SHAH
ALAM 5 MAC: Kerajaan Negeri Selangor berjaya menunaikan dan sedang
melaksanakan lebih 90 peratus daripada 23 janji di dalam manifesto
Pakatan Rakyat Selangor 2008.
Menurut data Sekreteriat akhbat pejabat Menteri Besar Selangor,
sebanyak 14 janji (61 peratus) berjaya dilaksanakan, seperti hadiah anak
masuk universiti sebanyak RM1000 dan skim perlindungan insurans warga
emas.
Sejumlah 8 janji pula sedang dilaksanakan, antaranya diskaun 20
peratus cukai pintu rumah yang akan dilaksanakan dalam fasa kelima
program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Manakala, penubuhan institusi bagi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam akan diumumkan pada masa akan datang.
Selain itu, kerajaan Negeri juga melaksanakan beberapa program yang
tidak dimasukkan ke dalam manifesto, antaranya pemberian air percuma 20
meter padu, Tabung Anak Pekerja Ladang dan Program Mikrokredit Miskin
Bandar Selangor (MimBar).
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment