HTML/JavaScript

Sunday, 3 March 2013

KANTOI! Anwar Ibrahim SAMAN Utusan DAN TV3 RM200 JUTA!

Monday, March 04, 2013


Utusan Malaysia dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam itu bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 masing-masing membuat permohonan maaf secara terbuka.




Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan di muka 10 akhbar itu dengan laporan susulan berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dalam insiden tersebut melalui siaran Buletin Utama pada hari yang sama.


Saman tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua pihak pagi tadi sebelum satu sidang media khas dibaut bagi memaklumkannya.

Masing-masing disaman RM100 juta dan beban untuk membuktikan laporan tersebut kini terletak di tangan Utusan kerana TV3 memetik laporan akhbar tersebut untuk dijadikan siaran berita pada sebelah malamnya.

Semalam, PERKASA mencabar Anwar menyaman akhbar Filipina dan agensi berita antarabangsa Reuters yang memfitnahnya tetapi ia masih dalam peringkat kajian dan perundangan bersama peguam sebelum keputusan akhir dibuat.
JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment