Harakahdaily
Buletinonline, | 31 Mac 2013 |
Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.
"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,
"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,
"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu,"ujarnya.
Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.
Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.
"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012.
"Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media.
No comments:
Post a Comment