NEW DELHI 18 Mei - Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke
atas penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium
Wankhede Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.
Pihak persatuan itu membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan kerana
mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu
selepas satu perlawanan pada hari Rabu.
Bagaimanapun pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders itu
mempertahankan tindakannya kerana marah melihat pegawai keselamatan MCA
mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium.
Bintang Bollywood itu menafikan yang dia berkeadaan mabuk pada masa itu.
Ini membawa kepada pertengkaran di antara pegawai persatuan dengan
penyanyi tersebut yang berkesudahan dengan larangan selama lima tahun ke
atasnya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment