HTML/JavaScript

Sunday 29 July 2012

Guru KAFA juga dapat bonus di P Pinang

Harakahdaily

Mohd Sabri Said, 29 Jul 2012
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM3.9 juta untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri mulai 9 Ogos depan kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Menurutnya, pemberian itu melibatkan setengah bulan gaji dengan minima RM600 dan RM300 sebagaimana tahun lalu dan ia tiada ada kaitan dengan gula-gula pilihanraya umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

"Pulau Pinang juga turut umumkan pemberian bonus untuk kakitanganya dan guru KAFA menjelang Aidil Fitri akan datang.

"Buka sahaja mereka malahan melibatkan anggota perkhidmatan awam d bawah Kerajaan Negeri dan badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, " ujarnya dalam kenyataan media tengahari tadi.

Ada sedikit peningkatan perbelanjaan memandangkan pertambahan kakitangan kerajaan dari 3,780 berbanding tahun lalu seramai 3,645 orang serta juga berdasarkan kenaikan gaji tahunan anggota perkhidmatan awam dan kadar kenaikan gaji 13 peratus yang telah pun di selaraskan pada April 2012 lalu.

Pemberian itu juga membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Lajim dan Bumburing menang 'emas lompat' parti

sinar harian
  29 Julai 2012
AKHIRNYA Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat. Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respons yang saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan.

Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir. Dalam Twitter saya berjenaka, "Sukan Olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut.

Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka. Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan peletakan jawatannya dalam Umno akan memberi tamparan hebat kepada BN.

Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan Umno yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu.

Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin. Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjuang  dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui pfoses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada telaan itu benar atau tidak.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik mengenai Umno. Ada yang hairna kenapa Umno mampu bertahan lebih 70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli Umno mendokong Umno kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam Umno.

Berlainan dengan Pakatan rakyat. Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat Umno diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu-gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai Umno contohnya Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai 'redundant' atau berlebihan.

Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan Umno kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal.

Bagi Pakatan, oleh kerana kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengiktirafan penghormatan kepada sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, Umno bukan parti bermusim. Jentera Umno sentiasa berada dalam kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti, jentera Umno didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang masa. Tambahan pula pilihan raya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat latihan terbaik untuk jentera Umno.

Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini, Umno sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau Ketua Bahagian Umno meninggalkan parti, jentera Umno masih kukuh dan efektif. Itu beza Umno dari yang lain.

Royalti : Jangan bohong, Nik Aziz kata pada UMNO

Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz kata Umno
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, "berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan."

"Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

"Saya membaca kenyataan seorang pemimpin Umno di Kelantan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa royalti minyak telah dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ihsan.

"Suka saya mengingatkan bahawa tuntutan terhadap royalti minyak ini bukan disuarakan oleh pemimpin kerajaan negeri dan rakyat Kelantan sahaja tetapi turut disuarakan oleh Sultan Kelantan dialam titah baginda sedikit masa dahulu.

"Apakah pemimpin berkenaan ingin menyatakan bahawa titah baginda silap dan tidak boleh dipercayai?" kata beliau yang menerajui kerajaan negeri sejak 1990.

Mursyidul Am Pas ini seterusnya berkata, mengapa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sedangkan Kelantan disediakan wang ihsan.

"Saya ingin persoalkan kenapa negeri lain seperti Sabah dan Sarawak menerima royalti, bukan wang ehsan?

"Berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan. Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," katanya lagi.

Dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Awang Adek berkata, tidak perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak oleh mana-mana pihak memandangkan hak rakyat Kelantan itu, sudah diberikan kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka.

"Kerajaan Persekutuan bukan hendak sangat pun duit RM24 juta setahun untuk rakyat Kelantan.

"Kita berikan terus kepada yang layak seperti untuk kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan pelajar yang memasuki universiti serta bantuan bencana untuk rakyat Kelantan," katanya.

Konvoi tersebut diketuai oleh Nik Abdul Aziz bersama 150 kereta dan 50 motosikal berkuasa tinggi bermula dari Kota Bharu, melalui Ketereh, Machang dan Kuala Krai, dan berakhir di Gua Musang.

Friday 20 July 2012

Pengalaman kutip serpihan tulang

myMetro

JEMPOL: Sepanjang 12 tahun melakukan kerja menarik kereta, ini pengalaman pertama saya mengutip serpihan tulang mayat yang hangus terbakar,” kata penarik kereta, B Sathisnath, 25, mengenai kemalangan membabitkan pacuan empat roda dan lori tangki yang mengorbankan empat mangsa di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, petang semalam.
Menceritakan pengalaman mengerikan itu, katanya, ketika berada di bengkel kereta di Bahau, dia menerima panggilan kecemasan jam 4.55 petang.

“Sebaik polis bahagian forensik selesai mengeluarkan semua mayat yang rentung serta mengutip cebisan daging dan tulang yang hangus, saya menarik pacuan empat roda itu dan mendapati ada cebisan tulang mayat masih bertaburan di dalam kereta,” katanya.

Penyampai Berita Pengsan saat Siaran

ANKARA - Seorang penyampai berita ternama Turki, pengsan saat tengah membaca program berita. Akibat hal ini membuat presenter tersebut menjadi berita, dibandingkan harus menyiarkan berita.

Ketika Seda Selek melakukan tugasnya membawa berita untuk Kanal 24, tiba-tiba saja dirinya terjadi. Saat diperiksa, ternyata Selek pengsan setelah jatuh dari kerusinya. Demikian diberitakanOrange, Jumaat (20/7/2012).

Presenter lainnya yang kebetulan bertugas bersamanya, langsung bergegas untuk membantu. Segera setelah insiden ini, rakan Selek mengatakan presenter perempuan ternama itu segera sedar. 

Selek mengaku mengabaikan kesihatan selama beberapa hari terakhir. Ia mengatakan, tekanan darahnya sangat rendah dan menyebabkannya tidak mampu membacakan berita dengan baik.

Dalam akaun twitternya, Selek juga mengaku dirinya dalam keadaan baik. Dirinya pun akan siaran seperti biasa dan membacakan berita untuk penggemarnya dalam waktu dekat.(faj)

PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor

sinar harian
MOHD AZLIM ZAINURY
21 Julai 2012
RM3b: Pas tiada halangan SPRM siasat Anwar
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.

“Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah,” katanya.

Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.

“Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.

“Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja,” katanya
'Patut ada pemantau bahasa bebas macam kami'
  • Ahmad Fadfli KC
  • 10:56AM Jul 21 2012
 
WAWANCARA Gabungan Penulis Nasional (Gapena) akan melakukan pemantauan bahasa sebagai sebahagian usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ketua Satu Gapena, Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, mereka tetap menubuhkan majlis pemantauan sendiri walaupun tugas hampir sama dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

NONE"Dari segi memantau bahasa dia (DBP) ada audit bahasa tapi bagi kami kami patut ada majlis pemantau, (kerana) kami bebas....

"DBP buat (kerja) tak betul, kita boleh pantau (perkara sama)," kata Dr Abdul Latif dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pemantauan itu akan meliputi khidmat nasihat dan bukannya kuasa untuk menghukum mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

"Buat masa sekarang tiada cadangan untuk bagi kuasa penguatkuasaan, kita buat kempen dahulu. Berdasarkan penilaian kita akan beri bimbingan," kata profesor pengajian media di Universiti Pendidikan Sultan Idris itu.

Kecewa pada media Melayu
Pada masa sama, beliau turut melahirkan kekecewaannya terhadap sesetengah media berbahasa Melayu yang kelihatan seperti tidak menyokong usaha pendaulatan bahasa yang dilakukan Gapena.

