HTML/JavaScript

Monday 28 February 2011

Langkawi Dipromosi Sebagai Lokasi Filem Kepada Pengusaha India



Langkawi dipromosikan sebagai lokasi penggambaran filem yang menarik oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) semasa promosi Pelancongan Malaysia ke India selama seminggu yang berakhir Ahad.

Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lada, Azmil Munif Bukhari berkata promosi dilakukan di beberapa bandar raya seperti Chennai, Hyderabad, Pune dan New Delhi dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

"Pemilihan promosi ke India dilihat sebagai pasaran pelancong yang sentiasa meningkat setiap tahun," katanya kepada Bernama.

Langkawi pernah dijadikan lokasi kepada penggambaran sebuah filem Bollywood bertajuk Yaadein lakonan pelakon Hindi popular Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor beberapa tahun lalu.
Baru-baru ni pulak Shahrukh Khan buat filem Don 2 di situ.

Selain itu, Langkawi turut dipromosi sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan dan sekaligus berbulan madu.


Menurut rekod Lada, seramai 42,655 pelancong India berkunjung ke Langkawi tahun lepas berbanding 25,558 orang pada 2009.

No comments:

Post a Comment