HTML/JavaScript

Monday, 5 March 2012

Pemuda Pas dakwa Najib tak ikhlas minta maaf

NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
5 Mac 2012
Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat mempertikai keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan Umno dan rakan komponennya pada masa-masa lalu sehingga membawa prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, tindakan Najib meminta maaf seolah-olah mengakui bahawa salah laku Umno selama ini adalah benar dan terbuti dakwaan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) bukan fitnah.

Ketika mengadakan lawatan ke Kedah Sabtu lalu, Najib Razak membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan berjanji akan membetulkannya dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.  Najib yang juga Pengerusi BN melahirkan pandangan yang sama ketika mengadakan kunjungan ke Selangor awal minggu lalu.
"Selalunya orang minta maaf ni sebab salah. Justeru memang benarlah Umno salah dan gagal mentadbir negara.
"Selama ini kata Pas dan PKR fitnah dan sebagainya. Kenapa pula tiba-tiba sanggup turun padang menyatakan hasrat mereka memohon maaf kepada rakyat," kata Nasrudin kepada Sinar Harian Online.
Beliau berkata, kenyataan maaf tidak memadai kerana jika benar-benar memohon maaf, Umno perlu pulangkan hak rakyat yang mereka ambil selama ini, bukan sekadar cakap kosong.

"Dalam Islam, perbuatan memohon maaf kepada manusia bermaksud perlu pulangkan apa yang mereka ambil.
"Justeru, Umno kena beri semula apa yang mereka rampas, sebagai contohnya royalti minyak,  bayaran pampasan kepada mangsa ISA.
"Kalau kata Umno memohon maaf tanpa bersebab, itu maksudnya buang tabiat namanya." katanya.

Nasrudin berkata, tindakan Umno memohon maaf adalah disebabkan terdesak dan merasakan Pilihan Raya Umum ke-13 ini terlalu sukar untuk mereka mengekalkan kedudukan seperti sekarang.
"Saya dapat rasa Umno berasa terancam pilihan raya kali ini sukar untuk mereka menang, sebab itu sanggup memohon maaf berulang kali kepada rakyat yang lebih 20 billion ini. Tidakkah itu satu perbuatan luar biasa Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment