HTML/JavaScript

Monday 28 February 2011

Kekasih Ghaddari Mahu Lari


KIEV: Seorang lagi orang kanan Muammar Gaddafi menjauhkan dirinya daripada pemimpin Libya itu.
Seorang jururawat peribadi yang berstatus janda warga Ukraine, Halyna Kolotnytska, 38, menyatakan akan pulang ke negara asalnya sebagai bantahan terhadap Gaddafi. Beliau ialah jururawat dari Ukraine membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu.

Jururawat peribadi Gaddafi yang berambut perang dan bertubuh seksi itu , Halyna (gambar) menyertai pelbagai pihak, termasuk pegawai kanan kerajaan, diplomat dan juruterbang tentera yang enggan bersubahat dengan Gaddafi.
Menurut sumber, Halyna pernah menjadi kekasih Gaddafi, 68. Selain Halyna, Gaddafi dijaga tiga jururawat lain dari Ukraine.

Halyna membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu.
Jururawat peribadi Gaddafi berambut perang dan bertubuh seksi itu, Halyna Kolotnytska, kelmarin berkata beliau akan terus berada di sisi pemimpin itu selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang habis-habisan menghapuskan tentangan pemberontak . Diberitakan Gaddafi ‘tidak boleh mengadakan perjalanan’ tanpa wanita cantik itu . Wanita ibu tunggal itu arif mengenai rutin Gaddafi, kata dokumen bocor yang didedahkan kepada akhbar the Sun


kredit indahkhabar blog

Langkawi Dipromosi Sebagai Lokasi Filem Kepada Pengusaha India



Langkawi dipromosikan sebagai lokasi penggambaran filem yang menarik oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) semasa promosi Pelancongan Malaysia ke India selama seminggu yang berakhir Ahad.

Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lada, Azmil Munif Bukhari berkata promosi dilakukan di beberapa bandar raya seperti Chennai, Hyderabad, Pune dan New Delhi dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

"Pemilihan promosi ke India dilihat sebagai pasaran pelancong yang sentiasa meningkat setiap tahun," katanya kepada Bernama.

Langkawi pernah dijadikan lokasi kepada penggambaran sebuah filem Bollywood bertajuk Yaadein lakonan pelakon Hindi popular Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor beberapa tahun lalu.
Baru-baru ni pulak Shahrukh Khan buat filem Don 2 di situ.

Selain itu, Langkawi turut dipromosi sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan dan sekaligus berbulan madu.


Menurut rekod Lada, seramai 42,655 pelancong India berkunjung ke Langkawi tahun lepas berbanding 25,558 orang pada 2009.

Sunday 27 February 2011

ANAK KHIR JOHARI BERJUANG BERSAMA DAP KERANA UMNO


SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.

ADAKAH KITA PENULIS REMEH TEMEH

Bolehkah menulis di blog sambil lewa saja. Bagaimana persepsi pembaca kepada kita kalau tulisan kita remeh temeh. Adakah mereka akan berulang mengunjungi kita, atau pun mentalkinkan blog kita. Mengucapkan salam dan meninggalkan kita untuk selamanya.

Saya berpikir kemungkinan ada sebahagian besar dari kita menulis asalkan siap saja . ada juga yang tulis hal yang remeh temeh gitu. Tapi ada ramai follower, rami ulasan, ramai viewer. Ada yang menulis tentang baju baru dia, kasut baru dia, rumah baru isteri baru. Herannya ramai orang suka. Jadi kategori pembaca ni ayah kita nak ulas.

Pendapat saya kita kena menulis menggunakan hati dan fikiran, baru tulisan mantap. Saya amat berminat dengan blogger ‘tukar tiup’. Tulisannya yang bersahaja walau pun agak ganas tetapi mantap. Mungkin saya menulis lebih banyak menggunakan hati daripada menggunakan otak . Kekadang isinya remeh temeh bagi seseorang, tapi tidak bagi saya.

Kalau nak diletakkan di internet untuk hidangan pembaca, kenalah tulis menggunakan otak dan hati. Kalau untuk diri sendiri lebih baik disimpan di diari saja.

Kelebihan Sembahayng Sunat Dzuha

Saya akan menulis secara rengkas supaya para pembaca tidak jemu membacanya
Antara ibadat sunat yang menjadi amalan Rasulallah SAW ialah solat sunat dzuha.
Banyak hadis-hadis yang menyatakan keutamaannya. Antaranya  hadis riwayat Abu Hurairah. Katanya :”Kekasihku Rasulallah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu:
1.Supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir.
2.Supaya aku tidak meninggalkan sembahyang sunat dzuha.
3. Berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan (13,14,15 bulan     Qamariah)
    ( hadith daripada Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis riwayat Abu Dzar pula Rasulalllah SAW bersabda:
Setiap orang mempunyai sendi tulang sebanyak 360 batang yang memerlukan sedekah setiap pagi. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah dan tiap-tiap takbir itu sedekah, menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar juga sedekah.Semuanya itu nilainya sama dengan dua rakaat sembahyang dzuha.
 Waktu Sembahyang Dzuha
 Waktu sembahyang dzuha ialah dari waktu naik matahari   sepenggalah(ukuran sebatang lembing, kira-kira 2 meter) hingga tergelincir matahari.

waktu afdalnya pula ialah, ketika sinar matahari kian panas, iaitu seperempat tempoh siang hari, ini berdasarkan sepotong hadis riwayat (Zaid bin Arqam). Rasulallah SAW bersabda,” Waktu afdalnya  solat dzuha itu ialah ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menyatakan waktu afdalnya ialah seperempat daripada tempoh siang hari. Ada pula ulama menyatakan waktu afdalnya ialah antara pukul 8.30 hingga 10.30 pagi

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DZUHA
Sabda Rasulallah SAW ( dari Kitab An-Nurain) yang maksudnya:
Dua rakaat Dzuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Dari (Ibnu Majah dan At-Tirmizi) pula meriwayatkan: Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud” Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dzuhanya nescaya diampunkan Allah baginya segala dosa walaupun sebanyak buih dilautan.”
( Riwayat At-Tirmizi) Barangsiapa menunaikan sembahyang sunat dzuha 12 rakaat, maka nescaya Allah SWT akan membina   sebuah mahligai disyurga kelak. Sembahyang sunat dzuha boleh dilakukan dari 2 hingga 12 rakaat. Namun begitu Rasulallah SAW tidak melakukan sembahyang sunat dzuha secara konsisten, sebab dibimbangi umatnya akan memikirkan bahawa itu wajib.

Secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat dzuha ini samalah dengan solat sunat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Rasulallah SAW pada rakaat pertama selepas Al Fatihah ialah surah Asy-Syam, dan surah Ad-duha pada rakaat yang kedua selepas Al-fatihah. Boleh juga dibaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Doa Selepas Solat Sunat Dzuha.
Ya Allah sesungguhnya waktu dzuha itu waktu dzuhaMu, kemegahan(keagungan) itu kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih dilangit maka turunkanlah dia, dan jika dibumi maka keluarkanlah dia, dan jika sukar maka permudahkanlah dia, dan jika haram maka bersihkanlah dia, jika jauh maka perdekatkanlah dia, dan dengan berkat waktu dzuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMU, Engkau limpahkalah kepadaku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh itu.

lakukanlah solat sunat dzuha untuk mengelak daripada kepapaan.