Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kebanjiran pelacur asing ke Malaysia yang berselindung di sebalik
pekerja hotel, spa dan rumah urut refleksologi adalah atas keizinan
kerajaan BN.
(Mereka berselindung di sebalik pusat urut refleksologi tetapi banyak melakukan kegiatan tidak bermoral)
Menurut minit mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diketuai Ng Yen Yen
sebagaimana didedahkan oleh blogger King of Goblok, kabinet memang
bersetuju dengan kemasukan mereka.
Melalui mesyuarat itu, pekerja asing yang diperlukan oleh industri pelancungan negara bagi sektor Perkhidmatan Pelancongan (Spa, Hotel, Refleksologi dan Kedi) sehingga 2016 adalah dianggarkan seramai 20,000 orang mengikut pecahan berikut:
i) Hotel: 10,000 orang
ii) Spa Refleksologi: 7,500 orang
iii) Golf (Kedi): 2,500 orang
Kementerian Pelancungan Malaysia pula menjadi agensi kawal selia bagi subsektor berkenaan.

Ia diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tampa Izin (JKKPA-PATI) kali ke - 8 pada 9 Ogos 2012.
Perkara ini berlaku ketika kerajaan negeri Selangor diserang kononnya memberikan kebenaran kepada pembukaan rumah-rumah urut di negeri itu.
Padahal menurut kerajaan negeri, sejak 2008 lagi, tidak ada satu pun lesen di keluarkan untuk rumah urut di negeri itu.
Klik untuk melihat laporan penuh oleh blog ini.
No comments:
Post a Comment