KUALA LUMPUR: Seorang
isteri kedua dibelasah dalam keadaan separuh bogel dan rambutnya turut
digunting hingga pendek oleh suaminya selepas dia meminta suaminya
menunjukkan bukti perceraian dengan isteri pertama.
Akibat kejadian itu yang
berlaku di rumah sewa pasangan berkenaan di Pantai Dalam, di sini pada
jam 8 malam Ahad lalu, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai
kerani melarikan diri ke kampungnya di Sabah.
Mangsa yang enggan
dikenali berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu di
selatan Thailand sebagai isteri kedua selepas dia berjanji menceraikan
isteri pertamanya.
Katanya, suaminya mendakwa menceraikan isteri pertama pada November tahun lalu.
“Namun, dia enggan
me mendaftarkan perkahwinan kami dalam negara sehingga sekarang
menyebabkan saya syak dia belum ceraikan isteri pertama.
“Saya desak dia
tunjukkan surat cerai isteri pertama, namun menolak saya ke dinding
sebelum sebelum membelasah saya sehingga kepala bengkak,” katanya.
Katanya, suaminya turut memotong rambut dan pakaiannya sehingga dia separuh bogel.
SUMBER : MYMETRO
No comments:
Post a Comment