Harian Metro
BEIJING: Mahkamah di Beijing semalam, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas seorang petani kerana mencuri beberapa harta karun Maharaja China dari Kota Larangan.Kejadian itu menunjukkan sistem keselamatan di muzium paling terkenal di negara itu amat lemah.
Pegawai kurator di Muzium Istana yang terletak dalam istana terakhir Maharaja China merasa malu apabila beberapa bahan pameran yang dipinjamkan dari Muzium Hong Kong dicuri, Mei tahun lalu.
Shi Baiku, dari Shangdong, memecah masuk ke dalam muzium dan mencuri sembilan hasil seni yang dibuat daripada emas dan permata, tetapi kerana tergesa-gesa hendak melarikan diri, dia meninggalkan lima barang berharga itu di perkarangan muzium.
Laporan akhbar Xinhua yang memetik kenyataan mahkamah berkata, kerana gagal menjual harta itu dengan cepat, dia membuang empat daripadanya keesokan hari.
Tiga daripadanya telah ditemui.
Dua hari selepas mencuri, polis menahan Shi di sebuah kafe internet di selatan Beijing. - AFP
No comments:
Post a Comment