HTML/JavaScript

Tuesday 21 February 2012

Terpaksa kerah kudrat jantan

Nik Amirulmu’Min Nik Min
22 Februari 2012
Pondan
KUANTAN - Kumpulan mak nyah yang berpelesiran mencari pelanggan di sekitar Lorong Kunyit di sini, terpa­ksa mengerah ‘kudrat jantan’ mereka untuk melarikan diri, bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang menyerbu lokasi itu, awal pagi semalam.

Sebaik menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa di lokasi itu, mereka melarikan diri sehingga ada yang terjatuh, malah ada yang lari berkaki ayam selepas kasut tumit tinggi yang dipakai tercabut.
 
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, seorang mak nyah berusia 31 tahun berjaya dicekup, manakala rakan-rakannya berjaya melepaskan diri dengan menyelinap masuk ke dalam bangunan berhampiran.
 
Sinar Harian difahamkan, dua lagi lokasi cari makan mak nyah ini termasuk di sekitar Jalan Abdul Aziz dan belakang bangunan kedai, Jalan Bukit Ubi di sini turut diserbu, bagaimanapun kedua-dua port tersebut lenggang.
 
Sumber Jaip memaklumkan, pihaknya membuat pemantauan susulan di ketiga-tiga lokasi tersebut kira-kira jam 2.30 pagi semalam dan mendapati ada segelintir mak nyah terbabit kembali meneruskan operasi mereka.
 
Bagaimanapun, mereka terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa Jaip yang berjalan kaki memantau lokasi tersebut.
 
“Kita dapati mak nyah ini beroperasi dalam keadaan penuh berwaspada. Apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, mereka segera melarikan diri.
 
“Mereka menjadikan premis di sekitar kawasan tersebut untuk berlindung dengan menyelinap masuk melalui pintu belakang,” kata sumber tersebut.
 
Menurutnya, mereka cuba naik ke premis tingkat atas bangunan rumah kedai itu bagaimanapun ia dihalang besi jeriji yang berkunci.
 
“Mak nyah ini juga difahamkan segera memaklumkan berhubung operasi yang kami jalankan kepada rakan-rakan mereka di lokasi lain dan semua lokasi tersebut lengang sebaik pegawai penguat kuasa Jaip tiba,” katanya.
 
Sumber tersebut berkata, mak nyah yang berjaya ditahan di bawa ke pejabat Jaip untuk diambil keterangan dan di­soal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
 
“Kes ini akan disiasat me­ngikut Seksyen170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang kerana berkelakuan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.
 
“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 
Menurutnya, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke masa sebagai satu usaha untuk mengekang aktiviti maksiat itu daripada terus berleluasa.
 
“Kita dapati, ada golo­ngan ini pernah mengikuti program kesedaran anjuran Jaip bagaimanapun mereka seolah-olah tidak pernah berasa insaf dan terus bergelumang de­ngan aktiviti maksiat tersebut.
 
“Kita percaya semua mak nyah ini beragama Islam dan mereka sepatutnya tahu perkara yang dilakukan itu adalah menyalahi dan dilarang syariat,” katanya.
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment