13 Mac 2012
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengulas keputusan PR akan memutuskan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri pimpinannya.
Beliau menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.
"Perbincangan semula Pas bersama peringkat atasan PR, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan secepat mungkin berkenaan isu ini.
"Pilihan raya serentak atau tidak akan dipertimbangkan dalam pertemuan ini," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di kawasan Hulu Langat.
Hadi berkata, sebelum ini PR berhasrat untuk mengadakan pilihan raya sendiri jika Barisan Nasional (BN) mengadakan PRU13 tahun lepas.
Jelasnya, disebabkan BN tidak mengadakan PRU13 awal, justeru Pas bersama jentera PR terpaksa berbincang semula sama ada mahu mengadakan pilihan raya serentak ataupun berasingan.
Hadi menambah, sepatutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan satu pertemuan dengan semua parti jika ingin mengadakan pilihan raya umum, bukannya secara mengejut.
"Jika ikut adab persekutuan dan parlimen, sepatutnya jika pilihan raya mahu diadakan, Perdana Menteri perlu berunding dahulu dengan semua menteri dan parti. Bukan ikut suka mahu buat saja.
"Tapi disebabkan negara kita ini sentiasa suka buat perkara yang mengejutkan tidak seperti negara demokratik lain, maka kita perlu sentiasa bersedia," katanya.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diharapkan dapat dijalankan serentak selepas terdapat laporan yang menyatakan negeri PR tidak mahu mengadakan pilihan raya bersama.
No comments:
Post a Comment