HTML/JavaScript

Friday 17 February 2012

Penyerang penuntut di London bersalah

Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2012
Isagba bakal hadapi hukuman penjara maksimum.
LONDON - Penyerang penuntut Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20, semasa insiden rusuhan terburuk di London 8 Ogos lalu, disabitkan bersalah oleh mahkamah di utara Britain dalam kes yang turut mencetuskan kemarahan negara antarabangsa.

Beau Isagba, 17, bakal berhadapan hukuman penjara maksimum atas kesalahannya kerana menyerang sehingga menyebabkan rahang Asyraf patah akibat ditumbuk.

Insiden tersebut juga mendapat perhatian umum, selepas rakaman mengenai kejadian itu dimuat naik ke dalam laman YouTube.

Semasa perbicaraan, Isagba mengaku mencuri basikal milik Asyraf selepas penat merusuh, tetapi menafikan ada melakukan sebarang serangan fizikal terhadap mangsa.

Bagaimanapun, pihak juri mendapati Isagba tetap bersalah atas kesalahan merompak dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Hakim Witold Pawlak menyatakan identiti Isagba terpaksa didedahkan kepada umum, walaupun dia masih di bawah umur kerana ia adalah kes luar biasa.

“Tempoh hukuman penjara sebenar ke atas Isagba akan ditentukan pada 9 Mac depan, iaitu sehari selepas dia berumur 18 tahun,” menurutnya.
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment