Ketua Eksekutif Lada, Tan Sri Khalid Ramli berkata ia meliputi senarai tambang ke lebih 30 destinasi.
"Senarai ini penting bagi memastikan pengunjung mengetahui harga sebenar bagi setiap destinasi yang dituju. Ini sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang berada di barisan depan di Langkawi," katanya kepada media selepas majlis pelancaran pelekat kereta sewa dan senarai tambang hari ini.
Langkawi kini mempunyai lebih 1,000 buah teksi.
Khalid berkata dengan adanya senarai tambang itu pelancong tidak perlu lagi bimbang dengan kadar tambang teksi.
"Kita juga berharap pemandu teksi dapat mematuhi kadar yang ditetapkan bagi kemudahan pengunjung," katanya.
Beliau berkata Lada telah mengadakan perbincangan dengan para pemandu teksi sebelum senarai tambang tersebut dikeluarkan. -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment