06 Mac, 2013
PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR
RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI dengan WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah
Sulu Darul Islam -SSDI) di HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) malam tadi 5hb Mac
2013.
Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih),
MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih)
Yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia
bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam)
Dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media
(TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini
adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan
penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan
persaudaraan seagama.
PENJELASAN GAMBAR:
Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas
namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu
Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu
sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif
serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah
kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan
sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat
Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya.
Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari
Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan
terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun
yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.
Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu
ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan
penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II
(PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan
Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah
menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar
perjuangannya TANPA SENJATA.
Di petik dari sumber Sulu
No comments:
Post a Comment