Harakahdaily
Muhammad Faizal, | 06 Mei 2012 |
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata talian bantuan itu adalah bagi membantu mangsa-mangsa tersebut dari sudut khidmat nasihat perundangan.
"Talian ini diwujudkan bagi memberi bantuan kepada mereka dari bentuk khidmat nasihat perundangan sebelum mereka diminta hadir ke balai polis.
"Kita harap dengan talian ini akan memberikan satu keyakinan kepada mereka agar tidak berasa takut untuk satu kebenaran," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini.
Dalam pada itu, Shamsul turut menyatakan pihak polis tidak sepatutnya menyiarkan gambar-gambar tersebut kerana mereka sendiri belum pasti apa kesalahan yang dilakukan.
"Saya mendesak pihak polis memaklumkan kepada rakyat apakah kesalahan mereka sehinggakan gambar mereka disiarkan.
"Ketua Polis Negara perlu menyatakan kesalahan mereka terlebih dahulu dan kita tidak mahu ia hanya sebagai umpan untuk pihak polis membuat tangkapan," kata beliau lagi.
Mana-mana individu yang mahu mendapatkan bantuan perundangan boleh menghubungi AMK di talian 0126541415 atau email amkbersih428@gmail.com.
Mengulas dakwaan kononnya Bersih 3.0 bertujuan mengguling kerajaan, beliau berkata dasar Pakatan Rakyat jelas iaitu membuat perubahan melaui pilihanraya yang adil serta telus bukan cara pengulingan melalui himpunan.
"Prinsip dan dasar kita amat jelas, perubahan kerajaan dilakukan melalui pilihanraya dan sistem demokrasi bukannya cara yang difitnah oleh Umno-Barisan Nasional.
"Sebab itu bila sebut pilihanraya, kita selari dengan apa yang dituntut oleh Bersih yang mahukan pilihanraya adil serta telus, jadi bila bersama kita mahu tuntut pilihanraya yang adil serta telus bukan cara pengulingan," sambung beliau lagi.
No comments:
Post a Comment