(Oleh: Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat,
Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan
politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani
pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap
dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau
berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani
konflik itu.
“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya
lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang
luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di
sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan
(di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.
Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah
terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya
dapat menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?
“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak
mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment