HTML/JavaScript

Tuesday 5 March 2013

Media Filipina Beri Ruang Anwar Perjelas Tuduhan Jahat Umno Berkenaan Isu Pencerobohan Lahad Datu

06 Mac, 2013

Media Filipina memberi ruang penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tuduhan kerajaan Malaysia mengaitkan beliau dalam isu pencerobohan Lahad Datu.

Tawaran itu dinyatakan media Philippine Inquirer yang menghubungi Ketua Umum KEADILAN itu kelmarin, bagi mengatur sesi wawancara.

Perkara itu dimaklumkan Anwar pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dPadang Kampung Tasek Tambahan, Ampang, malam tadi.

“Akhbar Filipina semalam (kelmarin) telefon saya. Dia kata oleh kerana kami disalah tafsir, diperalatkan untuk buat fitnah di Malaysia, kami bagi ruang penuh kepada saudara untuk cakap di surat khabar, dan radio – Philippine Radyo Inquirer untuk 40 minit jelaskan keadaan sebenar.

“Itu media bebas…Dia bagi kenyataan yang mungkin sedikit menimbulkan kekeliruan, tapi (mereka) terus bagi ruang kepada saya untuk jelaskan keadaan sebenar.

“(Ini fitnah) TV3, Utusan…sebab itu saya saman,” katanya disambut sorakan lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment