilihat bukan pilihan, iaitu Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan Che Johan Che Pa, walaupun pada mulanya khabar angin bertiup kencang bahawa Ibrahim akan menjadi pilihan BN, seperti pemilihan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam sebagai "calon sahabat BN".
Malah, bekas presiden BN Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka memohon parti itu memilih Ibrahim, serta berikrar mahu turun padang sendiri di Pasir Mas bagi memenangkan veteran politik itu.
Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calonnya, dengan kecewa akhirnya memilih langkah berani dengan mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.
Bagaimanapun, tindakan PAS mempertaruhkan Nik Mohd Abduh tidak akan memberikan laluan mudah kepada Ibrahim, yang menang dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 8,991 menggunakan lambang PAS.
Dalam pilihan raya lima tahun lalu, Ibrahim mendapat 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmed Rasdi yang disokong 19,682 pengundi. Pasir Mas mempunyai jumlah pengundi Melayu yang sangat tinggi sebanyak 96 peratus.
Di peringkat nasional, nama Ibrahim memang popular di dada-dada akhbar, termasuk juga ekoran publisiti buruk, tetapi anak Nik Aziz walaupun dianggap "setahun jagung" dalam arena politik, membawa sekali aura luar biasa bapanya yang tidak boleh dipandang remeh.
Malah, Ibrahim juga tidak boleh dianggap selamat kerana pada 2008 belum tentu pengundi memilihnya sebagai individu, tetapi atas lambang yang digunakannya.
Bagaimanapun, walau apa pun situasinya, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku di Pasir Mas tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.
Ia pasti mewujudkan serba salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau wakil rakyat lama yang pro-BN.
Keputusan pengundian kerusi itu pada malam 5 Mei ini pasti ditunggu-tunggu semua pihak dengan penuh debaran.

No comments:
Post a Comment