KANTOI!! "Bapa Mertua" Najib Altantuya Akan Tuntut Bela Pembunuh Anaknya!
Impian untuk terus menjadi perdana menteri kini bukan terletak pada keputusan pilihanraya umum, tetapi nasib Najib Altantutya kini bergantung kepada perbicaraan kes skandal komisen kapal selam Scorpene yang pada masa yang sama turut berkait rapat dengan pembunuhan model dan penterjemah sambilan yang dibunuh dengan kejam menggunakan bom tentera jenis C4, Altantuya Shaaribuu.
Najib Altantuya fikir dengan meletupkan Altantuya, seorang wanita yang tidak berdaya yang menuntut habuannya sebanyak USD500 ribu (RM1.7 juta) daripada kroni Najib Altantuya, Razak Baginda, semua pertikaian tersebut akan terkubur dengan jasad hancur lumat Altantuya yang ditemui empat hari selepas dilaporkan hilang.
Ternyata, percaturan Najib Altantuya dan Rosmah Mansor mengarahkan dua pengawal pengiring yang dijatuhkan hukuman gantung, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya satu kesilapan terbesar dalam sejarah hidupnya.
Kini, selepas enam tahun peristiwa tragis itu berlaku, sehingga kini Kerajaan Malaysia masih bersikap diam membisu seribu bahasa dengan desakan malah menghantar nota bantahan rasmi oleh Kerajaan Mongolia supaya menyiasat segera misteri pembunuhan Altantuya yang rekod kemasukannya dipadam terus dari pangkalan data Jabatan Imigresen, sejurus laporan kehilangannya terbongkar.
Dan setelah berada beberapa hari di Singapura, bapa Altantuya, Shaaribuu Setev tiba di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk terus menyiasat kes pembunuhan anaknya yang meninggalkan dua anak dalam jagaannya sehingga ke hari ini.
Kedatangannya ke republik tersebut dikhabarkan juga berkaitan dengan pembunuhan Altantuya kerana salah satu perkara yang dinyatakan oleh dua orang sepupunya, Namiraa Gerelmaa dan Burmaa Oyunchimeg (kanan) atau Amy adalah, Altantuya dilihat makan malam bersama dengan Najib Altantuya dan Razak Baginda di Hotel Ritz Carlton yang gambarnya berjaya dirakamkan perisik polis Singapura dan disimpan oleh Menteri Mentor (Pembimbing), Lee Kuan Yew.
Perkara ini pernah diceritakan oleh mereka berdua sebelum datang ke Kuala Lumpur menemani Altantuya bagi menuntut haknya dalam komisen pembelian kapal selam USD500 ribu (RM1.7 juta) seperti yang dijanjikan di Macau.
Makan malam yang dihoskan oleh Razak Baginda buat mereka berdua sebenarnya perangkap untuk Altantuya kununnya wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Altantuya apabila selesai urusan dokumentasi dan perundangan.
Penyiasat persendirian yang telah berpindah ke India, P Balasubramaniam pernah memberitahu polis yang menahannya bahawa bukti bergambar dan rakaman audio perbualan antara Altantuya dan majikannya, Razak Baginda berada dalam keadaan tegang, namun dipercayai bukti tersebut telah dimusnahkan dengan arahan Najib Altantuya yang ketika itu sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri selain kekal memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Berdasarkan maklumat risikan, Setev turut menjejaki nombor akaun milik mendiang anaknya di Mongolia dan Perancis serta perbualan telefon dari Malaysia dan Singapura kerana dia percaya ada maklumat penting pertikaian komisen kapal selam itu menjadi bukti penting yang boleh mengheret Najib Altantuya dan Razak Baginda ke muka pengadilan kelak.
Masa masih berpihak kepada Setev, tetapi harus diingat, kelicikan strategi Najib Altantuya boleh melepaskan dirinya dari pertuduhan tersebut jika kena gayanya.
Akan tetapi peguam yang dilantik SUARAM iaitu William Bourdon dan Joseph Brehem akan membuktikan bahawa Najib Altantuya dan Razak Baginda adalah dalang sebenar kepada perbalahan komisen sehingga EUR114 juta (RM570 juta) yang membawa kepada penemuan mayat hancur Altantuya pada 2006.
Dan hari ini, bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis.
Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan.
“Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu,” katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan Altantuya sebelum beliau berangkat ke Malaysia membuktikan bahawa kedua-dua perkara tersebut ada kaitan.
“Saya ada lihat gambar mereka bertiga yang ditangkap di Perancis. Altantuya menunjukkan gambar beliau bersama Razak Baginda dan Najib kepada saya.
“Gambar itu seperti mereka ada berbincang sesuatu. Altantuya memberitahu saya bahawa dia ingin berjumpa dengan orang dalam gambar itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, menjelaskan bahawa penyiasatan mengenai skandal pembelian kapal selam itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan.
“Penyiasatan di Perancis bukan mengenai pembunuhan, tetapi mengaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen yang melibatkan Najib.
“Semalam kita ada perjumpaan, beliau (Shaariibuu) memberi sokongan apa yang kita lakukan dan beliau menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis,” ujarnya.
Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam terhadap anaknya Altantuya.
Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.
Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment