Harakahdaily
Anis Nazri, | 05 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:Bersih 2.0 akan menyenaraihitamkan
mana-mana calon parti yang melanggar etika pilihan raya sepanjang kempen
pilihan raya umum ke -13.
Penyenaraian itu dilakukan melalui sebuah badan pemantau pilihan raya yang dibentuk di bawah Bersih dan Mafrel, iaitu Pemantau.
Nama-nama calon yang disenaraihitamkan itu akan disiarkan di laman web rasmi badan itu, www.pru13.info sebagai panduan untuk rakyat membuat penilaian dalam memilih pemimpin mereka.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, calon-calon yang disenaraihitamkan merupakan mereka yang didapati melanggar kod etika, sama ada mengeluarkan kata-kata kesat, menghasut dan sebagainya sepanjang kempen pilihan raya.
Justeru, tambah beliau sukarelawan Pemantau akan melakukan pemantauan secara terperinci berserta bukti-bukti berupa rakaman audio dan video terhadap mana-mana calon parti yang bertanding yang didapati melanggar etika pilihan raya.
"Sukarelawan kami akan memantau mulai hari ini setiap kata-kata yang diucapkan, diceramahkan mana-mana calon yang bertanding, yang didapati menghasut, mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur keganasan.
"Sama ada mereka dari Barisan Nasional, mahupun Pakatan Rakyat, dan juga calon bebas, tiada yang akan ketinggalan dari diperhatikan oleh sukarelawan kami," tegas beliau pada sidang media badan itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana pihak yang mendapati calon-calon yang bertanding melakukan pelanggaran etika, boleh membuat aduan melalui online di www.pru13.info/aduan.
Sementara itu, Ajk Bersih, Maria Chin Abdullah, berkata Pemantau sudah menerima beberapa aduan berkaitan pelanggaran etika pilihan raya, antaranya kibaran bendera parti yang bertanding sebelum parlimen dibubarkan.
Malah, terdapat dua nama turut disenaraikan iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dikatakan melanggar etika pilihan raya.
Menurut Maria, mereka mengambil kira tweet daripada Zahid yang menyebut "We shall move to the warzone to kill all adverse political intruders".
Manakala, Hishamudin pula dikatakan gagal menangani isu membabitkan penyokong Pemuda Umno Gombak yang menjerit "potong kepala dia (Naib Presiden PKR, Tian Chua) dalam satu majlis pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, kata
Ambiga mereka akan menubuhkan satu badan bebas bagi menangani isu
senaraihitam ini, di samping memberi peluang kepada kedua-duanya untuk
membela diri, seterusnya tidak disenaraihitamkan," kata Ambiga.
No comments:
Post a Comment