HTML/JavaScript

Wednesday 18 May 2011

Lelaki makan 25,000 burger

 WISCONSIN: Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s.

Don Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin.
Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu.


Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya.

Sebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu.

“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan. 

Mungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu. – AP



Thursday 12 May 2011

Eskay rancang timbul ketegangan di masjid : Mat Zain

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.

Wednesday 11 May 2011

Pesawat Qantas disambar petir

WELLINGTON, KOMPAS.com — Rabu 11 Mei : Sebuah pesawat penumpang penerbangan Qantas yang terbang dari Auckland menuju Melbourne terpaksa berpatah balik setelah terkena petir . Demikian laporan Asosiasi Pers Selandia Baru.

Pesawat Boeing 737 bernomor penerbangan QF 26 itu membawa 144 penumpang. Juruterbang pesawat tersebut tidak mengumumkan adanya situasi darurat. Pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat di Auckland sekitar pukul 14.30 waktu tempatan. TVNZ melaporkan, kabin pesawat itu dipenuhi asap, tetapi tidak ada mangsa yang cedera.

Qantas mengatakan, kerusakan pada kapal terbang itu masih belum diketahui, tetapi mereka kembali ke Auckland sebagai tindakan keselamatan. 

Ini merupakan kejadian ketiga pesawat melakukan pendaratan cemas di Selandia Baru dalam minggu ini. Sebelumnya, dua pesawat dengan penerbangan domestik Selandia Baru terpaksa melakukan pendaratan cemas  kerana kerusakan.

Monday 9 May 2011

Sambutan HARI IBU ADALAH "HARAM" Betulkah?


by Rubiatul Adawiyah Nazri on Thursday, May 5, 2011 at 2:24pm

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. 
 
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary.

Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. 

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. 

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Sunday 8 May 2011

Budak makan kulit sendiri

 TRIBUNNEWS.COM - Seorang gadis cacat mental dan menghidap Down Syndrome, ditemukan memakan kulitnya sendiri oleh polis di Virginia, Amerika Syarikat (AS). Demikian dilansir Daily Mail.


Orangtuanya dikenakan tuduhan membiarkan anaknya dan juga membunuh yang lainnya. Brian dan Shannon Gore, orangtuanya dituduh mengurung anaknya di dalam sangkar dan konon sengaja mengurung anak perempuannya untuk melindunginya.


Dia juga tidak membuat sijil kelahiran kepada anaknya tersebut. Anak tersebut lahir di rumah tanpa bantuan medik dan para tetangganya tidak tahu jika ada penyiksaan seperti itu atau ada anak yang dikubur.


Gadis malang ini hampir mati kelaparan dan memakan sebahagian kulitnya. Polis mengatakan ini satu dari kes terburuk dari penyiksaan anak yang pernah mereka lihat. Dalam keadaani telanjang dan tubuhnya dipenuhi kotoran dan tak boleh berjalan.

Friday 6 May 2011

Separuh Bogel Hanya Untuk Sebuah Filem


Sengaja  melondehkan  kain sampai ke pungggung hanya untuk sebuah filem.  Haiyaiyaiyai Nurul Ain Nordin. Hanya  untuk filem "Suatu Malam Kubur Berasap. "Sanggup gadai maruah. 

Dahsyat ! dahsyat!

Wow pakai separuh bogel untuk filem tersebut. Tak takut ke nanti kubur berasap? Jawablah sendiri.