HTML/JavaScript

Wednesday 31 October 2012

Royalti minyak: Najib perlu adil, kata Kelantan

Wartawan Sinar Harian
1 November 2012
Husam
Husam bersama lakaran sempadan yang menunjukkan telaga minyak dan gas berada dalam perairan Kelantan. Foto:KHIRU SHALLEH
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku adil terhadap tuntutan royalti minyak negeri itu sama seperti yang diputuskan bagi Pahang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjangkakan Pahang menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun ada perkara positif.

Husam turut memuji tindakan Najib itu dan menyifatkan ia satu perkara menarik kerana dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri tanpa menunggu keputusan Jawatankuasa Bayaran Royalti yang ditubuhkan Ogos lalu.

“Ini menunjukkan kuasa Perdana Menteri mengatasi jawatankuasa tersebut. Jadi kita mengharapkan Najib menggunakan kuasa itu dalam kes tuntutan royalti melibatkan hak rakyat negeri ini.

“Dalam kegembiraan untuk Pahang, kita berharap Kelantan tidak didiskriminasikan dan beliau boleh terus umum berapa bayaran patut diterima,” katanya semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menegaskan dengan kuasa yang ada itu, Najib boleh mengumumkan jumlah sepatutnya diterima oleh negeri ini tanpa berlengah-lengah lagi.

Dalam pada itu, Husam juga memberitahu, rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam PM 307 yang mempunyai potensi berkenaan adalah 100 peratus berada dalam perairan Terengganu.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan mengapa hanya Pahang mendapat dan adakah ia tidak akan menjejaskan hak Terengganu.

Pengadil EPL nafi rasis, aibkan pemain Chelsea

Wartawan Sinar Harian
1 November 2012
Mark Clattenburg, John Obi Mikel, Ramires
Clattenburg (tengah) dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada Mikel (kiri).
PENGADIL Liga Perdana Inggeris (EPL), Mark Clattenburg menolak dakwaan mengatakan telah mencaci dua pemain Chelsea dengan kata-kata berbaur perkauman sambil menegaskan bahawa diia bukan seorang rasis.

“Saya bukan rasis. Saya tidak tahu kenapa timbul tuduhan yang tidak munasabah ini.

"Sedangkan, saya tidak pernah menggunakan perkata sedemikian," kata Clattenburg.

Baru-baru ini, pemain-pemain Chelsea mendakwa Clattenburg menggunakan 'kata-kata kesat' terhadap John Obi Mikel dan Juan Mata.

Sehubungan itu, Clattenburg berdepan dengan siasatan polis dan Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung kelakuannya ketika perlawanan Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge, Ahad lalu yang menyaksikan pasukan pelawat menang 3-2 dalam penuh kontroversi.

Dalam pada itu,Clattenburg yang berusia 37 tahun turut menegaskan bahawa tidak mungkin beliau akan melakukan perkara yang boleh mengugat reputasinya sebagai pengadil.

“Tidak mungkin saya akan katakan apa yang mereka dakwa. Tiada apa yang tidak elok keluar dari mulut saya, sememangnya tiada.

“Saya tidak buat salah dan saya akan pertahan diri saya habis-habisan," kata beliau lagi.

Bekas Ketua Polis Balai dituduh rogol gadis

sinarharian 
1 November 2012
Mahmad Bidin
Tertuduh yang menutup mukanya dengan pakaian meninggalkan mahkamah selepas menjelaskan denda berkenaan, semalam.
 
KOTA BHARU – Seorang bekas ketua polis balai di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.
“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya.

Monday 29 October 2012

Suami, isteri berebut hak jaga 12 embrio

29 Okt 2012

myMetro
SINGAPURA: Sepasang suami isteri yang merujuk masalah mereka ke mahkamah bukan saja berebutkan hak penjagaan anak-anak, malah 12 embrio beku yang dimiliki mereka.
Dalam penghakiman pertama seumpamanya itu, hakim Mahkamah Keluarga memberikan hak penjagaan embrio berkenaan kepada si isteri.

Menteri Undang-undang dan Peguam Negara enggan memberi sebarang komen.

Beberapa peguam berkata, tiada undang-undang khusus setakat ini di Singapura bagi memutuskan isu embrio dalam kes perceraian.

Mereka mendakwa, kes itu adalah yang pertama kali dirujuk ke mahkamah. Si isteri memperoleh embrio berkenaan hasil rawatan di klinik kesuburan pada 18 Oktober dan melalui prosedur keagamaan Kristian khas, ia “dikebumikan” dan ditempatkan dalam bekas khas. Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun yang diperoleh secara proses semula jadi.

Usaha mereka mendapatkan anak kedua pula sentiasa gagal.

Penggunaan Komputer Teraneh Di Dunia

29 Okt 2012

Kita boleh lihat fotonya langsung di bawah ini :
Sumber 
 sumber

Terbaik . S'gor bina lebih 6000 rumah kos rendah sejak 2008

Harakahdaily, 29 Okt 2012
SHAH ALAM: Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Kesemuanya adalah berjumlah 6,000 buah rumah.

Sementara itu, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi derah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Menurut Iskandar, fakta itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

"Cara yang terbaik bagi Kerajaan Negeri untuk menjawab tohmahan-tohmahan ini adalah melalui fakta-fakta. Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ianya ternyata tidak benar.

"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta-fakta yang sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Tuesday 23 October 2012

Maha Suci Allah, Ada Seorang Ibu Melahirkan 11 Bayi Sekaligus

  (jelajahunik.us)Apabila Allah berkehendak maka apa saj bisa terjadi. Karena segala sesuatu yang terjadi di alam semesta jagat raya pasti tidak terlepas dari kehendakNya. Percayalah kita semua terhadapNya. Apa itu ? seorang ibu melahirkan 11 bayi sekaligus. Dengan peristiwa ini maka wanita India tersebut berhasil memecahkan rekor dunia setelah ia melahirkan untuk sebelas bayi sekaligus. Maha besar Allah.
Berita ini dirilis beberapa bulan yang lalu tepatnya pada hari senin, 6 februari 2012 - 16.30 oleh:Mohamed Gabal. Bahwa ada Seorang perempuan India disampaikan melahirkan sebelas bayi sekaligus di dalam sebuah rumah sakit India dan keadaan ibu setelah operasi dalam baik-baik saja.

Kita berdoa Semoga anak dan ibunya akan selamat dan bersyukur atas pemberian Allah SWT.
 

Tekad turunkan berat badan kerana tidak muat masuk kedalam X-ray


   

Najib sudah bersedia menjadi pembangkang?

Harakahdaily, 23 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13.

“Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Katanya negara akan ‘hancur’ dalam tempoh lima tahun sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara. Negara boleh rosak merudum, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh jika dengan PR. Najib menganggap jika BN kalah dalam PRU13 maka kiamatlah dunia ini.

“Najib mungkin memikirkan hanya beliau dan partinya sahaja layak memerintah negara. Beliau merasakan dalam negara ini hanya mereka sahaja memiliki pakar ekonomi, ahli politik serta strategis yang bijak pandai. Rakyat Malaysia yang lainnya semuanya dungu dan tidak tahu apa-apa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malahan kata beliau, Najib cuba membayangkan PR sama seperti BN atau mungkin lebih kejam daripada itu.

Hakikatnya, tegas Riduan PR jauh berbeza daripada BN, ibarat langit dengan bumi.

Tambahnya, tidak mungkin PR akan melakukan aksi yang sama seperti mereka dengan menutup ruang demokrasi yang terbuka, memenjarakan aktivis politik pembangkang, menyekat akses media, memperguna agensi kerajaan, merantai pegawai kerajaan, menggunakan pelbagai akta dan undang-undang bagi mengugut dan menakut-nakutkan rakyat.

Menurutnya, mustahil PR akan mufliskan ekonomi negara dengan amalan kronisme, monopoli, rasuah, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai penyelewengan sehingga merudumkan ekonomi negara seperti yang mereka lakukan.

Sebaliknya, ujar Riduan lagi PR dengan dasar perjuangannya berusaha membuka seluasnya ruang demokrasi sehingga tidak ada pihak yang dizalimi, parti-parti politik bebas menjalankan kegiatannya, mendapatkan akses media secara adil, mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, tiada ugutan kepada penjawat awam, SPR dibersihkan, dan lain-lain lagi.

Menurut beliau, sebenarnya yang merasa paling gerun dan gusar sekarang ini bukan rakyat, kerana rakyat sudah bersedia menerima perubahan kerajaan.

Malah, ujarnya rakyat gembira dengan kehidupan selesa bersama PR di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Yang paling tergugat sekarang adalah Najib sendiri bersama dengan pasukannya kerana kekalahan akan membuatkan masa depan mereka dalam kegelapan,” katanya.

MB Selangor: Malaysia perlu pemimpin matang, bukan hina agama

sinar
RUWAIDA MD ZAIN
23 Oktober 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung pelaksanaan hudud di negara ini merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umat Islam di seluruh dunia, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebagai pemimpin negara, beliau harus menggalakkan pemahaman mendalam antara agama yang berbeza, bukan membuat kenyataan tidak sensitif yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik, terutamanya dengan negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Timur Tengah.

“Pemimpin Malaysia perlu bersatu dengan pemimpin-pemimpin dunia untuk mengutuk kenyataan menghina Islam dan umat Islam oleh Soi Lek,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1433H di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan memperkecilkan orang lain, mengabaikan kesopanan dan menggunakan agama dalam usaha yang memalukan itu dilakukan bagi meraih sokongan politik murahan bukan cara untuk Malaysia ke hadapan.

Malah katanya, sikap tersebut tidak mencerminkan kematangan, kepimpinan atau kepatuhan kepada piawaian tempatan atau antarabangsa.

“Ketiadaan tindakan yang nyata oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan tersebut menunjukkan kegagalan dan hipokrasi dalam sistem Barisan Nasional yang mengamalkan politik perkaumsn dan kuasa mengatasi segala-galanya,” katanya.

Abdul Khalid berkata, budaya hormat-menghormati, perbincangan secara terbuka dalam usaha mencapai persefahaman, terutama dalam kalangan komuniti latar belakang berbeza merupakan satu keperluan di negara ini.

“Hanya melalui pemahaman dan menghormati, kita boleh bersama-sama membina sebuah masyarakat matang yang mampu membuat keputusan demokrasi dalam usaha menmbentuk masa depan negara kita,” katanya.

Pada 18 Oktober lalu, Soi Lek mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya minggu lalu.

Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang.

Thursday 11 October 2012

Pertemuan Najib dan Soros didedah!!


Thursday, October 11, 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

najib abdul razak in perth chogm 1
Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

NONE
Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno,Utusan Malaysia,mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut samamenuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONE
Bulan lepas,Malaysiakinimendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."
ANAK SUNGAI DERHAKA

Monday 1 October 2012

Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon?

Harakahdaily, 02 Okt 2012
TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu.


“Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat,” soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu.

“Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan.

"Apakah ia telah masuk didalam peruntukan tambahan tahun ini? Kalau begitu, tak perlulah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2013,” kata beliau.

Namun, kata Tuan Ibrahim, sekiranya ia menggunakan Belanjawan 2013, maka persoalannya ialah pembayaran yang telah dibuat menggunakan dana dari mana.

“Lebih elok perkara ini ditanya dan dijawab oleh ahli-ahli parlimen dalam perbahasan bajet memandangkan pembentang bajet sudah menghilangkan diri daripada parlimen,” sindir beliau merujuk kepada ketidakhadiran Najib dalam perbahasan bajet oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Sekiranya peruntukan untuk membayar bonus adalah daripada Belanjawan 2013, Tuan Ibrahim menyoal mengapa Najib perlu menebal muka untuk mengumpulkan bonus yang telah dibayar dengan bonus tahun depan bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi.

“Tindakan ini tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan BN sangat prihatin kepada kakitangan awam.

"Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus bonus sejak Merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati,” sindir beliau lagi.

Leher dihiris pembahagi besi jalan

myMetro


SERDANG: Mengerikan apabila seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya hampir putus terhiris besi pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 306.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran hentian Serdang arah tol Sungai Besi, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfa Sa’am, 39, berasal dari Pantai Dalam, dekat sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Seremban bersama tunangnya.

Bagaimanapun, tunang mangsa yang terjatuh dari motosikal cedera ringan.


Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.

Sumber polis trafik berkata, akibat rempuhan itu, kepala mangsa tersangkut pada besi berkenaan dan terseret hingga lehernya hampir putus akibat terhiris besi itu.


“Mangsa mati di tempat kejadian manakala motosikalnya terseret beberapa meter menyebabkan tunangnya tercampak di atas jalan,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu di balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Serdang di talian 03-80742222.

Najib tidak mahu berdebat kerana tidak ada keyakinan diri

02 October 2012

Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belajawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik  dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk di cetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’ nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang di bentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ngejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahi nya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat ‘gentleman’ dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak dari berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta di adakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap dibelakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.  
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliau lah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar kehadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu di tegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak di sahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai ‘clarity’ dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai ‘conclusive’ tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang di lontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan  kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah ‘self insulting’.