14 Mac 2012
"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.
"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.
Beliau disoal sama ada akan bercuti dalam tempoh terdekat.
Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun, Foong Chun Yuan, yang meninggal dunia selepas terlanggar dinding cermin di Jeti Kuala Kedah pada Jumaat lepas.
Beliau berharap pihak berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan pelancong serta orang ramai.
"Apatah lagi kita menuju ke arah negeri pelancongan terunggul, kita bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.
Foong, yang ingin bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lepas setelah tidak sedarkan diri sejak kejadian itu berlaku. - Bernama
No comments:
Post a Comment