Jumaat, Mei 18, 2012
KUALA LUMPUR 18 Mei: Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis
memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua
kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu
membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Laporan daripada The Vancouver Sun
itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat
berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba
mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar
rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada
tentera laut Malaysia.
Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan
perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat
Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.
Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai
pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan
bapanya, Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di
Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong.
The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan
yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya
berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai
komisen perjanjian Scorpene.
Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal
peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa
membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa
perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.
“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan.
Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang
dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.
The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada.
Laporan penuh di sini
KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment