HTML/JavaScript

Sunday, 27 February 2011

Kelebihan Sembahayng Sunat Dzuha

Saya akan menulis secara rengkas supaya para pembaca tidak jemu membacanya
Antara ibadat sunat yang menjadi amalan Rasulallah SAW ialah solat sunat dzuha.
Banyak hadis-hadis yang menyatakan keutamaannya. Antaranya  hadis riwayat Abu Hurairah. Katanya :”Kekasihku Rasulallah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu:
1.Supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir.
2.Supaya aku tidak meninggalkan sembahyang sunat dzuha.
3. Berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan (13,14,15 bulan     Qamariah)
    ( hadith daripada Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis riwayat Abu Dzar pula Rasulalllah SAW bersabda:
Setiap orang mempunyai sendi tulang sebanyak 360 batang yang memerlukan sedekah setiap pagi. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah dan tiap-tiap takbir itu sedekah, menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar juga sedekah.Semuanya itu nilainya sama dengan dua rakaat sembahyang dzuha.
 Waktu Sembahyang Dzuha
 Waktu sembahyang dzuha ialah dari waktu naik matahari   sepenggalah(ukuran sebatang lembing, kira-kira 2 meter) hingga tergelincir matahari.

waktu afdalnya pula ialah, ketika sinar matahari kian panas, iaitu seperempat tempoh siang hari, ini berdasarkan sepotong hadis riwayat (Zaid bin Arqam). Rasulallah SAW bersabda,” Waktu afdalnya  solat dzuha itu ialah ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menyatakan waktu afdalnya ialah seperempat daripada tempoh siang hari. Ada pula ulama menyatakan waktu afdalnya ialah antara pukul 8.30 hingga 10.30 pagi

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DZUHA
Sabda Rasulallah SAW ( dari Kitab An-Nurain) yang maksudnya:
Dua rakaat Dzuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Dari (Ibnu Majah dan At-Tirmizi) pula meriwayatkan: Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud” Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dzuhanya nescaya diampunkan Allah baginya segala dosa walaupun sebanyak buih dilautan.”
( Riwayat At-Tirmizi) Barangsiapa menunaikan sembahyang sunat dzuha 12 rakaat, maka nescaya Allah SWT akan membina   sebuah mahligai disyurga kelak. Sembahyang sunat dzuha boleh dilakukan dari 2 hingga 12 rakaat. Namun begitu Rasulallah SAW tidak melakukan sembahyang sunat dzuha secara konsisten, sebab dibimbangi umatnya akan memikirkan bahawa itu wajib.

Secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat dzuha ini samalah dengan solat sunat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Rasulallah SAW pada rakaat pertama selepas Al Fatihah ialah surah Asy-Syam, dan surah Ad-duha pada rakaat yang kedua selepas Al-fatihah. Boleh juga dibaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Doa Selepas Solat Sunat Dzuha.
Ya Allah sesungguhnya waktu dzuha itu waktu dzuhaMu, kemegahan(keagungan) itu kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih dilangit maka turunkanlah dia, dan jika dibumi maka keluarkanlah dia, dan jika sukar maka permudahkanlah dia, dan jika haram maka bersihkanlah dia, jika jauh maka perdekatkanlah dia, dan dengan berkat waktu dzuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMU, Engkau limpahkalah kepadaku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh itu.

lakukanlah solat sunat dzuha untuk mengelak daripada kepapaan.

No comments:

Post a Comment