HTML/JavaScript

Thursday, 21 March 2013

Penulis blog pro-Umno ‘Papa Gomo’ adalah bekas pesalah dan pengundi hantu, kata Rafizi

Oleh Ida Lim
March 22, 2013
Sebuah mukasurat daripada laman web rasmi SPRM memaparkan rekod kesalahan rasuah “Papa Gomo”.KUALA LUMPUR, 22 Mac ― Seorang penulis blog pro-Umno yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini kerana didakwa menyiarkan video seks palsu merupakan seorang bekas anggota polis yang terlibat jenayah rasuah dan didakwa sebagai “pengundi hantu” kerana mendaftar untuk mengundi di dua tempat berasingan,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini.

Rafizi mendakwa penulis blog “Papa Gomo” atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar dengan mengaitkan beliau dengan video seks, pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.
“Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah,” kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.

Dengan menggunakan kad pengenalan polisnya dalam pengkalan data SPRM dan menggunakan nama kad pengenalan biasa Papa Gomo, Rafizi berkata PKR mendapati penulis blog tersebut mendaftar sebagai pengundi di dua kawasan ― Ampang dan Wangsa Maju.

No comments:

Post a Comment