HTML/JavaScript

Sunday 13 October 2013

MCA: Mukhriz guna isu perkauman untuk menang pemilihan Umno

OLEH MD IZWAN October 13, 2013
MCA mengecam tindakan mementingkan diri oleh Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) yang bermain isu perkauman kerana tidak menghormati masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan hanya akan menyekat pembangunan negara.


Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok menggesa Menteri Besar Kedah itu mengambil pendekatan yang lebih matang dan tidak memperjudikan nasib kaum lain semata-mata mahu menang dalam naib presiden Umno.
"Jika mereka mahu memenangi sokongan ahli parti, mereka patut berkempen berdasarkan pencapaian dalam parti untuk membuktikan mereka adalah calon terbaik," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA.

 Mukhriz menuduh MCA sebagai sebuah parti perkauman hanya kerana tidak bersetuju dengan kenyataan beliau mengatakan pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih Barisan Nasional (BN) di Kedah.

"Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan MCA tidak akan membenarkan sesiapa pun membatasi garisan keharmonian kaum hanya demi kepentingan peribadi," kata Loh.
Loh berkata, Mukhriz perlu bersikap adil kerana bukan hanya orang Melayu sahaja menyumbang kepada pembangunan negara.
"Masyarakat Cina banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara, sama seperti kaum lain.
"Sangat penting keharmonian kaum dipelihara kerana ia adalah faktor penentu perkembangan negara kita," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada penyokong BN dan bukan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Mukhriz dilaporkan berkata, langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama.
Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil untuk memenangi perebutan jawatan naib presiden Umno berikutan pengaruh bapanya sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya. – 13 Oktober, 2013. TMI

Firma audit antarabangsa dedah rasuah negara makin buruk

Harakahdaily, 13 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.

Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang,  Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.

“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.

Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga  RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.

Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.

Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.

Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.

Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah)  oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.

“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.

Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.

“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan,” tegasnya.

Zuraida: Wanita Umno OK dengan skandal?


Malaysiakini Okt 13 2013  
Wanita PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno apabila perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua.

"Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.

Shahrizat mengekalkan status quo Wanita apabila mengalahkan pencabarnya dalam pemilihan sayap Umno semalam.

Tuesday 8 October 2013

10 sekolah memandu saman k'jaan isu BL1M

Malaysiakini 8 Okt 2013
     
    Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

    Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang.

    Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka.

    Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150.

    Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya.

    Ambiga: Keluar BN kalau masih ada kehormatan

    Malaysiakini
     Okt 8 2013  
    Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata, MCA dan MICA patut keluar BN sekiranya masih mempunyai harga diri.

    "Selepas mendengar kenyataan menteri dalam negeri saya benar-benar ingin tahu apa yang MCA dan MIC lakukan dalam BN.

    "Tolonglah ada sedikit kehormatan diri dan keluar!" katanya.

    zahid hamidi malacca melaka 061011Pengamal undang-undang itu juga menyindir perdana menteri yang menurutnya sibuk memberitahu rakyat luar negara bahawa beliau seorang yang moderat dan mengambil berat kaum bukan Melayu.

    "PM kita tiada masa untuk menegur menterinya yang menyeleweng," tulis Ambiga di laman blog mikro Twitter.

    Beliau merujuk kepada kenyataan kontroversi Zahid berhubung dasar "tembak dulu" terhadap suspek sebelum ini.

    Dalam sebuah program di Melaka Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

    "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.