HTML/JavaScript

Wednesday 29 February 2012

Lydiawati rugi RM1,380 dijemput acara majlis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 46, kerugian RM1,380 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya menjadi pengacara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat petroleum di Singapura, Sabtu lalu.

Lydiawati berkata, lelaki yang tidak dikenalinya itu menghubunginya jam 9 pagi dan menjemputnya mengacara majlis terbabit di sebuah hotel di Jalan Orchard, Singapura, Ahad lalu dengan bayaran AS$7,000 selain bakal bergandingan dengan dua selebriti negara itu.


“Ketika dihubungi saya di Perlis dan dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Dia memberitahu segala urusan mengenai tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya dan meminta bayaran pendahuluan RM1,380 sebagai cukai pertukaran mata wang asing.

“Atas dasar percaya, saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sebanyak RM690, namun dia memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan saya memasukkan semula RM690 pada petangnya,” katanya.


Lydiawati berkata, selepas memasukkan wang itu baru dia terfikir tidak perlu membayar wang pendahuluan sedangkan dia dijemput mengendalikan majlis berkenaan.

Kata Lydiawati, sejurus menyedari ditipu, dia menghubungi adiknya di Singapura untuk memeriksa lokasi majlis berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan majlis itu tidak wujud.

“Saya memeriksa senarai penumpang untuk penerbangan ke Singapura dan mendapati nama tiada dan lelaki itu gagal dihubungi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi menasihati selebriti tempatan supaya memeriksa latar belakang individu yang menawarkan pekerjaan bagi mengelak ditipu.

No comments:

Post a Comment