NONE"Media apabila Gapena bersuara tidak diutarakan. Yang sedihnya, media Melayu apabila ada kepentingan Melayu tidak ditonjolkan sebab takut dimarahi pemilik media.

"Saya menyeru semua media (agar) kepentingan bahasa, orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu sebagai agenda nasional sama-sama kita tonjolkan," katanya.

Sementara itu, Gapena juga akan akan mengadakan program Perhimpunan Penulis 1Malaysia bersama perdana menteri pada 22 dan 23 Oktober ini, sempena sambutan 42 tahun gabungan itu, kata Dr Abdul Latif.

Program itu menurutnya akan dilangsungkan dengan kerjasama DBP dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Warisan.

"Kita nak ingatkan PM dah banyak dia ke sana ke sini (jadi) kita mintalah dia datang jumpa penulis... sempena 42 tahun Gapena," katanya secara berjenaka.

'Pak Samad, dia pergi kepada PKR'
Pada masa sama, beliau turut gembira dengan bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada persatuan-persatuan penulis yang bernaung di bawah Gapena.

"Kita tengok ramai orang, baru-baru ini pemandu teksi pun ada berhimpun dapat bantuan. Jadi penulis takkanlah tak mahu bersama-sama kerajaan.

a samad said protest against assembly bill in klcc reading poetry"Dulu saya cakap dengan Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kalau pemandu teksi dapat empat tayar, Gapena dan penulis ini dapat bantuan untuk pen dan pensil pun cukup.

"Akhirnya TPM luluskan RM500 ribu," katanya sambil ketawa kecil.

Namun pada masa sama, beliau menggesa kerajaan agar terus menjaga hati golongan penulis agar mereka kekal bersama kerajaan.

"Penulis ini sangat penting. Kami tak boleh paksa, macam Pak Samad (Said) dia pergi kepada PKR. Tapi sebelum ini awak (kerajaan) perlu jaga hati penulis.

"Kerajaan asyik jaga tayar jaga itu jaga ini tapi penulis tak dijaga pun tak boleh. Jangan nanti nak dipujuk dah tak boleh," katanya.

Monday 9 July 2012

Menteri pelancongan tak kesal dengan isu PR Australia


  • Kow Gah Chie
  • malaysiakini  Jul 9 2012
 
Naib Presiden MCA Datuk Seri Ng Yen Yen hari ini menyuarakan kebanggaannya atas keputusan mendapatkan taraf penduduk sementara (PR) di Australia 17 tahun lalu demi pendidikan anaknya.

"Saya ke Australia untuk pendidikan anak saya. Saya bangga anak saya kini peguam yang berjaya. Saya tidak menyesal," kata Ng yang juga menteri pelancongan.

NONEDalam sidang media di ibu negara hari ini, Ng berkata, beliau memohon taraf PR sekitar tahun 90-an tetapi melepaskannya pada 1995 apabila anak lelakinya tamat belajar.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam debatnya dengan Presiden MCA Lim Guan Eng semalam, bahawa bukan semua rakyat Malaysia boleh mendapat status PR di Australia.

Walaupun Lim tidak menamakannya secara langsung, Ng berkata, beliau tampil menjelaskan bagi mengelakkan salah faham.

Menyentuh debat semalam, Ng berkata Lim kurang visi dan dasar serta mengelak menjawab soalan dalam debat itu.

"Ini sikap tipikal Guan Eng. Dia lari daripada isu dan mengorek kembali apa yang berlaku 20 tahun lalu," katanya.

KWSP henti borang penamaan melalui pos mulai 1 Ogos

malaysiakini
  Jul 9 2012  
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghentikan penerimaan borang penamaan melalui pos untuk pemprosesan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awamnya Nik Affendi Jaafar berkata borang penamaan yang dihantar oleh saudara-mara, rakan atau pihak ketiga akan dianggap tidak sah dan akan ditolak.

Pengurusan mengambil tindakan berkenaan untuk melindungi maklumat sulit dan kesahihan penamaan, kata beliau.

"Keputusan menamatkan penerimaan borang penamaan melalui pos diambil dengan mengambil kira kepentingan 13 juta pencarum KWSP berikutan maklumat sulit di dalam borang penamaan yang akan menentukan penerima simpanan pencarum sekiranya berlaku kematian," katanya.

Beliau berkata dengan membenarkan pencarum sahaja menghantar borang penamaan mereka ke cawangan KWSP, KWSP boleh mengesahkan kesahihan penamaan tersebut dan menghalang sebarang percubaan untuk menipu.

"Jika borang penamaan diisi dengan lengkap dengan butir-butir yang tepat mengenai pencarum dan penama, peratus simpanan yang diagihkan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penama, cap ibu jari pencarum dan tandatangan saksi di atas borang tersebut, tiada keperluan untuk pencarum membawa bersama saksi ke cawangan KWSP," katanya.

Beliau mengingatkan pencarum yang belum membuat penamaan agar segera membuat penamaan, terutamanya ketika pencarum masih dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

"Perkara ini untuk memastikan simpanan KWSP diberikan kepada penerima yang berhak dan menghalang percubaan menipu oleh sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi keputusan pencarum ketika pencarum sedang menghidapi kesakitan fizikal atau mental" kata beliau.

-Bernama

Dua Mengamuk Di JPM, Seorang Mati Ditembak

sinar harian

 

Putrajaya - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Gambar: Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. –
Foto ihsan Cari Malay Forum

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.

Blog Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh Kaki Mereka!!

Monday, 9 July 2012


Kami berpendapat sejak akhir-akhir ini, sudah kerap kali Tun Dr. Mahathir tampil di media menjadi pemerhati dan memberikan komen balas mengnai isu-isu semasa di Malaysia ketika ini dan tidak lupa menyampaikan beberapa panduan serta nasihat sebagai persediaan kepada parti Barisan Nasional secara keseluruhannya sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mana tempoh matangnya semakin lama, semakin mengecil.

Termasuklah antara pemerhatian Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Chedet beranggapan harapan parti yang pernah dipimpin selama tempoh 22 tahun lamanya iaitu parti Barisan Nasional untuk  memerintah negeri Kelantan hanya anggan semata tidak sama sekali boleh menjadi realiti disebabkan mentaliti rakyat kelantan sendiri…..

Rakyat Kelantan Chedet Blog 
Chedet : Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air
 Basuh Kaki Mereka!!
Sumber Asal : Chedet
 
Berdasarkan ulasan dan coretan Chedet di laman blognya memberikan beberapa ciri yang ada pada rakyat kelantan sehingga menyukarkan usaha parti Barisan Nasional untuk menembusi kubu PAS di Kelantan. Antara sebabnya ialah :
  1. Rakyat Kelantan terlalu taksub kepada pemimpin mereka ini (pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz) diibaratkan seperti sanggup minum air basuh kaki pemimpin mereka
  2. Rakyat Kelantan sukar untuk mengakui kebenaran walhal Chedet merasakan yang mana rakyat Kelantan sedar keraguan yang timbul perbuatan pemimpin PAS

Nik Aziz Mahathir Blog Chedet : 
Rakyat Kelantan Gila, Taksub Dengan Nik Aziz. Sanggup Minum Air Basuh 
Kaki Mereka!!Di atas ini adalah pendapat Chedet terhadap rakyat Kelantan yang terus dinaungi oleh kerajaan PAS selama tempoh 22 tahun sejak tahun 1990.

Di sini, ada baiknya kami ingin terus bertanya pula kepada rakyat Kelantan amnya dan rakyat Malaysia umumnya tentang kebenaran disebalik kenyataan yang dilemparkan oleh Chedet. Adakah ia sebenarnya ada asasnya dan kebenrannnya atau ia hanyalah sekadar pemainan persepsi semata?